zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Wednesday, 2 July 2014

3bulan lebih3

Zara Amani,

harini AmirYusuf dah masuk 2bulan,tapi awak langsung tak diberi peluang kenal adik awak.takpe,kami akan pastikan adik awak membesar dengan mengenali awak.abah tak kasi mama tulis blog dah.abah ajak mama tulis surat,kumpul,sampai masa awak akan baca.

dah 3bulan lebih kami tak jumpa awak.tapi mama yakin dengan aturan Allah.biar mama sakit,menderita sekarang.Allah maha adil.

mama sangat rindu awak.bukan mama je,semua orang.setiap hari nama awak pasti disebut oleh abah.mama tahu,awak pasti akan cari mama nanti.mama sentiasa doakan jodoh kita.mama sangat sayang awak kerana Allah.

6tahun mama jaga dan didik awak,banyak salah dan silap.mama minta maaf.mama cuma harap kasih sayang mama kat awak sentiasa mekar dalam hati awak.mama tahu awak rindukan mama,macam mama rindukan awak.

sabar ya sayang..kalau mama tak sempat jumpa awak kat dunia,tolong cari mama kat akhirat nanti.

gambar terakhir kita bersama.mama sungguh rindukan kamu


Saturday, 17 May 2014

semua rindu awak

tadi opah dan atuk bukit katil datang tengok adik.setiap kali pun tengok mama,opah pasti tanya pasal awak sayang.

"amani dah tengok adik?"
"dapat call kakak?mak rindu dia sangat"
"apa khabar amani sekarang?"

mama tak mampu nak jawab.mama diamkan diri.semua mak sedara (kakak abah) akan tanya awak setiap kali jumpa,call.semua sayang dan rindu awak.masa memula awak dirampas dari kami,,3minggu mama diam tak beritahu opah dan atuk pasal awak.setiap kali pun opah bising nak jumpa awak,rindu awak.

akhirnya mama amik keputusan beritahu opah.berderai airmata opah.dari saat mama cerita,sampai sekarang.

orang yang tak pernah rasai kehilangan,tak akan faham apa kami rasai.Allah maha adil.mama kuat insyaallah sebab mama pernah kehilangan tokbah,manusia kesayangan mama.mama berjaya tempuh kehilangan itu,dan insyaallah mama  boleh tempuh kehilangan lagi.mama percaya dengan aturan Allah,mama percaya semua akan pulih seperti biasa.

hidup mama tenang.jujur mama cakap..setiap malam pun mama nangis rindukan awak.siapa tak rindu berpisah dengan anak yang mama jaga seorang dari dalam perut.mama ingat lagi masa mama sarat mengandungkan awak,mama naik komuter,jalan kaki seorang kat puduraya sebab nak balik melaka.mama tak akan lupa naik motor setiap kali chekup awak kat doktor dengan sakit pinggang,sakit emosi,tapi mama bahagia mengandungkan awak,mama ada tokbah yang sangat sayang kita.

mama ingat masa awak kecik lagi,kita berdua,mama drive pukul 3pagi balik melaka hantar tempahan..dan masa tu mama keguguran.mama simpan semua sakit demi duit,nak tolong hidup kita.sampai umah tokbah,mama terus pitam,tokbah dan maklang yang cuci semua darah.kalau daddy ingat..masatu dia pilih nak tido sebab konon nak keje.tapi secuit benci pun mama xde untuk daddy....

sampai hari ni,sedetik benci pun tak ada untuk daddy awak..mama tak faham kenapa Allah atur semua ini,walau mama ada sejuta alasan untuk benci daddy..tapi mama buang semua itu..sebab mama tahu mama sangat tak sempurna.

daddy tulis kat mama,daddy amik awak sebab daddy taknak awak bodoh macam mama.Alhamdulillah..daddy lupa.dia bina hidup dengan duit mama yang bodoh ni,dia lupa Allah hadirkan tokbah bantu dia saat dia tak ada duit.macam macam mama dah buat untuk bina hidup,mama akan meniaga apapun yang orang akan beli.mama pernah jual kerongsang,baju,handbag,beg duit,alas meja,kek,biskut.dan macam macam lagi.mama tak akan malu buka bonet kereta untuk meniaga.tapi mama ikhlas sayang.dengan duit mama yang bodoh ni,mama beli macam macam kat awak.

sekarang.....

mama bahagia sangat disisi abah.ulang lapan juta kali pun,mama tetap pilih tinggalkan semua dan pilih abah.walau hidup kami sederhana.mama rasa tenang dan selamat.hidup mama lebih tersusun,jiwa mama lebih berbunga bunga...

mama harap Allah permudahkan jalan awak balik kat mama...mama nak awak kenal amir yusuf.mama sangat rindu dan sayang awak.bagi mama biarlah anak mama sederhana,yang penting anak mama gembira,bahagia....cukup anak mama sihat.mama rindu awak,sepenuh nyawa,xakan berhenti tunggu awak.

Alfatihah sayang...........

seseorang yang awak panggil makcik,abah,






Friday, 16 May 2014


macamana agung pun amir yusuf

walau berapa ramai pun mama lahirkan anak

tiada siapa boleh gantikan tempat awak zara amani

seseorang yang awak panggil makdik 2

kalau mama nak printscreen satu satu banyak sangat gambar awak dengan mereka,,so mama amik mana yang mama berkenan sahaja.yela awak membesar di melaka,mestilah banyak memori awak dengan kami.

zara amani,

Allah sedang mempersiapkan hidup awak dengan ujian mendatang,tabahkan hati.cari mama bila sampai masanya,,awak tetap baby kecik mama walau awak dah beranak lapan sekali.tabah hadapi dugaan ini,,

seseorang kirimkan gambar terbaru awak,,tak sanggup mama lihat wajah menderita awak,wajah pendam awak...takpe..doa mama dan abah serta semua mak pak sedara awak,mengiringi awak..walau dimana awak berada,,mama nak awak sentiasa hangat macam awak dalam pelukan mama.. setiap malam mama peluk awak sebelum awak tido,diiringi selawat dari abah,jangan pernah lupa sayang :)




mereka yang awak panggil auntie :)

zara amani,

kalau awak lupa..ni makcik ana..auntie hajar,mama long......mereka sentiasa ada kat sisi mama,susah mama,apatah lagi senang mama...





ingat pesanan mama sayang...jika kita kasihkan manusia kerana Allah...insyaallah melimpah ruah kasih sayang Allah bagi balik kepada kita...mama sangat sayang awak..sangat sangat,Alfatihah

seseorang yang awak panggil makteh

zara amani,biar gambar berbicara,betapa kasihnya kami pada awak.






seseorang yang awak panggil makdik

semua orang sangat rindu awak.dari lahir awak membesar di rumah ni.mak....mak paling murung awak tak de..mama tak kisah airmata mama mengalir.tapi mama doa,setiap airmata mak yang mengalir akan berbayar!










zara amani,kalau awak lupa semua perkara masa awak baca tulisan mama ni..mama nak cerita...makdik lah yang jaga awak dari awak dalam kandungan.yang sediakan mama makan dan minum,yang jaga awak dari dalam pantang sampai saat awak di ambil.


yang sangat menyayangi awak...makdikla maksedara yang awak akan ikut bontot kemana sahaja saat makdik balik dari asrama.awak dikelilingi mereka yang kasihkan awak,awak kaya dengan kasih sayang....jangan pernah buruk sangka dengan kami sayang

makdik lah manusia yang awak akan sakat sampai makdik merajuk,yang akan awak pujuk balik sampai makdik senyum..setiap kali awak datang kat mama,mengadu yang makdik marah, mama akan terus tanya "awak usik apa kat makdik,p pujuk makdik" dan awak akan senyum sebab awak yang mulakan pergaduhan tu,,makdik sangat rindu awak sayang,,apatah lagi mama.

