zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Saturday, 17 May 2014

semua rindu awak

tadi opah dan atuk bukit katil datang tengok adik.setiap kali pun tengok mama,opah pasti tanya pasal awak sayang.

"amani dah tengok adik?"
"dapat call kakak?mak rindu dia sangat"
"apa khabar amani sekarang?"

mama tak mampu nak jawab.mama diamkan diri.semua mak sedara (kakak abah) akan tanya awak setiap kali jumpa,call.semua sayang dan rindu awak.masa memula awak dirampas dari kami,,3minggu mama diam tak beritahu opah dan atuk pasal awak.setiap kali pun opah bising nak jumpa awak,rindu awak.

akhirnya mama amik keputusan beritahu opah.berderai airmata opah.dari saat mama cerita,sampai sekarang.

orang yang tak pernah rasai kehilangan,tak akan faham apa kami rasai.Allah maha adil.mama kuat insyaallah sebab mama pernah kehilangan tokbah,manusia kesayangan mama.mama berjaya tempuh kehilangan itu,dan insyaallah mama  boleh tempuh kehilangan lagi.mama percaya dengan aturan Allah,mama percaya semua akan pulih seperti biasa.

hidup mama tenang.jujur mama cakap..setiap malam pun mama nangis rindukan awak.siapa tak rindu berpisah dengan anak yang mama jaga seorang dari dalam perut.mama ingat lagi masa mama sarat mengandungkan awak,mama naik komuter,jalan kaki seorang kat puduraya sebab nak balik melaka.mama tak akan lupa naik motor setiap kali chekup awak kat doktor dengan sakit pinggang,sakit emosi,tapi mama bahagia mengandungkan awak,mama ada tokbah yang sangat sayang kita.

mama ingat masa awak kecik lagi,kita berdua,mama drive pukul 3pagi balik melaka hantar tempahan..dan masa tu mama keguguran.mama simpan semua sakit demi duit,nak tolong hidup kita.sampai umah tokbah,mama terus pitam,tokbah dan maklang yang cuci semua darah.kalau daddy ingat..masatu dia pilih nak tido sebab konon nak keje.tapi secuit benci pun mama xde untuk daddy....

sampai hari ni,sedetik benci pun tak ada untuk daddy awak..mama tak faham kenapa Allah atur semua ini,walau mama ada sejuta alasan untuk benci daddy..tapi mama buang semua itu..sebab mama tahu mama sangat tak sempurna.

daddy tulis kat mama,daddy amik awak sebab daddy taknak awak bodoh macam mama.Alhamdulillah..daddy lupa.dia bina hidup dengan duit mama yang bodoh ni,dia lupa Allah hadirkan tokbah bantu dia saat dia tak ada duit.macam macam mama dah buat untuk bina hidup,mama akan meniaga apapun yang orang akan beli.mama pernah jual kerongsang,baju,handbag,beg duit,alas meja,kek,biskut.dan macam macam lagi.mama tak akan malu buka bonet kereta untuk meniaga.tapi mama ikhlas sayang.dengan duit mama yang bodoh ni,mama beli macam macam kat awak.

sekarang.....

mama bahagia sangat disisi abah.ulang lapan juta kali pun,mama tetap pilih tinggalkan semua dan pilih abah.walau hidup kami sederhana.mama rasa tenang dan selamat.hidup mama lebih tersusun,jiwa mama lebih berbunga bunga...

mama harap Allah permudahkan jalan awak balik kat mama...mama nak awak kenal amir yusuf.mama sangat rindu dan sayang awak.bagi mama biarlah anak mama sederhana,yang penting anak mama gembira,bahagia....cukup anak mama sihat.mama rindu awak,sepenuh nyawa,xakan berhenti tunggu awak.

Alfatihah sayang...........

seseorang yang awak panggil makcik,abah,






Friday, 16 May 2014


macamana agung pun amir yusuf

walau berapa ramai pun mama lahirkan anak

tiada siapa boleh gantikan tempat awak zara amani

seseorang yang awak panggil makdik 2

kalau mama nak printscreen satu satu banyak sangat gambar awak dengan mereka,,so mama amik mana yang mama berkenan sahaja.yela awak membesar di melaka,mestilah banyak memori awak dengan kami.

zara amani,

Allah sedang mempersiapkan hidup awak dengan ujian mendatang,tabahkan hati.cari mama bila sampai masanya,,awak tetap baby kecik mama walau awak dah beranak lapan sekali.tabah hadapi dugaan ini,,

seseorang kirimkan gambar terbaru awak,,tak sanggup mama lihat wajah menderita awak,wajah pendam awak...takpe..doa mama dan abah serta semua mak pak sedara awak,mengiringi awak..walau dimana awak berada,,mama nak awak sentiasa hangat macam awak dalam pelukan mama.. setiap malam mama peluk awak sebelum awak tido,diiringi selawat dari abah,jangan pernah lupa sayang :)




mereka yang awak panggil auntie :)

zara amani,

kalau awak lupa..ni makcik ana..auntie hajar,mama long......mereka sentiasa ada kat sisi mama,susah mama,apatah lagi senang mama...





