zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Wednesday, 2 July 2014

3bulan lebih3

Zara Amani,

harini AmirYusuf dah masuk 2bulan,tapi awak langsung tak diberi peluang kenal adik awak.takpe,kami akan pastikan adik awak membesar dengan mengenali awak.abah tak kasi mama tulis blog dah.abah ajak mama tulis surat,kumpul,sampai masa awak akan baca.

dah 3bulan lebih kami tak jumpa awak.tapi mama yakin dengan aturan Allah.biar mama sakit,menderita sekarang.Allah maha adil.

mama sangat rindu awak.bukan mama je,semua orang.setiap hari nama awak pasti disebut oleh abah.mama tahu,awak pasti akan cari mama nanti.mama sentiasa doakan jodoh kita.mama sangat sayang awak kerana Allah.

6tahun mama jaga dan didik awak,banyak salah dan silap.mama minta maaf.mama cuma harap kasih sayang mama kat awak sentiasa mekar dalam hati awak.mama tahu awak rindukan mama,macam mama rindukan awak.

sabar ya sayang..kalau mama tak sempat jumpa awak kat dunia,tolong cari mama kat akhirat nanti.

gambar terakhir kita bersama.mama sungguh rindukan kamu