Sunday, 11 May 2014


mama tak akan berhenti menulis 
selagi awak tak dikembalikan 
kepada mama seperti sediakala
dan 
mama akan lupakan segalanya
jika awak kembali kepada mama
insyaallah

Saturday, 10 May 2014

simpati


mak bapa kau yang cakap kau bagi aku 1k sebulan nafkah anak
tapi kau nafikan
mak bapa kau yang cakap kau amik kereta kerana aku suruh,konon aku tak mampu bayar
tapi kau nafikan
mak bapa kau yang cakap "kau yang cakap"
tapi kau nafikan

kau cakap otak aku rosak sebab banyak dengar fitnah orang

macamana fitnah kau yang melambak lambak tu?oh kau kan sempurna,aku lupa haha!

btw mak mak sedara kau,akak akak kau yang dok padankan muka kan aku kerana diceraikan kau,tolong beritahu mereka ya

pembetulan: aku yang mahukan penceraian,dan hasilnya?hidup aku bertambah tenang..mohon ya diberitahu mereka pembetulan tu 

Alhamdulillah

siapa kita?dimata mereka



kalau mak bapa,beradik pun kau buang demi ego.apatah lagi anak kau sendiri.


Alhamdulillah

disaat aku dalam kesusahan yang amat sangat ni,ramai yang Allah hadirkan mendampingi aku,menerima apa adanya aku kerana Allah

sujud...sujud syukur..

amir yusuf

zara amani...


mama selamat lahirkan adik awak,walau mama jenuh berendam airmata semasa mengandungkan adik awak angkara si polan tu...nama adik awak #AmirYusuf mama minta kat abah supaya diletakkan nama arwah tokbah.betapa kasihnya tokbah kepada kita zara amani..kasihnya tiada sempadan begitu juga rindu mama pada tokbah tak pernah bertepi.

semasa mama ditolak ke kamar bersalin,airmata mama berderai rindukan kamu sayang...jodoh awak dan adik awak kuat sebab awak berdua dilahirkan dikamar bersalin 10.awak berdua dilahirkan dibilik yang sama,katil yang sama juga mungkin..bezanya...semasa mama lahirkan awak,mama ditemani doktor dan bidan...tetapi mama lahirkan adik awak,mama ditemani abah,,abah yang sambut adik awak keluar sayang....abah yang beri mama semangat dan kekuatan semasa melahirkan #AmirYusuf...kami sangat rindukan awak zara amani...

zara amani..

abah tatang mama bagai minyak yang penuh sayang..abah mandikan adik,siapkan adik sebelum pergi kerja..abah mandikan mama,suapkan mama makan,abah tak bagi mama buat apapun kecuali rehat..mama dimanjakan sepenuh jiwa oleh abah..macam abah manjakan awak dulu..mama sedih abah difitnah macam macam oleh si polan tu.biarlah Allah yang adili segalanya...

setiap hari mama dan abah cerita kat adik,betapa kasihnya awak kat dia...mama nak adik membesar dengan mengenali awak..mama cerita kat adik setiap pagi awak cium perut mama dan cakap kat adik "kakak pergi sekolah,adik jaga mama tau,tunggu kakak balik sekolah"....haih bergenang airmata mama,tak kuat mama nak teruskan menaip sayang...doa mama...semoga Allah lindungi anak mama...semoga hati kamu sentiasa terikat dengan kami....





p/s : tq la si polan yang menggunakan blog aku untuk jatuhkan aku,orang dah buat salah banyak..nak perbetulkan diri dengan fitnah orang...simpati!shame on u boooooooo

Monday, 28 April 2014

sebulan berlalu


kami semua rindukan awak zara amani.
mama rindu nak peluk,cium awak,mama rindu awak gosok perut mama dan bercakap dengan adik awak.

awak tahu tak..mak bersihkan anak patung awak,bungkus elok elok dalam plastik,basuh,sidai.mak lap semua basikal skuter awak simpan dalam plastik.mama tau hati mak hancur daddy buat macamni.tapi apa mama boleh buat?

mama benci berurusan dengan orang yang pentingkan diri macamtu.mama benci berurusan dengan orang tak kenang budi macamtu.

mama dah jaga awak,didik awak selama 6tahun dan mama rasa mama bukan mama yang terbaik,banyak kekurangan yang mama perlu perbaiki,tapi dia baru jaga awak seminggu,sudah dabik dada dialah paling terbaik leh jaga awak.

mama teringin nak cabut gigi pertama awak,kita simpan sama sama
kongsi pengalaman pertama awak datang bulan
shopping bra pertama awak

abah pun sangat rindukan awak.kami takut jika kami telefon awak,awak tak mahu cakap dengan kami.hati mama akan sangat hancur.atau awak cepat cepat nak letak telefon.bukan salah awak jika dibesarkan dengan membenci kepada mama.tapi salah orang yang membesarkan awak dengan kebencian dan dendam.

mama bahagia sayang..abah mendidik mama menjadi isteri mithali,menjaga mama macam mama sahaja seorang wanita yang tinggal kat dunia ni.jika dipusing balik dunia,mama akan tinggalkan semua dan pilih untuk bersama abah awak.

abah rindu setiap hari siapkan awak pergi sekolah
abah rindu ajar awak mengaji setiap malam
abah rindu bawa awak round2 naik motor p taman permainan.

setiap hari dalam solat abah mendoakan kebaikan awak sayang.....

kami tunggu awak balik...kami tunggu kepulangan awak sayang..mama nak awak kenal adik awak yang bakal keluar ni.

mama kesian kat daddy awak,mama halalkan semua hutang piutang dia kat mama,harta benda mama kat dia,mama halalkan semua,tapi dia tetap pilih jalan nak berebut semua benda dengan mama.mama tak tahu apa yang dia nak sebenarnya,cukuplah mama jaga aib dia selama ni,dan dia pilih untuk membuka aib sendiri.Alhamdulillah ramai dah buka mata atas sikap daddy awak.mama ada Allah sebabtu mama tak pernah dendam walau mama dianiaya dengan sangat teruk.well tengokla cara kita dididik macamana :)

mama sentiasa doakan yang indah indah sahaja

Saturday, 5 April 2014

hari kesepuluh


semua orang rindu awak zara amani.sangat rindukan awak

tanpa berbincang dengan mama,daddy amik awak dan tak pulangkan pada mama kembali sedangkan daddy cakap nak pulangkan balik kat mama seminggu yang lepas.daddy sekolahkan awak kat sana tanpa PENGETAHUAN mama.mama rasa sangat dianiayai tapi mama usaha redhakan hati

mama merayu pada daddy untuk ambil awak pada jumaat yang lepas tapi daddy tak izinkan atas alasan taknak awak ponteng sekolah.

