zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Monday, 28 April 2014

sebulan berlalu


kami semua rindukan awak zara amani.
mama rindu nak peluk,cium awak,mama rindu awak gosok perut mama dan bercakap dengan adik awak.

awak tahu tak..mak bersihkan anak patung awak,bungkus elok elok dalam plastik,basuh,sidai.mak lap semua basikal skuter awak simpan dalam plastik.mama tau hati mak hancur daddy buat macamni.tapi apa mama boleh buat?

mama benci berurusan dengan orang yang pentingkan diri macamtu.mama benci berurusan dengan orang tak kenang budi macamtu.

mama dah jaga awak,didik awak selama 6tahun dan mama rasa mama bukan mama yang terbaik,banyak kekurangan yang mama perlu perbaiki,tapi dia baru jaga awak seminggu,sudah dabik dada dialah paling terbaik leh jaga awak.

mama teringin nak cabut gigi pertama awak,kita simpan sama sama
kongsi pengalaman pertama awak datang bulan
shopping bra pertama awak

abah pun sangat rindukan awak.kami takut jika kami telefon awak,awak tak mahu cakap dengan kami.hati mama akan sangat hancur.atau awak cepat cepat nak letak telefon.bukan salah awak jika dibesarkan dengan membenci kepada mama.tapi salah orang yang membesarkan awak dengan kebencian dan dendam.

mama bahagia sayang..abah mendidik mama menjadi isteri mithali,menjaga mama macam mama sahaja seorang wanita yang tinggal kat dunia ni.jika dipusing balik dunia,mama akan tinggalkan semua dan pilih untuk bersama abah awak.

abah rindu setiap hari siapkan awak pergi sekolah
abah rindu ajar awak mengaji setiap malam
abah rindu bawa awak round2 naik motor p taman permainan.

setiap hari dalam solat abah mendoakan kebaikan awak sayang.....

kami tunggu awak balik...kami tunggu kepulangan awak sayang..mama nak awak kenal adik awak yang bakal keluar ni.

mama kesian kat daddy awak,mama halalkan semua hutang piutang dia kat mama,harta benda mama kat dia,mama halalkan semua,tapi dia tetap pilih jalan nak berebut semua benda dengan mama.mama tak tahu apa yang dia nak sebenarnya,cukuplah mama jaga aib dia selama ni,dan dia pilih untuk membuka aib sendiri.Alhamdulillah ramai dah buka mata atas sikap daddy awak.mama ada Allah sebabtu mama tak pernah dendam walau mama dianiaya dengan sangat teruk.well tengokla cara kita dididik macamana :)

mama sentiasa doakan yang indah indah sahaja

Saturday, 5 April 2014

hari kesepuluh


semua orang rindu awak zara amani.sangat rindukan awak

tanpa berbincang dengan mama,daddy amik awak dan tak pulangkan pada mama kembali sedangkan daddy cakap nak pulangkan balik kat mama seminggu yang lepas.daddy sekolahkan awak kat sana tanpa PENGETAHUAN mama.mama rasa sangat dianiayai tapi mama usaha redhakan hati

mama merayu pada daddy untuk ambil awak pada jumaat yang lepas tapi daddy tak izinkan atas alasan taknak awak ponteng sekolah.

daddy cakap mama tak pandai jaga awak kerana awak sudah berumur 6tahun tapi tidak pandai mengeja.mama tak marah pun semua daddy cakap.sebab daddy tak pernah jaga anak,so dia boleh cakap apa sahajayang dia suka ,,sebab dia bodoh seperti kata katanya..anak mama dah kenal huruf besar,huruf kecik,dah pandai eja dua suku kata,dah pandai belajar mengira,itu mama dah bersyukur.abah pun rajin tuisyen kan awak pada waktu malam

btw daddy.kalau setakat kau amik anak,hantar sekolah,harap 100% pada cikgu untuk bagi anak kau pandai,semoga kau berjaya la ya,jangan kejar sangat duniawi,sampai akhirawi berterabur.

mama bersyukur awak baru masuk 6tahun 

awak dah pandai solat

awak dah pandai baca surah Alfatihah berserta terjemahan

awak dah kenal semua huruf jawi

awak dah pandai solat

awak dah pandai doa harian beserta terjemahan

awak dah ingat rukun solat,nama solat.berapa rakaat

Alhamdulillah.setakat awak umur 6tahun,mama dah isikan awak dengan bekalan untuk akhirawi.mama tak peduli anak mama kurang dalam akademik,yang penting dia mampu pimpin diri sendiri untuk perjalanan untuk selamanya.

mama doakan awak sentiasa dalam lindungan Allah,mungkin daddy jaga awak lebih baik dari mama.mama sentiasa tunggu awak balik ke pangkuan mama.mama sangat rindukan awak..abah masih berlinang airmata mengenangkan awak.

mama bukan taknak kat awak,tapi mama terlalu sayang kat awak mama TERPAKSA mengalah sebab mama taknak awak stress dan serabut dibaling sana sini..mama nak awak tenang,,cukup awak tahu,,mama sangat kehilangan awak,awak balik ya masa adik awak keluar nanti,mama sangat rindukan awak.

mama dan abah sangat rindukan awak sayang



Wednesday, 2 April 2014

hari ketujuh


Allah tak uji kau dengan kehilangan lagi.kehilangan itu kesakitan yang ditanggung sepanjang hayat.kehilangan paling besar dalam hidup aku adalah perginya abah yang tercinta.tapi aku bersyukur abah pergi dalam pangkuan aku,pergi saat aku sedang cium abah,pegang tangan abah.terbayang bayang lagi abah mengucap dua kalimah syahadah sebanyak dua kali,dengan matanya melihat muka aku tidak berkelip kelip.

