zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Friday, 15 March 2013

kenapa kamu tetap menginginkan aku
sedangkan
semua keburukan yang ada
adalah aku?
selalunya
benciku
melebihi kemaafanku

selalunya
egoku
melebihi mengalahku

selalunya
kekasaranku
melebihi tenangku

selalunya
degilku
melebihi segalanya

dan selalunya juga
kasih sayangku
melebihi segalanya

dan selalunya juga
setiaku
melebihi segalanya

dan kadangkala
aku tak faham
kenapa kita ditakdirkan bercinta
walau kita sangat susah untuk bersama

dan kadangkala
aku terfikir
apa tugasku dalam hidupmu
kerana telah jatuh cinta padamu

dan aku tak pernah menyesal...
mencintai kamu

hikmah apa ya

Assalamualaikum..

sepatutnya 14.03.2013 ritu saya dah naik flight ke franfurt dan meneruskan perjalanan ke switzealand,tapi kerana cuaca di sana teruk dengan salji,banyak syarikat penerbangan tertangguh,jadi Mas menjadi rebutan sehingga overbooked.

saya yang memegang tiket yang murah ini pastilah di tendang ke sana sini,mereka dulukan orang lain yang membayar tiket pada harga penuh.Dua kali ke klia dengan demam yang sangat kuat buat saya hilang semangat langsung!dan saya sangat rindu Zara Amani.Saya rindu pelukan dia,bebelan dia.sumpah walau hati gembira nak p berjalan,tapi hati saya kosong kerana sangat teringat dia..dalam hati sentiasa terdetik "bestnya amani ikut" "gembiranya kalau amani ada".

esok saya akan cuba untuk kali terakhir,jika flight penuh lagi,dan memang saya berdoa pun semoga penerbangan ke frankfurt penuh,saya akan meneruskan percutian dengan zara amani yeay!maybe saya boleh bawa amani pergi langkawi,atau pangkor,berdua,rasa sangat semangat..

Ya Allah semoga dipermudahkan segalanya,dan semoga esok flight ke franfurt penuh hihi,so saya tak rasa ralat meneruskan perjalanan bersama Zara Amani.amin.....

nak tido mimpikan baby kecik dan baby besau,dan betul cakap awak,Zara Amani sepatutnya jadi keutamaan saya bukan semua ni,cintakan awak berdua sangat!




Wednesday, 6 March 2013

mama minta maaf

sejak saya bekerja,saya dah rosakkan hubungan saya dengan zara amani,my lil princess yang sentiasa ada disaat mama suka dan duka.yang akan buat mama tersenyum saat mama mengalirkan airmata.yang akan bising kalau mama mengadu lapar.yang akan cakap mama adalah wanita tercantik didunia.yang akan cakap mama adalah wanita terhebat didunia.

masa berterabur,sampai nak urus masa sendiri pun jadi bodoh dan tak reti,im so sorry baby,mama bagi masa kat diri mama 2bulan untuk pulihkan segalanya.mama akan cuba untuk bangun setiap pagi,siapkan awak pergi sekolah,mama akan cuba untuk bawa awak setiap kali mama pergi dating,mama akan cuba untuk berborak dengan awak setiap kali awak nak tido macam sebelum mama keje :(

Mama dah 5tahun tak bekerja sayang,mama minta maaf,memang susah untuk mama memulakan hidup mama dengan bekerja,sampai satu saat nanti awak akan faham kenapa mama perlu bekerja.mama sedih saat awak cakap "mama,berhenti la kerja,saya janji tak akan minta apa apa pun dengan mama" baby,awak kene faham,mama berkerja bukan sebab duit.mama minta maaf sangat baby

Walau kita makin jauh,kasih sayang mama,cinta mama kat awak tak pernah berubah.cuma,masa yang membuatkan kita renggang..Mama dalam proses untuk perbaiki segalanya..dan mama sayangkan awak lebih dari awak sayangkan mama.

Membesarkan awak adalah perkara terindah dalam hidup mama,dan mama tak pernah mengharapkan balasan apapun..kerana mama sangat ikhlas membesarkan amanah yang diberi oleh Allah ini.

Alhamdulillah

janji itu


aku tak mampu menjadi lebih baik
tapi aku berjanji
untuk terus mencintai kamu
tanpa ALASAN
dan siram bunga cinta
setiap saat 


setiap kali
kamu sedang bernafas
dan selagi kamu
tidak melepaskan tangan ini

penipu

kau kata kau cintakan aku
kau kata kau sayang aku sangat
tapi
kau lepaskan aku pergi

cinta pandang pertama


hati berdebar
benci dan menyampah
tapi sangat membuatkan
wajahku berseri seri
semoga itu yang terbaik
untuk aku

pintaku


saya berada diawang awangan lagi

Ya Allah
semoga aku kuat untuk tidak terbang tinggi lagi
kerana jika terlalu tinggi berada diawangan
saat jatuhnya sakit sekali

cinta

jagailah
kerana saat ianya retak
macamana digam kan balik
tak akan kembali ke asal
dan saya tak pernah menyesal
saat awak lepaskan cinta itu
jatuh dan hancur berderai
kerana
ianya sudah diatur
dan saya dah tak sudi
untuk perbaikinya lagi

DI SEBALIK TABIR MENJAGA KAUNTER MENJUAL MAKANAN SEGERA


Assalamualaikum


saya terlalu sibuk bekerja sampai tak ada masa nak update blog,saya gembira dengan kerja baru saya,hanya krew di sebuah restoren menjual makanan segera terkenal iaitu mcdonald mitc.tak ada apa yang penting sangat saya nak kongsi cuma pasal ragam customer yang buat saya selalu sesak nafas dan naik tekanan darah.Saya bukan nak hentam customer,saya pun pernah buat salah ini.jom kita sama berubah.