daddy cakap mama tak pandai jaga awak kerana awak sudah berumur 6tahun tapi tidak pandai mengeja.mama tak marah pun semua daddy cakap.sebab daddy tak pernah jaga anak,so dia boleh cakap apa sahajayang dia suka ,,sebab dia bodoh seperti kata katanya..anak mama dah kenal huruf besar,huruf kecik,dah pandai eja dua suku kata,dah pandai belajar mengira,itu mama dah bersyukur.abah pun rajin tuisyen kan awak pada waktu malam

btw daddy.kalau setakat kau amik anak,hantar sekolah,harap 100% pada cikgu untuk bagi anak kau pandai,semoga kau berjaya la ya,jangan kejar sangat duniawi,sampai akhirawi berterabur.

mama bersyukur awak baru masuk 6tahun 

awak dah pandai solat

awak dah pandai baca surah Alfatihah berserta terjemahan

awak dah kenal semua huruf jawi

awak dah pandai solat

awak dah pandai doa harian beserta terjemahan

awak dah ingat rukun solat,nama solat.berapa rakaat

Alhamdulillah.setakat awak umur 6tahun,mama dah isikan awak dengan bekalan untuk akhirawi.mama tak peduli anak mama kurang dalam akademik,yang penting dia mampu pimpin diri sendiri untuk perjalanan untuk selamanya.

mama doakan awak sentiasa dalam lindungan Allah,mungkin daddy jaga awak lebih baik dari mama.mama sentiasa tunggu awak balik ke pangkuan mama.mama sangat rindukan awak..abah masih berlinang airmata mengenangkan awak.

mama bukan taknak kat awak,tapi mama terlalu sayang kat awak mama TERPAKSA mengalah sebab mama taknak awak stress dan serabut dibaling sana sini..mama nak awak tenang,,cukup awak tahu,,mama sangat kehilangan awak,awak balik ya masa adik awak keluar nanti,mama sangat rindukan awak.

mama dan abah sangat rindukan awak sayang



Wednesday, 2 April 2014

hari ketujuh


Allah tak uji kau dengan kehilangan lagi.kehilangan itu kesakitan yang ditanggung sepanjang hayat.kehilangan paling besar dalam hidup aku adalah perginya abah yang tercinta.tapi aku bersyukur abah pergi dalam pangkuan aku,pergi saat aku sedang cium abah,pegang tangan abah.terbayang bayang lagi abah mengucap dua kalimah syahadah sebanyak dua kali,dengan matanya melihat muka aku tidak berkelip kelip.

3tahun sudah berlalu.tapi serasa baru semalam abah pergi.sakitnya kehilangan itu hanya Allah yang tahu.

dan pemergian abah,aku bukan hanya kehilangan abah.aku kehilangan sikap baran aku.aku kehilangan sikap bongkak dan riak.aku semakin mendekatkan diri kepada Allah.aku menjadi seorang yang pasif.

kehilangan abah membuat aku tak peduli apa pandangan orang kepada aku,aku tak peduli jika mak benci kepada aku.yang aku tahu,aku hanya mahu berada disisi emak,setiap masa,walau dibenci,walau dikata tentang sejuta keburukan aku.

bukan mudah untuk aku mengambil keputusan tinggal di rumah mak ni.banyak suara sumbang yang berbunyi.tapi aku pegang kepada satu perkara.aku tak pernah menyesal abah pergi awal kerana aku banyak habiskan masa dengan abah.dan aku tak nak menyesal saat emak pergi,aku anak yang tidak mengenali emak sendiri.

tak guna kau menangis,meratap setiap hari kerana permergian seseorang itu jika yang masih hidup pun korang buat bodoh,buat tuli.nanti bila emak dah tak ada,setiap hari kau menangis pun tiada guna.cerita abah tidak diambil pengajaran.setiap masa,bercerita tentang sedihnya abah pergi,tapi rumah abah pun kau malas pergi.memang...memang hanya rumah sahaja,abah bukan disitu,tapi kalau rumah pun kau tak mampu nak kemas dan lawat,apatah lagi benda lain.

aku bersyukur aku diberi peluang oleh Allah,

buka mata je nampak muka kelat mak (bugis pekat mmg cenggitu kot)
nak tido nampak mak melepek tengok tv

setiap masa mak depan mata,suami depan mata,apa lagi aku nak?

sekarang aku diuji lagi dengan kehilangan.Allah menarik zara amani dari mama melalui seorang hamba Allah yang sudah Allah tarik nikmat bahagia dari hidupnya.ada sebab kenapa Allah aturkan begini.aku tak mampu menolak apa yang Allah aturkan,tapi mama usaha sayang...mencari balik awak yang dipaksa berpisah dengan mama

mama terlalu rindukan awak zara amani

mama rindu awak usik mama

mama rindu awak kacau mama

mama rindu awak ajar mama nyanyi

mama rindu awak baca doa harian

mama rindu awak cium satu badan mama

mama sangat rindukan awak zara amani

mama hanya mampu mendoakan awak dari jauh.Allah sedang uji kita sayang.mama tahu awak kuat macam mama.

awak sentiasa dalam redha mama sayang

andai suatu hari nanti mama pergi..mama nak awak jadi anak mama yang terbaik disisi Allah

mama masih berharap awal muncul tiba tiba didepan pintu rumah

abah?airmatanya masih berlinang sayang setiap kali ingat awak.kosong hidupnya awak pergi..dialah yang mandikan awak pergi sekolah,siapkan sarapan awak,seterika baju awak,ikat rambut awak.ajar awak mengaji,semua abah uruskan kerana abah nak mama rehat kerana mengandungkan adik awak.mama untung ada abah dan awak yang sentiasa buat mama tenang

mama tunggu awak balik ya sayang....

Tuesday, 1 April 2014

kami tunggu awak balik zara amani


Allahuakbar.berderai airmata mama dan abah sesubuh ni.

lepas solat subuh tadi,abah cuba mesej daddy untuk bercakap dengan awak,Alhamdulillah..mama dapat juga dengar suara awak setelah beberapa hari.

awak cakap awak gembira sekolah kat sana

awak cakap kat mama awak selalu minta nak balik kat mama tapi daddy marah,awak takut

awak cakap kat abah

"kita mimpi abah dan mama.pastu kita bangun abah ngan mama tak de kat sebelah,kita nangis kuat kuat" pastu daddy marah suruh letak telefon.

kesian anak mama...Allahuakbar..mama rindukan awak sayang

harini mama bleeding,tapi tak ada rasa nak beranak lagi.cuma ngilu rahim..bukan mama tak mahu cari awak,tapi mama sangat tak larat sayang..insyaallah..kita akan jumpa nanti.itu doa mama setiap saat untuk awak,semoga Allah lembutkan hati daddy untuk pulangkan awak pada mama sayang..mama tetap tunggu awak setiap hari dengan iringan doa yang tak pernah putus..