ingat pesanan mama sayang...jika kita kasihkan manusia kerana Allah...insyaallah melimpah ruah kasih sayang Allah bagi balik kepada kita...mama sangat sayang awak..sangat sangat,Alfatihah

seseorang yang awak panggil makteh

zara amani,biar gambar berbicara,betapa kasihnya kami pada awak.






seseorang yang awak panggil makdik

semua orang sangat rindu awak.dari lahir awak membesar di rumah ni.mak....mak paling murung awak tak de..mama tak kisah airmata mama mengalir.tapi mama doa,setiap airmata mak yang mengalir akan berbayar!










zara amani,kalau awak lupa semua perkara masa awak baca tulisan mama ni..mama nak cerita...makdik lah yang jaga awak dari awak dalam kandungan.yang sediakan mama makan dan minum,yang jaga awak dari dalam pantang sampai saat awak di ambil.


yang sangat menyayangi awak...makdikla maksedara yang awak akan ikut bontot kemana sahaja saat makdik balik dari asrama.awak dikelilingi mereka yang kasihkan awak,awak kaya dengan kasih sayang....jangan pernah buruk sangka dengan kami sayang

makdik lah manusia yang awak akan sakat sampai makdik merajuk,yang akan awak pujuk balik sampai makdik senyum..setiap kali awak datang kat mama,mengadu yang makdik marah, mama akan terus tanya "awak usik apa kat makdik,p pujuk makdik" dan awak akan senyum sebab awak yang mulakan pergaduhan tu,,makdik sangat rindu awak sayang,,apatah lagi mama.

Sunday, 11 May 2014


mama tak akan berhenti menulis 
selagi awak tak dikembalikan 
kepada mama seperti sediakala
dan 
mama akan lupakan segalanya
jika awak kembali kepada mama
insyaallah

Saturday, 10 May 2014

simpati


mak bapa kau yang cakap kau bagi aku 1k sebulan nafkah anak
tapi kau nafikan
mak bapa kau yang cakap kau amik kereta kerana aku suruh,konon aku tak mampu bayar
tapi kau nafikan
mak bapa kau yang cakap "kau yang cakap"
tapi kau nafikan

kau cakap otak aku rosak sebab banyak dengar fitnah orang

macamana fitnah kau yang melambak lambak tu?oh kau kan sempurna,aku lupa haha!

btw mak mak sedara kau,akak akak kau yang dok padankan muka kan aku kerana diceraikan kau,tolong beritahu mereka ya

pembetulan: aku yang mahukan penceraian,dan hasilnya?hidup aku bertambah tenang..mohon ya diberitahu mereka pembetulan tu 

Alhamdulillah

siapa kita?dimata mereka



kalau mak bapa,beradik pun kau buang demi ego.apatah lagi anak kau sendiri.


Alhamdulillah

disaat aku dalam kesusahan yang amat sangat ni,ramai yang Allah hadirkan mendampingi aku,menerima apa adanya aku kerana Allah

sujud...sujud syukur..

amir yusuf

zara amani...


mama selamat lahirkan adik awak,walau mama jenuh berendam airmata semasa mengandungkan adik awak angkara si polan tu...nama adik awak #AmirYusuf mama minta kat abah supaya diletakkan nama arwah tokbah.betapa kasihnya tokbah kepada kita zara amani..kasihnya tiada sempadan begitu juga rindu mama pada tokbah tak pernah bertepi.

semasa mama ditolak ke kamar bersalin,airmata mama berderai rindukan kamu sayang...jodoh awak dan adik awak kuat sebab awak berdua dilahirkan dikamar bersalin 10.awak berdua dilahirkan dibilik yang sama,katil yang sama juga mungkin..bezanya...semasa mama lahirkan awak,mama ditemani doktor dan bidan...tetapi mama lahirkan adik awak,mama ditemani abah,,abah yang sambut adik awak keluar sayang....abah yang beri mama semangat dan kekuatan semasa melahirkan #AmirYusuf...kami sangat rindukan awak zara amani...

zara amani..

abah tatang mama bagai minyak yang penuh sayang..abah mandikan adik,siapkan adik sebelum pergi kerja..abah mandikan mama,suapkan mama makan,abah tak bagi mama buat apapun kecuali rehat..mama dimanjakan sepenuh jiwa oleh abah..macam abah manjakan awak dulu..mama sedih abah difitnah macam macam oleh si polan tu.biarlah Allah yang adili segalanya...

setiap hari mama dan abah cerita kat adik,betapa kasihnya awak kat dia...mama nak adik membesar dengan mengenali awak..mama cerita kat adik setiap pagi awak cium perut mama dan cakap kat adik "kakak pergi sekolah,adik jaga mama tau,tunggu kakak balik sekolah"....haih bergenang airmata mama,tak kuat mama nak teruskan menaip sayang...doa mama...semoga Allah lindungi anak mama...semoga hati kamu sentiasa terikat dengan kami....





p/s : tq la si polan yang menggunakan blog aku untuk jatuhkan aku,orang dah buat salah banyak..nak perbetulkan diri dengan fitnah orang...simpati!shame on u boooooooo