zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Sunday, 16 February 2014

Mama letih sayang...

Mama muak tau dengan duniawi

Maaf kerana ajar awak terlalu berdikari.

Maaf awak dah tido sendiri sejak umur 6bulan
Maaf awak makan sendiri dan tak bersepah langsung sejak awak 2tahun
Maaf awak dah seterika baju sendiri sejak awak 5tahun
Maaf sejak awak mula merangkak,mama akan lepuk tangan dan mulut awak bila awak punggah barang,bila awak kutip barang masuk mulut

Maaf sebab didik awak terlalu berdikari

Ramai cakap mama tak reti jaga anak
mama takut satu hari nanti bila mama terlalu letih,
mama pergi tinggalkan duniawi,
dan awak, cintahati mama,zara amani
tak mampu nak harungi segalanya macam mama harungi semuanya.

Tapi mama syukur,awak menjadi 'zara amani'.menjadi apa yang mama impikan.menjadi seseorang yang seindah nama yang mama pilih.mama tak pernah menyesal.

Mama jaga,besarkan awak bukan sebab balasan itu ini.cukup la kerana menjaga amanah Allah tanpa mengharapkan apa apa balasan

Mama cukup pantang bila orang cakap kat awak "belajar rerajin dah besar leh belikan si penuntut hak itu ini"

Maaf la si penuntut hak.aku besarkan anak aku bukan kerana balasan,jangan dirosak fikiran anak aku dengan benda tu semua

Jangan diumpan anak aku dengan semua gadget dan ilmu duniawi.aku benci duniawi macam aku benci kau.

Berhentilah
Berhentilah dari mewarnai hati kau dengan dakwat hitam