**dear suami.kenapa awak yang Allah aturkan jadi suami saya?sebab awaklah satu satunya lelaki yang kuat untuk menempuh semua dugaan ini bersama saya.terimakasih kerana sentiasa panggil saya solat jemaah bersama,awaklah lelaki yang saya solat berjemaah bersama setelah abah...terimakasih kerana menjaga,mencintai saya macam sayalah satunya wanita yang tinggal kat dunia ni


hari keenam


sepanjang hari mama tido sayang..dengan harapan mama terjaga sebab awak ketuk pintu bilik mama,, macam biasa awak buat.mama rindu jeritan awak

"mama,bukalah pintuuu bercinta apa lagi dengan abah"

"abah,buka la pintu jangan gatal sangat dengan mama"

mama rindu.setiap hari mama risik berita tentang awak,tapi hampa

mama tunggu awak ya sayang.....

tadi kami makan lewat malam..abah baca doa makan dengan linangan airmata kerana tugas membaca semua doa harian adalah tugas awak....mama dan abah doakan hati awak sentiasa untuk kami..balik ya sayang..balik..mama nak awak ada semasa adik awak keluar nanti....

buku scrap awak buat dengan abah..setiap hari abah buka album ni sayang

Monday, 31 March 2014

hari kelima


zara amani sayang...

mama dan abah tunggu awak balik sayang.mama sampai takut nak pergi kemana mana takut awak balik semasa mama keluar.tapi hampa.

abah pula,setiap kali bunyi kereta,abah jengah dengan harapan awak muncul depan pintu.

tadi mama dapat satu berita


daddy sekolahkan awak kat kuala lumpur,siap day care sebulan rm400..awak ada mama yang boleh jaga awak 24jam,yang memang jaga awak dari dalam kandungan,tapi daddy sanggup pisahkan kita.mama sedih,mama rindu awak,4hari setitis pun airmata tak jatuh tapi harini berita itu bebetul buat hati mama pecah hancur berderai.

abah?solat dengan banjir airmata,sujud dengan teresak esak,seakan esok akan kiamat,langsung dia takmau bangun dari sujudnya.kami sangat sayangkan awak zara amani..

kalau daddy betul sayang awak,daddy tak akan buat macamni

daddy tak akan pisahkan kita

daddy tak akan hancurkan hati awak dengan pisahkan kita sayang..daddy lupa,awak membesar dengan airtangan mama sorang..daddy lupa sejak dalam perut awak membesar di rumah tokbah dan mak ni.

daddy lupa atas segala janji dia atas mama.daddy cakap daddy tak akan tuntut langsung hak penjagaan anak dan mama tak tuntut langsung harta sepencarian.

mama dan abah berharap awak akan balik

mama akan tetap tunggu awak depan pintu macam mama tunggu awak balik dari sekolah.

mama dan abah rindukan awak

awak dah janjikan nak jaga adik yang bakal lahir ni sama sama?setiap hari awak cakap dengan mama dan abah,awak tunggu adik keluar.awak cakap nak buatkan susu kat adik,awak cakap nak tidurkan adik,awak cakap...awak sayangkan mama,abah dan adik.

suatu hari nanti kalau awak baca tulisan mama ni,ingat sayang...kasih sayang kami kat awak tak pernah hilang...sakit sangat...sakit sangat kehilangan awak 

Friday, 28 March 2014

hari pertama


harini lan amik amani siap bawa beradik harharhar
pengecut nak mampoih.ritu bawa mak bapa.cakap laki aku tak matang kau pun sama malah lagi teruk!
padahal aku bagi je kalau dia nak amik pun,hak dia kan,dia yang beranakkan amani,bukan aku.

amani,
mama minta maaf,tak dapat tunaikan permintaan awak untuk marah daddy supaya tak amik awak sebab awak kene cakap sendiri dengan daddy.awak kene buang rasa takut awak,mama bukan tak mahu pertahankan awak,tapi mama nak ajar awak supaya berani dan gengster macam mama hihi.

mama dan abah sangat sangat rindukan awak dan menanti kepulangan awak.

tapi mama dan abah minta maaf awal awal..mama tak akan ganggu atau cari awak selama awak dengan daddy.kerana mama tak mahu awak keliru.tapi mama banyak kali pesankan kat awak kalau awak rindu mama,doakan mama,doakan mama sihat,doakan mama selamat melahirkan adik awak.

mama lepaskan awak tadi sihat mental dan fizikal.dan semoga awak sentiasa sihat dan jauh dari untuk negatif dan unsur sihir atau segala unsur yang tidak baik.


tadi sebelum awak pergi,awak ambil bear putih dan awak cakap "mama,kalau amani rindu mama,amani peluk bear ni tau,amani tak leh call mama,sebut nama mama,nanti daddy marah"

***setiap kali ingat kata awak ni,mama berderai airmata sayang,syukur,kami tak pernah ajar benci sesiapapun**

Wednesday, 26 March 2014

kerana cinta mama berkorban


20.03.2014


aku dapat panggilan daripada cikgu sekolah amani mengatakan seseorang mahu mengambil amani.eh?eh?eh? aku pelik,tiada sesiapa memaklumkan kepada pihak kami mahu mengambil amani di sekolah.

kebetulan masatu amani demam dan kami mengambil keputusan untuk tidur dirumah salah seorang adik beradik aku.Amani sudah bergerak dahulu ke rumah adik aku bersama yang lain,sementara aku pula dirumah,menyiapkan diri untuk  temujanji dengan doktor untuk check kandungan,selepas itu barulah aku akan meneruskan perjalanan seorang diri kerumah adik dengan izin suami tercinta.

selepas cikgu amani call.aku menyiapkan diri untuk ke klinik,dan berjumpa dengan cikgu amani,tiba tiba aku terdengar orang menjerit memaki hamun diluar rumah.aku ketakutan dan hanya mampu mendiamkan diri.mendengar mereka menelefon suamiku dengan jeritan dan maki hamun buat aku fobia untuk keluar dari bilik air.setelah sunyi,aku dalam ketakutan melarikan diri ke rumah mak sedara aku.

telefon aku yang selalu rosak membuatkan suami susah untuk menghubungi aku.

akhirnya aku dapat tahu,duda mahu membawa amani secara dediam dengan mengambil di sekolah.Allahuakbar.kenapa kau jadi begini.tidak pernah aku nafikan hak kau.kau mesej suamiku memarahi suamiku,memaksa suamiku sediakan anak pada malam hari.mana suamiku mampu nak sediakan itu semua?kau datang tanpa memberitahu apa apa,sedangkan amani tiada di melaka.

aku hanya mampu mendiamkan diri,aku hanya mampu menyerahkan segalanya ke atas suamiku kerana dia adalah ketua keluarga.dia pemimpin kami,dan dia adalah 100% berhak ke atas kehidupan kami.

dengan izin suami,dengan lafaz bismillah.aku menaip mesej kepada duda setelah berbulan bulan aku diamkan diri.harapan aku,supaya dia faham betapa kami sangat cintakan zara amani.betapa aku sanggup korbankan rindu dan kasih sayang aku supaya zara amani tidak menjadi rebutan atas kepentingan diri.

walau tiada jawapan atas segala luahan aku,aku lega melepaskan segala yang terpendam,walau mungkin dia tak baca mesej tu,aku lega kerana segalanya kerana Allah.

terimakasih suami kerana sentiasa mengingatkan aku untuk sentiasa memaafkan dan bersangka baik

Alhamdulillah YaAllah kau hadirkan suami yang kental jiwa raganya.dan zara amani yang sangat cekal dan sentiasa menjaga hati orang keliling

dan hadiah untuk diri sendiri?lebih menghargai suami dan berusaha menjadi isteri yang diredhai suami dan Allah



semoga engkau diberi ketenangan hati dan hidup.itu doa kami

Sunday, 16 March 2014

suami yang aku cintai dan hormati



abang..sekarang aku dah faham kenapa Allah hadirkan kau untuk aku.tempoh perkenalan kita sangat singkat,kalau ikut logik,mustahil seorang zatulbazamahyusof akan bersetuju dengan semuanya!


