zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Tuesday, 27 October 2015

Kifarah dosa lalu


Mama terlalu rindukan kamu sayang....buah hati mama.nak masuk 2tahun dah Allah pisahkan kita.semalam...abah terjaga pukul 2pagi...abah mengalir airmata abah cakap abah mimpikan awak sayang.

Mama?usah ditanya setiap saat rindu dan kasih sayang bertambah tak pernah bertepi.doakan jodoh kita sayang.... Allah adil.ingat mama tak pernah buang awak tapi ada orang janji nak ambil awak cuma 3hari tapi dah bertahun tak pulangkan.hati mama milik Allah pasti ada hikmah dan pengajaran.hikmah yang membuka mata hati ramai pihak.iya mama tak perlu bela diri mama.satu persatu Allah buka dan tunjukkan pada semua.

Mulai hari ni mama akan bercerita macam macam untuk awak..akan datang...cari la keluarga mama,sahabat sahabat mama untuk cerita cerita yang sebenar dan bukan pembohongan..jangan pernah benci mama.sebab mama tak pernah buang awak.ingat tu.....

Doa mama sentiasa mengiringi awak sayang.mama tunggu awak ya puteri ketenangan mama

Zara amani (nama yang mama pilih dari awak tak ada dalam rahim mama lagi)

Sayang awak sangat kerana Allah


No comments:

Post a Comment