Perkara yang paling saya suka adalah menjaga stesen kaunter,amik pesanan,berdepan dengan ragam manusia,saya sangat suka belajar tentang manusia.tapi itu juga stesen yang buat saya baran dan mencarut tak hengat dunia.tahukah anda kami akan sangat ingat customer yang membuat 'onar' dikaunter kami,be carefull kalau datang lagi,kami akan memberi 'servis terbaik' dan penuh kasih sayang.

kat sini ada sikit tips yang korang akan tersedar 'oh aku pernah buat benda ni'


  • fikir awal apa yang korang nak makan,tahukah anda,kami sangat menyampah customer yang dah sampai depan muka kami baru nak fikir apa nak makan,hello!customer beratur kat belakang tu,jangan buang masa kami dengan muka budget comel anda,siap topang dagu depan kaunter,dok "ermmm,aaaa,errmmmm aaaaa hikhikhik,xtau nak order apa" dekat 10 minit!  menyampah tetapi kami tetap beri senyuman terhebat.

  • tahukah anda,saat kami dah tekan pesanan anda dimonitor,kami hanya ada berapa saat sahaja untuk menghabiskan pesanan anda,kami hanya ada 15saat untuk menyudahkan pesanan anda,dan 15 saat lagi untuk menunggu,mengira duit anda,jadi cepat cepatlah amik order,cepat cepat bayar.sangat menyampah bila anda dah order dan bila kami minta duit,kuar dialog macamni "jap eah,tunggu kawan saya nak order,kawan saya kat tandas" KEPALA OTAK korang,tapi kami tetap beri senyuman terindah.Ataupun,jap eah,saya nak amik duit kecik kat kawan kat meja depan sana,WTFish,masa berjalan dan saya ada 15saat! SENYUM!SENYUM!SENYUM!..lagi satu,dah kompom order,lorat nau nak tukar itu ini,menyampah sangat!kene panggil manager,batalkan pesanan korang,pastu kene bebel ngan manager atas salah korang,alahai,rasa nak siram je muka korang ngan air coke. ~nasib baik saya penyabar hakhakhak~

  • bila selesai amik pesanan,kami akan ulang pesanan anda,dengar betul betul,jangan main angguk kepala,cakap "betul,betul" bila pesanan sampai,korang menyalak cakap order tu salah,pastu ngamuk ngamuk,hello customer yang tercinta,aku memang benci benda ni berlaku,orang ulang pesanan dengar,FOKUS.bukan ko sorang je customer aku layan ok!dah ULANG pesanan,korang cakap YA,produk SAMPAI,korang cakap SALAH,kene PULANGkan duit,manager menyalak marah AKU,muka KELAT,korang kene CARUT dalam senyuman aku,hihi

  • jelas dengan pesanan makanan anda,contoh saya nak coffee mccafee,sebut nama coffee dengan jelas (mccafee) bukannya,buat muka berlagak dan cakap "saya nak air yang ada huruf M" ofcoz saya akan tanya "air yang ada huruf M?air yang mana?" dan dia jawab, " eh,air ada huruf M pun tak kenal ke?keje sini buat apa,itu pun tak tahu!" wah,kemaen biadap eah.aku M kan muka ko nak?ko ingat aku keje nak kene fahamkan sendiri kod yang ko sendiri tetapkan.korang order spicy chicken mcdeluxe,bila produk sampai,korang memekak cakap aku salah amik order,menyalak nak ayam goreng spicy,korang tau menatang spicy chicken mcdeluxe tu BURGER? adoiiiiiiii

kami tahu,customer sentiasa betul,tapi,ingatlah jika kita permudahkan urusan orang,Allah akan permudahkan urusan kita,kami akan tetap memberi servis terbaik dengan senyuman yang terindah itupun jika kesabaran itu masih tinggi,jangan risau,kami hanya marah dalam hati sahaja,dan kami sangat ingat customer yang bikin kami "GEMBIRA"

Jangan fikir nilai duit kita tinggi sampai kita boleh beli adab dan tatabahasa.

Dan ikut purata kiraan kami,cewahh pelajar adalah student paling kurang ajar dan berlagak masa amik order,kenapa ya?adakah anda fikir anda belajar dan akan kerja bagus bila habis belajar nanti?atau anda punya masa depan dah terjamin tak akan kerja krew bawahan mcd seperti saya?

jika marah dengan fakta saya,sila menyalak disini.

Assalamualaikum.....


Tuesday, 5 March 2013