abang..hanya Allah tahu betapa gundah hati aku semasa abang ajak menikah dulu.aku takut bang,,aku takut sebab kau muda dari aku.aku takut kau inginkan aku hanya kerana nafsu.

seminggu sebelum abang ajak aku keluar untuk kenal isihati,aku mimpikan abang pakai stokin pink..stokin itu abang buka dan beri kepada aku.seminggu kemudian abang ajak aku keluar,aku tanya apa warna kegemaran abang.abang jawab pink!aku terdiam dan teringat tentang mimpi itu.

sebulan kemudian abang lamar aku.aku hanya cakap "kalau nak kat aku,abang minta kat mak ngan uda.dorang keredhaan aku,sorang wali aku" masatu aku berharap mak tolak lamaran abang.aku mimpi lagi,aku masuk dalam rumah yang penuh kucing dan aku berkenan dengan 3ekor kucing berwarna oren dan aku peluk kucing itu erat erat.

aku,aku cuma minta rm40 dengan senaskah Al quran,itu sahaja,tapi abang tetap sediakan sebentuk cincin yang abang pilih,,abang tetap bagi duit beberapa ribu sebagai hantaran.aku malu.kerana aku hanya lah seorang ibu tunggal yang punyai seorang anak.aku bukan anak dara yang memerlukan hantaran,cukup seorang suami yang menyayangi kami berdua lebih dari aku menyayangi amani.

abang..abang tahu macamna aku yakin dengan keputusan untuk bernikah dengan abang?setiap hari bang sebelum tempoh pernikahan kita,aku buka Al quran mana mana surah,aku buka belah kanan,setiap kali aku buka,semua terjemahan adalah tentang syurga bang...tentang maryam..tentang taat kepada suami,ibu bapa..tentang keadaan dalam syurga,tentang bidadari...kerana itulah aku yakin tentang pernikahan kita..

abang..aku dah faham kenapa Allah hadirkan abang untuk aku..kerana abang satu satunya lelaki yang sudi harungi segala dugaan bersama aku,satunya lelaki yang tak pernah merungut susah hidup dengan aku.satunya lelaki yang mengucapkan Alhamdulillah walau haritu kami cuma minum air sahaja sebab aku tak larat nak masak,loya yang amat amat..terimakasih bang...tak pernah sekali aku dengar abang merungut membesar amani.tak pernah sekali aku dengar abang merungut memanjakan aku.

jika kebahagiaan ini sementara,aku redha Ya Allah kerana..inilah saat aku paling bahagia selain membesarkan zara amani dan kasih sayang abah...

abang,semoga kita saling setia hingga ke syurga 

berderai derai airmata kerana terlalu bahagia :')

sekarang aku dah faham kenapa Allah jodohkan kita,kau la lelaki yang aku doa dan pinta kepada Allah didalam doa doaku 


Friday, 14 March 2014

zara amani


harini rasa tenang yang amat sangat.happy sebab sejak menikah duit tak pernah putus untuk teruskan hidup walaupun sejuta dugaan mendatang dan happy sangat sebab sabtu ahad adalah hari bersama keluarga!

suami dapat keje baru yang ada banyak masa dengan kami,sabtu ahad cuti,petang dah ada kat rumah,no more shift shift horeyyyy

tadi amani pergi riadah dengan semua kawan sekolah kat kolam air panas,dengan cikgu cikgi,wahh 3hari sebelum pergi kolam air panas,dia dah siap kemaskan beg,siap beg plastik nak letak baju basah.tengah tengok tv tetiba amani gelak harharhar.tengah baca buku gelak lagi.mama tanya dah kenapa awak?jawapan dia "TAK SABAR NAK MANDI KOLAM AIR PANAS MAMA!" excited sungguh!

mama bersyukur apa yang mama didik dan ajar awak menjadi.mama nak awak berdikari macam mama,jadi kelapa,lempau kat mana pun boleh hidup.kat laut ke,kat tanah ke,sebabtu mama tak peduli apa orang cakap.mama tak pandai jaga anak ke,mama ni mama yang teruk ke,yang penting awak menjadi zara amani yang mama impikan.

Tadi abah pura pura merajuk sebab abah balik kerja,awak tak mandi petang lagi.

awak datang kat mama, 

"mama,kenapa abah badmood,abah balik tak cium amani pun harini,mama,tolong la pujuk abah"

mama jawab "abah letih sayang" padahal mama sudah tahu abah pura pura merajuk

awak amik cawan,"mama,mungkin abah letih,amani nak hantar air kasi abah minum" awak tuangkan air sirap,hantar kat dalam bilik untuk abah minum.Demi Allah,mama bahagia sayang...sangat bahagia tengok awak lahir dengan kasih sayang yang melimpah ruah.sebabtu mama tak peduli apa orang kata,apa orang fitnah sebab Allah tahu apa yang mama buat,dan mama tahu semua dugaan ini adalah kerana dosa lalu mama

zara amani,pengajaran daripada seluruh kisah mama ni,mama sedang didik awak untuk mengakui kesilapan diri,walau sakit telinga dengar bebelan mama,tapi belajar la akui kesilapan diri sayang,,jangan bila kita buat salah,kantoi dengan orang ramai,kita fitnah orang lain untuk mengabui mata orang lain.

sakit sayang,sakit hidup difitnah ni,awak jangan macamtu sayang,jika buat salah,awak minta maaf,jangan simpan dendam dengan sesiapa,sentiasa maafkan orang sayang.sentiasa halalkan makan minum orang sayang.mama dan abah sangat sayang awak

walau ada suara sumbang yang mencucuk awak "mama ada abah tak sayang awak dah""tengoklah,mama kau tu keluar anak baru,dia tak sayang kat kau lagi" peduli orang tak de akal cakap macamtu..Allah bagi kita akal fikiran.jangan disamakan level fikiran dan akal mereka dengan kita.ingat tu sayang!peduli apa orang kata yang boleh buat awak jadi negatif.tapi.amik segala kata kata positif dan teguran untuk menjadikan awak lebih baik.

suatu hari nanti jika awak baca tulisan mama ni,mama nak awak ingat,awak sangat sayang abah,setiap hari awak nak abah zikir kat awak sebelum tido.awak akan peluk cium mama satu muka mama.dan akhir sekali awak akan cium adik awak dalam perut ni..

dan abah akan garu dan gosok belakang awak setiap hari sebab awak minta sampai awak tertido dalam suara abah yang sedang berzikir.........


buahhati pengarang jatung mama,abah,mak dan tokbah!