3tahun sudah berlalu.tapi serasa baru semalam abah pergi.sakitnya kehilangan itu hanya Allah yang tahu.

dan pemergian abah,aku bukan hanya kehilangan abah.aku kehilangan sikap baran aku.aku kehilangan sikap bongkak dan riak.aku semakin mendekatkan diri kepada Allah.aku menjadi seorang yang pasif.

kehilangan abah membuat aku tak peduli apa pandangan orang kepada aku,aku tak peduli jika mak benci kepada aku.yang aku tahu,aku hanya mahu berada disisi emak,setiap masa,walau dibenci,walau dikata tentang sejuta keburukan aku.

bukan mudah untuk aku mengambil keputusan tinggal di rumah mak ni.banyak suara sumbang yang berbunyi.tapi aku pegang kepada satu perkara.aku tak pernah menyesal abah pergi awal kerana aku banyak habiskan masa dengan abah.dan aku tak nak menyesal saat emak pergi,aku anak yang tidak mengenali emak sendiri.

tak guna kau menangis,meratap setiap hari kerana permergian seseorang itu jika yang masih hidup pun korang buat bodoh,buat tuli.nanti bila emak dah tak ada,setiap hari kau menangis pun tiada guna.cerita abah tidak diambil pengajaran.setiap masa,bercerita tentang sedihnya abah pergi,tapi rumah abah pun kau malas pergi.memang...memang hanya rumah sahaja,abah bukan disitu,tapi kalau rumah pun kau tak mampu nak kemas dan lawat,apatah lagi benda lain.

aku bersyukur aku diberi peluang oleh Allah,

buka mata je nampak muka kelat mak (bugis pekat mmg cenggitu kot)
nak tido nampak mak melepek tengok tv

setiap masa mak depan mata,suami depan mata,apa lagi aku nak?

sekarang aku diuji lagi dengan kehilangan.Allah menarik zara amani dari mama melalui seorang hamba Allah yang sudah Allah tarik nikmat bahagia dari hidupnya.ada sebab kenapa Allah aturkan begini.aku tak mampu menolak apa yang Allah aturkan,tapi mama usaha sayang...mencari balik awak yang dipaksa berpisah dengan mama

mama terlalu rindukan awak zara amani

mama rindu awak usik mama

mama rindu awak kacau mama

mama rindu awak ajar mama nyanyi

mama rindu awak baca doa harian

mama rindu awak cium satu badan mama

mama sangat rindukan awak zara amani

mama hanya mampu mendoakan awak dari jauh.Allah sedang uji kita sayang.mama tahu awak kuat macam mama.

awak sentiasa dalam redha mama sayang

andai suatu hari nanti mama pergi..mama nak awak jadi anak mama yang terbaik disisi Allah

mama masih berharap awal muncul tiba tiba didepan pintu rumah

abah?airmatanya masih berlinang sayang setiap kali ingat awak.kosong hidupnya awak pergi..dialah yang mandikan awak pergi sekolah,siapkan sarapan awak,seterika baju awak,ikat rambut awak.ajar awak mengaji,semua abah uruskan kerana abah nak mama rehat kerana mengandungkan adik awak.mama untung ada abah dan awak yang sentiasa buat mama tenang

mama tunggu awak balik ya sayang....

Tuesday, 1 April 2014

kami tunggu awak balik zara amani


Allahuakbar.berderai airmata mama dan abah sesubuh ni.

lepas solat subuh tadi,abah cuba mesej daddy untuk bercakap dengan awak,Alhamdulillah..mama dapat juga dengar suara awak setelah beberapa hari.

awak cakap awak gembira sekolah kat sana

awak cakap kat mama awak selalu minta nak balik kat mama tapi daddy marah,awak takut

awak cakap kat abah

"kita mimpi abah dan mama.pastu kita bangun abah ngan mama tak de kat sebelah,kita nangis kuat kuat" pastu daddy marah suruh letak telefon.

kesian anak mama...Allahuakbar..mama rindukan awak sayang

harini mama bleeding,tapi tak ada rasa nak beranak lagi.cuma ngilu rahim..bukan mama tak mahu cari awak,tapi mama sangat tak larat sayang..insyaallah..kita akan jumpa nanti.itu doa mama setiap saat untuk awak,semoga Allah lembutkan hati daddy untuk pulangkan awak pada mama sayang..mama tetap tunggu awak setiap hari dengan iringan doa yang tak pernah putus..

**dear suami.kenapa awak yang Allah aturkan jadi suami saya?sebab awaklah satu satunya lelaki yang kuat untuk menempuh semua dugaan ini bersama saya.terimakasih kerana sentiasa panggil saya solat jemaah bersama,awaklah lelaki yang saya solat berjemaah bersama setelah abah...terimakasih kerana menjaga,mencintai saya macam sayalah satunya wanita yang tinggal kat dunia ni


hari keenam


sepanjang hari mama tido sayang..dengan harapan mama terjaga sebab awak ketuk pintu bilik mama,, macam biasa awak buat.mama rindu jeritan awak

"mama,bukalah pintuuu bercinta apa lagi dengan abah"

"abah,buka la pintu jangan gatal sangat dengan mama"

mama rindu.setiap hari mama risik berita tentang awak,tapi hampa

mama tunggu awak ya sayang.....

tadi kami makan lewat malam..abah baca doa makan dengan linangan airmata kerana tugas membaca semua doa harian adalah tugas awak....mama dan abah doakan hati awak sentiasa untuk kami..balik ya sayang..balik..mama nak awak ada semasa adik awak keluar nanti....

buku scrap awak buat dengan abah..setiap hari abah buka album ni sayang