zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Thursday, 26 December 2013

ok saya bahagia sangat


korang mesti pernah ada satu perasaan puassssss hati yang ter amat amat kan.

ha aku sangat puashati bila aku dah tak de dalam kaum tu dan keluar kata kata "dia tu baik sebenarnya" "kita buruk sangka kat dia" ataupun "aku lebih sanggup dia(aku lah tu aku!) jadi menantu aku dari perempuan yang dia baru bawa balik ni"

wakakakaka semoga berjodohan la kamu,korang memang pasangan serasi sama kaya,sama hati BAIK hati,sama warna kulit,sama perangai.Ya Allah,aku rakyat teraniaya,makbulkan doaku yang satu ini dan yang berjuta yang lain semoga mereka berjodohan XD

Alhamdulillah Allah perkenankan doa mu untuk mendapat seseorang yang gred AAA dari aku,almaklumlah akukan gred ZZZ.

 amin amin amin

***zby,bawa bawa mengucap,busuk hati anda teserlah disitu.ibu mengandung tak baik begini kahkahkah,dear suami saya bahagia sangat walau hidup kita sangat daif :)



Saturday, 21 December 2013

lupa diri


kau ingat ni zaman mak ayah kau berak dalam tanah kambus kambus
jimat air?

kau ingat ni zaman mak ayah ko,leh beranak ramai,mak cari duit ayah pergi judi?

kau ingat ni zaman mak ayah kau,nasi makan ngan garam
jimat lauk

kau ingat ni zaman mak ayah kau,anak tak de didikan agama,sebab kesempitan duit
alif ba ta pun tak kenal?

kau ingat ni zaman mak ayah kau,mak dok mencaci ayah depan anak anak?

kau ingat ni zaman mak ayah kau,ayah goyang telur mak pergi menoreh getah?

ini dunia akhir zaman la.kertas untuk hidup,walau tak dikejar duniawi sekali pun,kertas untuk besarkan anak.kertas untuk bergerak ke mana mana.

hei kau si bijak pandai,si sempurna yang paling sempurna

jika itu idola kau silakan
jika itu cara dan adab kau silakan
jangan dipaksa orang mengikut cara ko
bukan menghina,bukan menyindir,cukup cukuplah bermegah dengan duniawi
ALLAH adil

pakailah kalian satu keluarga harta dan hak si anak yatim itu
kerana itulah harga yang kalian akan bayar akhirat nanti.

Alhamdulillah anak yatim yang pemalas tu semakin bahagia walau hidup dalam sederhana sedangkan korang masih mendabik dada menyalahkan sesama sendiri.bermegah dengan harta orang lain.menjaja fitnah dan cerita tentang aib orang sedangkan diri sendiri?dirasakan cukup sempurna kerana sudah berumrah kononnya.nauzubillah

kan dah cakap Allah itu adil.Alhamdulillah

Semoga Ya Allah semoga kau perindahkan jalan si anak yatim itu

kami doakan yang terbaik

assalamualaikum

Dah lama tak memblogging.salah satu sebab password dah lupa.main tekan tekan sekali boleh sign in,terus tukar password terkini hewhew.dan lagi satu sebab susah oi nak menaip pakai tab.cukup nak beritahu saya bahagia bersama buah hati tercinta.

tapi walau bahagia,penutup tahun baru adalah penutup tahun yang sedih bagi saya.seorang sahabat yang saya kenal dari zaman sekolah yang saya pernah susah senang dengan dia,memilih untuk bermusuh dengan saya.Tapi saya bersyukur Allah hadirkan suami dan anak yang superb untuk saya,membuatkan segala masalah itu datang sesaat dan pergi macamtu sahaja.

Allah itu adil,ini mungkin kerana dulu saya banyak menyusahkan hidup orang dan sekarang Allah balas dengan cara macamni.Maafkan segala dosa dan silap saya pada sesiapa pun yang terguris dengan sikap busuk perut saya dulu :'(

buat sahabat yang sangat membenci saya dan suami tercinta tu,tak de sikit dendam pun dari kami untuk hang,setitik pun tak de,setiap kali aku mula mencarut dan memaki hamun hang,dia akan tenangkan saya sehingga kebencian itu berlalu pergi dan macam tak pernah berlaku apa apa.

Kami sekeluarga mendoakan supaya hang bertemu jodoh yang berjuta juta lebih baik dari sebelum ni.dan bahagia sehingga ke syurga.Dan suami sentiasa ingatkan saya supaya sentiasa memaafkan hang atas segala yang hang pernah buat dan bakal buat.Semoga ada yang terbaik untuk hang.amin

p/s : kami selalu cerita kat amani hang selalu bagi duit sampai amani kuar kenyataan,hang selalu bagi duit je,yang jaga dia adalah abah,semuaaa abah,so jangan risau ok AMANI DAN SEMUA ORANG TAHU HANG BAGI DUIT.DUIT TU BANYAK GILA LEH WAT KAMI HIDUP KAYA RAYA. hahaha