Tuesday, 11 March 2014

aku bersyukur


harini kau cari adik aku.memburukkan aku,memfitnah aku,memutau belit cerita.apa perlu kau buat begitu?
sedangkan adik aku tidak tahu apa apapun tentang persengketaan kita!

sedangkan dengan beradik aku sendiri kau berani memfitnah aku,memutau belit cerita,ini pulak dengan orang lain,maka benarlah segala apa orang sampaikan kepada aku,tentang kata kata dan fitnah kau kepada aku.

aku merayu pada kau

lepaskan aku dengan kehidupan aku,aku memohon kau jangan ganggu hidup kami,tak pernah kami nafikan hak kau ke atas anak.cuma,tolonglah lepaskan kami.cukuplah semua kisah lalu..aku dah terlalu lama buang kau dari dalam hati dan hidup aku.salahkah kita berbaik seperti dahulu?kau boleh amik amani bila bila masa,cukuplah semua persengketaan ini.untuk apa kau buat semua ini?kau tak rasa kasihankah kepada zara amani.

apapun kau fitnah,aku tetap pilih senyum dan mendiamkan diri,kerana aku bukan seperti dahulu.

tapi apabila melihat airmata suamiku jatuh kerana perbuatan kau

aku rasa letih
aku jadi benci

tetapi hikmahnya?cinta kami semakin membuak buak.kami semakin menghargai antara kami,dan yang paling penting,disaat Allah hadirkan kau sebagai watak sampingan merosakkan emosi kami,kami nampak betapa amani sangat sayangkan kami.

dilapnya airmata abah yang sedang menangis
diusap dada abahnya supaya bersabar
dipegang tangan abahnya tak lepas lepas

aku bersyukur,disaat aku dihina oleh kau sebagai mama yang jahat,tak layak menjaga zara amani,
anak aku membesar dengan penuh kasih sayang,
anak aku membesar dengan pandai menghargai orang

kenapa?
kerana aku menerima apa ada nya dia dengan indah
bagi aku,buruknya zara amani kerana aku
baiknya zara amani kerana dia bijak

mama 32 minggu dan 7 hari
bahagia kerana Allah
insyaallah
semoga dipermudahkan Allah


air mata ini sudah kering


aku tak tahu apa aturan Allah untuk aku
yang aku tahu aku sayangkan anak aku dan suamiku
yang aku tahu aku hanya mahukan redha mak dan suami

harini airmata berderai lagi dek seorang yang tak penting dalam hidupku
baru sekali kau belikan baju anak,
kau pertikaikan bertahun aku menjaga anak aku kerana Allah
baru hari ini kau menjaga anak
kau menjaja sana sini aku bukan mama yang baik untuk zara amani

aku 
aku hanya mampu terdiam
mengalirkan airmata
bahagia melahirkan zara amani buat aku kuat
bahagia membesarkan zara amani buat aku lemah

sayang
bukan mama tak mahu mempertahankan kamu sayang
mama takut fikiran kamu rosak dek hasutan
jika mengalah buat kamu tidak rosak
mama redha sayang
mama terpaksa mengalah sayang
mama lemah sayang
mama takut mental kamu rosak kerana persengkataan ini
keputusan di tangan kamu sayang

mama lemah
mama lemah kerana cinta yang mendalam mama terhadap kamu

salahkah mama ajar kamu erti hidup?
salahkah mama ajar kamu erti berjimat?
salahkah  mama marah kamu semasa kamu lakukan kesalahan?
jika semua cara didikan mama ini dikatakan mama jahat
biarlah Allah yang mengadili mama

mama tahu.ini balasan atas semua dosa silam mama
mama bahagia ada anak macam kamu zara amani

Monday, 10 March 2014

apa lagi kau nak?


kau fitnah kami kata kami tak bayar duit kereta 3bulan.sedangkan kami tak bayar sebulan sahaja,untuk apa kami membayar benda yang bukan dalam tangan kami?

kau fitnah kami tentang kemampuan membayar duit kereta,sedangkan kami dah terlalu lama tak berhubung dengan kau.kau kata kau tak rampas kereta tu kerana kononnya kami mengaku kepada kau kami tak mampu bayar kereta tu,Allah.fitnah apakah ini?

kau lagakan aku dengan suami aku kononnya aku mengadu bermacam macam dekat kau tentang suami aku.Allah..itu semua perkara sebelum aku menikah.kau cerita dengan orang sebelum menikah kau bagi aku rm2500?seingat aku kau hutang aku dan kau belikan aku roadtax kereta melangsaikan hutang kau,dan aku akui kau bagi sedikit duit kononnya hadiah kau kepada kami,hadiah perkahwinan kononnya kata kau.dan semasa kau bagi hadiah tu kau minta maaf kepada aku,kau kata terlalu banyak kau abaikan aku dan anak dan kau cakap hadiah itu untuk menebus kesalahan lalu kau.yang pasti bukan 2500 macam kau canang kepada semua orang!

sekarang kau putau konon duit itu kerana aku merungut suami aku tak mampu,sedangkan kau bagi sebelum aku menikah.cukupla aku MAAFKAN SEMUA FITNAH KAU INI DAN BERMACAM MACAM FITNAH LAGI.

dan walau apa kau buat kepada kami,kami masih pilih untuk jaga aib kau,,cuma aku perlu menjawab bagi pihak aku atas fitnah yang tak menjatuhkan airmuka kau.

kami doakan Allah temukan kau dengan seseorang yang melengkapi dan membuatkan kau jadi lebih baik macam ALLAH TEMUKAN AKU DAN SUAMI AKU.semoga diberi kekuatan kepada kau melupakan semua hasad dengki dan cemburu buta.amin..amin..aminn

**belajar akui kesalahan diri.belajar bersangka baik dengan orang.sediakan lah diri untuk jatuh kerana,tak selamanya kita diatas.aku hanya mengejar redha Allah,redha mak,redha suami,redha mertuaku.aku bersyukur...segala pengalaman lalu aku menjadikan aku seorang yang sekarang,,,

besar sungguh fitnah kau kepada kami satu keluarga

lepas satu,satu hal kau fitnah ke atas kami..kenapa susah untuk kau mengaku je kesalahan kau.kenapa perlu kau fitnah kami untuk menutup aib kau.kau tak sedar banyak nikmat Allah tarik dari kau.nikmat bersangka baik.nikmat berkasih sayang.

suami aku setiap hari melahirkan rasa kesian kepada kau,langsung tiada rasa benci dia kepada kau,tak pernah kami terfikir nak burukkan kau kepada zara amani.tapi amani bukan budak kecil lagi,dia sudah pandai menilai semuanya.

berat untuk kami menipu zara amani bila dia tanya soalan soalan yang menjerat leher.
"mama,daddy dan auntie kan belum kawen,kenapa mereka duduk sekali?serumah?" apa kami nak jawab soalan ini?apa jawapan yang kami boleh bagi supaya tidak menjatuhkan aib mereka?aku hanya mampu diam dan tersenyum.

mama tak amik tahu hal dorang,awak tanya sendiri ya sayang.mama dah terlalu lama tak amik hal daddy kamu sejak mama menuntut penceraian itu bertahun lalu.

