zara amani sayang...
mama dan abah tunggu awak balik sayang.mama sampai takut nak pergi kemana mana takut awak balik semasa mama keluar.tapi hampa.
abah pula,setiap kali bunyi kereta,abah jengah dengan harapan awak muncul depan pintu.
tadi mama dapat satu berita
daddy sekolahkan awak kat kuala lumpur,siap day care sebulan rm400..awak ada mama yang boleh jaga awak 24jam,yang memang jaga awak dari dalam kandungan,tapi daddy sanggup pisahkan kita.mama sedih,mama rindu awak,4hari setitis pun airmata tak jatuh tapi harini berita itu bebetul buat hati mama pecah hancur berderai.
abah?solat dengan banjir airmata,sujud dengan teresak esak,seakan esok akan kiamat,langsung dia takmau bangun dari sujudnya.kami sangat sayangkan awak zara amani..
kalau daddy betul sayang awak,daddy tak akan buat macamni
daddy tak akan pisahkan kita
daddy tak akan hancurkan hati awak dengan pisahkan kita sayang..daddy lupa,awak membesar dengan airtangan mama sorang..daddy lupa sejak dalam perut awak membesar di rumah tokbah dan mak ni.
daddy lupa atas segala janji dia atas mama.daddy cakap daddy tak akan tuntut langsung hak penjagaan anak dan mama tak tuntut langsung harta sepencarian.
mama dan abah berharap awak akan balik
mama akan tetap tunggu awak depan pintu macam mama tunggu awak balik dari sekolah.
mama dan abah rindukan awak
awak dah janjikan nak jaga adik yang bakal lahir ni sama sama?setiap hari awak cakap dengan mama dan abah,awak tunggu adik keluar.awak cakap nak buatkan susu kat adik,awak cakap nak tidurkan adik,awak cakap...awak sayangkan mama,abah dan adik.
suatu hari nanti kalau awak baca tulisan mama ni,ingat sayang...kasih sayang kami kat awak tak pernah hilang...sakit sangat...sakit sangat kehilangan awak