"mama,kalau daddy datang amik amani,mama dan abah telefon la polis,amani taknak ikut daddy,amani tak gembira,auntie suka burukkan mama,mama kan mama amani,mama boleh kan telefon polis?atau kita nyorok dalam bilik mama diam diam" Allah sayu hati mama sayang..bukan mama dan abah taknak buat macamtu,mama tak boleh buat macamtu sayang.nanti lagi teruk mama difitnah,lagi teruk kami dikecam,mama hanya mampu diam dan serahkan sahaja sayang.
sekali lagi mama cakap,cakap sendiri dengan daddy awak tak mau ikut..mama dan abah tak ada kuasa untuk melarang sayang.mama letih bergaduh

dan kau tahu apa jawapan anak kesayangan kami ni "amani takut,amani takut lukakan hati daddy,tapi amani tak suka ikut daddy"

lihat,betapa dia menjaga hati kau,,jangan kerana permusuhan kita yang aku tak tahu dari mana puncanya,kau libatkan anak yang tak bersalah,kau rosakkan fikiran dia dengan fitnah yang melampau

zara amani,

mereka tak tahu awak merengek tak mahu ikut

mereka tak tahu awak merayu pada emak supaya mesej daddy jangan amik awak

mereka tak tahu berhari hari abah pujuk awak untuk ikut daddy.

suatu hari nanti..jangan awak benci kami kerana lepaskan awak kepada mereka,,kerana mama terlalu bersabar,kerana mama bencikan permusuhan,kerana mama terlalu redha dengan ketentuan Allah,kerana mama terlalu letih melayan hasad dengki orang

maaf juga kerana mama melarang awak sebut nama mama depan mereka
maaf juga kerana mama tak mempertahan awak.

suatu hari nanti awak akan faham,mama buat semua ni kerana terlalu sayang kat awak,itu sahaja sayang


Friday, 7 March 2014

hak yang bukan hak


rasa tenang sungguh harini kerana satu permasalahan hutang piutang dah terjawab.

korang semua mesti tahukan kereta myvi yang aku dok bawa ke hulu hilir tu nama si lan

well kami sebenarnya dah ada perjanjian atas kereta tu

aku pun dah bayar lama kereta tu,dan kami janji bulan 4 ni kami akan tukar kereta tu ke atas nama kami.tetapi sejak aku menikah baru ni hari hari dia menyalak kata kereta tu dah ada pembeli la,kereta tu NAMA dia la.padahal satu dunia tau kereta tu kau jual kat aku.

kereta tu kau rampas dan ada tertunggak sebulan,so buat apa aku nak bayar sebulan tertunggak tu sedangkan ko tak bayar langsung gantirugi yang aku dah bayar selama ni?



kesian kau kan hehari meroyan minta suami aku bayar,apasal?rezeki kau dah sempit ke?hak aku kau nafikan,kau rampas,nafkah anak tak bagi,lagi nak menyalak sebulan punya duit kereta.tapi tu bahagian kau ngan Allah la.aku tak amik tahu pun.

ko rampas kereta yang aku dah bayar bertahun dan tak bayar gantirugi,pastu kau meroyan suruh kami bayar.aku syak kau ni dah kene kanser ketum tahap keempat dah ni.eh tu pun aku buat bodoh sebab malas layan orang gila macam kau

now kau main kutu,kau suruh anak kutu minta duit kat aku bayaran untuk sebulan kereta tertunggak.kau ni gila ke apa?kenapa aku nak bayar sesuatu yang kau dah rampas.

disebabkan benda ni aku pun minta la pendapat ustaz,beberapa orang yang aku hormat dan ini kata kata seorang ustaz yang aku segani



Alhamdulillah tenang jadinya kerana jawapan ni,mohon kau belajar lebih lagi la,jangan pandai update hadis kat mukabuku je dan belajar dari buku je.

ha satu lagi pasal nafkah anak,suami aku cakap dia leh uruskan zara amani kerana Allah.tak yah la nak cakap ngan aku nak bentang hadis yang konon nafkah diberi jika mampu sahaja,kau jalan sana sini tu kira mampu la kan,suami aku cakap "kau simpan duit kau tu,p menikah buat anak baru" jangan kacau kami lagi

sedarlah Allah dah tarik banyak nikmat dari kau.aku halalkan semua,tolonglah lepaskan kami dengan kehidupan kami.

#semalam masa abah siapkan amani pergi sekolah,amani cakap "abah kalau daddy datang amik amani tepon la polis.amani tak nak ikut la abah.amani tak gembira"
dan jawapan abah "tak boleh sayang,dia daddy awak,dia ada hak,awak kene terima buruk baik daddy.apapun berlaku,abah sangat sayang awak"

Thursday, 6 March 2014


mama dan abah pada kandungan mama 32 minggu 1hari
masa tangkap gambar ni,amani pergi mengaji dengan mak
kene tulis sebab nanti dia meroyan kenapa gambar dia tak de dalam ni haha!

well kandungan mama 8minggu zara amani dah bubuh nama adik dia ZARA SOFIA.mama tanya kalau lelaki macamana?dia jawab "tolong la mama.tolongla perempuan.pleaseee pleaseee"



suami,terimakasih kerana menatang saya lebih dari minyak yang penuh.sangat bahagia hidup dengan awak,walau Allah uji kita kawkaw dengan duniawi.tapi tak ada satu hari pun awak merungut tentang semua dugaan itu.

Allahuakbar..saya rasa sempurna dengan kehadiran awak suami.awak sangat melengkapi buruk saya dan terima buruk saya dengan indah sampai satu tahap saya rasa saya terlalu buruk untuk berada disisi awak.

untung sangat mama ada kalian berdua

tadi,tangan mama luka berdarah,abah cuci tangan mama,zara amani lap dan tampal pelekat luka.mama terharu ok,padahal luka tu kecik sangat.xsakit pun!tapi kasih sayang yang buat keluarga kita bahagia sangat.apa lagi mama nak?ini semua dah cukup terindah bagi mama.

tak sabar nak teran hadiah anniversary kita suami!saya cintakan awak kerana Allah

dear duda


dear duda yang sangat aku benci dan tak ada makna dalam hidup aku.

satu hari nanti mungkin kau terbaca benda ni

aku nak kau tahu aku maafkan semua salah kau kat aku,semua hutang piutang kau kat aku sebab aku tak nak ada kene mengena dengan kau di dunia apatah lagi akhirat

aku terlalu benci dengan kau sampai aku pernah lafaz tak halalkan semua hak aku yang kau nafikan

tapi aku jadi terfikir

buat apa aku nak sangkut paut dengan kau lagi sedangkan AKU TERLALU BAHAGIA DENGAN KEHIDUPAN AKU SEKARANG YANG ALLAH ANUGERAHKAN BERJUTA JUTA LEBIH BAIK DARI KEHIDUPAN DULU.APA LAGI AKU NAK?CUKUP SUAMI DAN ANAK ANAK.

so buat apa aku nak jumpa kau lagi akhirat nanti.cukuplah suami aku bersama suami aku ke neraka mahupun ke syurga

ya aku halalkan semua,aku xmau jumpa kau sampai akhirat nanti tolong la!

Tuesday, 4 March 2014

cerita amani 2


abah semangat nak masukkan awak kelas pra tahfiz.sehari sejam,sebulan cuma rm20 sahaja

perbincangan pertama.
tak de jawapan

perbincangan kedua:
mama cakap kat abah,kita banyak nak pakai duit,lagi dua bulan adik awak nak keluar,banyak sangat nak pakai duit.nak simpan deposit beli kereta lagi.tak payah la.abah cuma diam,dan mama tahu abah tak setuju.

perbincangan ketiga:
abah cakap kat mama dengan linangan airmata.takpelah abah akan masukkan juga awak kelas pra tahfiz.abah cakap,biar hari hari abah makan tepung.biar abah tak mampu belikan awak baju mahal.biar abah tak mampu nak bawa awak keliling dunia.yang penting itu impian abah untuk anak anak.

tak ada orang yang sangat ikhlas jaga,didik kamu macam abah kamu.tak ada satu haripun abah merungut membesarkan kamu.

Abah kamu banyak mengingatkan mama tentang tokbah.Allahuakbar.mama rindu tokbah sayang

siap sedia untuk kelas kamu sayang!mama teruja!

cerita amani


"mama,mama tahu tak,awek daddy cakap baju mama beli kat amani macam kain buruk"

"Amani marah dia balik!daddy ketawa je mama..amani benci"

Takpelah sayang...mama besarkan awak kerana Allah


ingat sayang,,ingat kuat kuat apa mama cakap ni


mama dan abah besarkan awak kerana Allah,andai suatu hari nanti Allah tarik balik nikmat terindah iaitu awak dari mama,mama redha sayang.bukan kerana mama benci awak,bukan kerana abah tidak mahukan awak.cuma mama letih dengan orang yang tak habis habis bercakap pasal HAK


mama dan abah tunggu awak kat syurga sayang.


ingat macamana cantik dan dan mahal perhiasan duniawi awak,awak tetap meninggalkan dunia dengan kain putih yang Allah tidak pernah peduli berapa harga semeter kain putih tu.dan awak tetap ditalkin dengan nama ZARA AMANI BERBINTIKAN MAMA SAYANG... biar mama kalah tentang HAK didunia..tapi mama akan tetap akan tunggu awak diakhirat nanti.

Mama melalui hari hari dugaan dengan indah,senyum atas segala kesakitan dengan harapan dan rayuan kepada Allah,dosa dosa lalu mama dikurangkan.tak tertanggung mama nak pikul sayang.

jika suatu hari nanti awak diambil dari mama,jangan putus asa rindukan mama,doa mama sentiasa mengiringi awak,jadi anak yang taat walau dengan siapapun yang jaga awak.mama terpaksa redhakan hati sayang,dan mama tinggal semua tulisan merapu mama ni untuk awak,supaya awak faham dan dapat mengubat rindu awak,supaya awak kenal mama melalui tulisan mama,bukan dari fitnah dan kata kata manusia yang tak pernah puas dari duniawi dan hasad dengki.

Maafkan mama dan abah jika kami tidak menjadi yang terbaik untuk awak zara amani sayang :")


Saturday, 1 March 2014

aku


banyak sangat benda aku nak kongsikan

kisah hidup aku yang berliku tapi penuh dengan bunga bunga bahagia

tapi kerana masa belum tiba,

aku hanya mampu menaip,menaip dan simpan dalam ruangan "draft"

suatu hari nanti masa itu akan tiba.dan saat itu.semua akan faham dan mengerti kenapa aku jadi begini

kisah hidup bukan sesuatu yang memalukan

kisah hidup adalah sesuatu yang perlu dikongsikan supaya menjadi teladan kepada yang lain,menjadi pembakar semangat kepada yang lain.

aku tak pernah malu dengan semua yang berlaku dalam hidup aku.kerana aku tahu segala dugaan itu adalah kerana jalan hidup aku sedang dipercantikkan.

aku tak pernah malu kerana pernah menjadi janda kerana aku tahu,aku yang mahu diceraikan bukan aku tidak rela diceraikan.

mereka boleh berkata apa sahaja.

kerana aku terlalu bahagia dengan kehidupan aku,yang lengkap dengan airmata.tawa ria.

dan mereka boleh menghina apa sahaja

kerana zaman aku untuk nampak cantik dimata manusia sudah berakhir.cukup aku cantik dimata hati suami aku dan Penciptaku :)

Sunday, 16 February 2014

Mama letih sayang...

Mama muak tau dengan duniawi

Maaf kerana ajar awak terlalu berdikari.

Maaf awak dah tido sendiri sejak umur 6bulan
Maaf awak makan sendiri dan tak bersepah langsung sejak awak 2tahun
Maaf awak dah seterika baju sendiri sejak awak 5tahun
Maaf sejak awak mula merangkak,mama akan lepuk tangan dan mulut awak bila awak punggah barang,bila awak kutip barang masuk mulut

Maaf sebab didik awak terlalu berdikari

Ramai cakap mama tak reti jaga anak
mama takut satu hari nanti bila mama terlalu letih,
mama pergi tinggalkan duniawi,
dan awak, cintahati mama,zara amani
tak mampu nak harungi segalanya macam mama harungi semuanya.

Tapi mama syukur,awak menjadi 'zara amani'.menjadi apa yang mama impikan.menjadi seseorang yang seindah nama yang mama pilih.mama tak pernah menyesal.

Mama jaga,besarkan awak bukan sebab balasan itu ini.cukup la kerana menjaga amanah Allah tanpa mengharapkan apa apa balasan

Mama cukup pantang bila orang cakap kat awak "belajar rerajin dah besar leh belikan si penuntut hak itu ini"

Maaf la si penuntut hak.aku besarkan anak aku bukan kerana balasan,jangan dirosak fikiran anak aku dengan benda tu semua

Jangan diumpan anak aku dengan semua gadget dan ilmu duniawi.aku benci duniawi macam aku benci kau.

Berhentilah
Berhentilah dari mewarnai hati kau dengan dakwat hitam

Wednesday, 1 January 2014

walau kami beradik ramai

saya ada adik perempuan seramai 6 orang.masuk saya 7orang

ha tu baru intro yang tahpape.hahahaha.lantak sama intro isinya saya cuma nak cerita.walau kami beradik perempuan ramai,kalau kami berlonggok,kami tak heran pun nak amik tahu 

"ehhh ehhh sepupu kita punya suami keje apa?gaji berapa" 

"dia pakai kereta apa?"

"dia makan apa anak beranak?"

OH NO NO NO kami bukan jenis nak kecoh pasal orang yang tak penting dalam hidup kami,tak de faedahnya.biasa kami akan bercerita pasal diri sendiri.atau kalau ateh tak de,kami ngumpat ateh.kalau aku tak de,dorang ngumpat aku/kami ngumpat mak.cerita pasal keluarga memasing.hahaha tapi kalau nak cakap pasal orang keliling memang tak ada la,melainkan kalau orang tu cari pasal dulu.

jujur la,kami sangat jaki bila salah seorang adik beradik kami ditarik untuk bertanya tentang salah seorang dari kami.antara soalan dorang

"adik,laki along keje apa" eh bila adik suh tanya aku sendiri,ko takut

"EH acik pakai kereta apa" "gaji ateh berapa" " laki ateh pakai kereta apa"

Angah lagi best,ada seorang hamba Allah ni dok busybody pasal suami dia,dia jawab "ohh suami saya jaga jalan raya,jalan raya rosak dia repair" senang,senyap teruih orang tu

taktau ke bila kami berkumpul dan kami akan bercerita balik pasal benda ni.meluat ok,meluat perangai orang yang suka busybody tak tentu hala.Kalau setakat jeling tengok barang kemas,baju kami adik beradik aku tak kisah sangat,ni dok kat dapur,mengumpat berjemaah,dok ngumpat tuan rumah.

seriouusly,kami tak pernah amik tahu pun pasal korang.korang nak pakai baju bundle ke.pakai barang kemas zhulian ke,laki korang bagi duit kat korang ke tak ke.KAMI LANGSUNG TAK HERAN DAN TERFIKIR NAK AMIK TAHU.

DAN

saya terlalu bahagia dengan kehidupan yang ALLAH bagi sekarang,dugaan yang memeriahkan hidup kami sekeluarga,kebahagiaan yang melimpah ruah.Tak payah nak over risau pasal anak laki aku,Anak aku tak cukup kasih sayang ke,laki aku tak cukup makan pakai ke,tak minta duit korang.kalau nak sedekah duit syok gak,ni tak habis habis menjejes sana sini

sekian terima kasih