zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Saturday, 26 January 2013

maksud

sedangkan huruf ALIF yang tegak tu pun membawa banyak maksud,ini pulak dengan nama ZATULBAZAMAHYUSOF.tapi tahukah anda,ALQURAN yang besar itu hanya membawa satu maksud?

Friday, 25 January 2013

mengenal diri?

setiap kali Allah uji kita sesuatu,kita pasti menyalahkan dugaan itu tanpa memikirkan kenapa Allah bagi ujian itu kepada kita?

sebagai contoh,jika kita disihir.kita pasti heboh memikirkan siapa menyihir aku?kenapa aku disihir?heboh pergi bomoh sana sini hanya kerana nak tahu,siapa sihir kita,walhal,hal yang lebih besar yang kita perlu fikir adalah HIKMAH APAKAH ALLAH NAK TUNJUKKAN KEPADA KITA?KENAPA ALLAH BAGI UJIAN ITU KEPADA KITA?PERUBAHAN APA YANG PERLU KITA BUAT SAMPAI ALLAH UJI KITA SAMPAI MACAMTU

~betul tak?saya dulu pun seorang yang mudah melenting jika diuji =_=' ~

sebenarnya,semakin kita menyalahkan orang lain atas segala ujian yang berlaku kepada kita,semakin beranak pinak hasad dengki dalam diri kita.Kita tak sedar mereka mereka yang Allah hadirkan hanyalah menjadi watak sampingan dalam ujian yang Allah turunkan kepada kita.mereka hanyalah menjalankan tugasan yang diatur.

macamana dengan watak kita?pernahkah kita terfikir yang watak kita menyenangkan orang keliling kita?Adakah watak kita terlalu menjadi diri sendiri sehingga tak disenangi sahabat handai apatah lagi musuh?adakah kita terlalu mahu menjadi orang lain sehingga kita tak pernah rasa puas dengan diri kita?

jujurnya,saya tak kenal diri saya,walau 28tahun batin dan zahir ini bersatu.siapalah saya nak nilai orang lain,nak kenal orang lain,sedangkan saya tak kenal diri saya sendiri.saya letih.tapi itulah tugas saya =')

Apapun saya doakan kepada semua pembaca entree ini,hidup dalam keredhaan Allah.dan doakan saya ikhlas dan rajin menunaikan perkara yang wajib dan fardhu sebagai hamba Allah ='(













Sunday, 20 January 2013

Ko amik suami aku,aku amik suami orang

Hahaha,tajuk bukan main lagi,tapi entree ni tak de kene mengena ngan tajuk ok.entree hari ini hanyalah kerana rindu nak menaip dan teringat seseorang yang buat saya derita jiwa raga.

Bila orang putus cinta selamber je kita cakapkan,'cari lain la,ko berhak dapat yang lebih baik,blablabla' tapi realitinya,adakah kita sekuat kata kata kita.

Memang mudah nak cari yang lain,menerima cinta yang lain,tapi pastikah cinta itu untuk si baru ni?adakah kita terima dia dengan ikhlas atau cuma pengubat sunyi?

Kita tak tahu apa mereka lalui,apa mereka rasai,yang kita tahu, "bodohlah dia,laki tu dah la tak de pape,dia berhak dapat yang lebih baik".bagi orang yang mudah jatuh cinta,mungkin senang nak dapatkan pengganti,sesiapa datang ngorat,janji itu ini,tetiba dah couple.mudahnya....

Bagi orang yang susah nak jatuh cinta tu..macamana ya..bukan cerewet,bukan memilih,tapi hati tak terbuka langsung.kekadang cemburu bila melihat orang yang mudah bersilih ganti pasangannya.ada juga saya pernah dengar kata kata "ko amik suami aku,aku amik suami orang".hihi kiyut je dengar orang cakap macamtu,tapi saya mohon padamu YaAllah jauhkan saya dari bersikap begitu,saya takut.

Payah juga orang yang setia dengan semua benda ni.jadi macam susah hidup,nak beli barang cerewet,nak pilih pasangan apatah lagi.biar berjuta yang datang,kalau hati tak berdetik,memang tak akan terbuka la pintu hati tu..tapi kalau dah berdetik,memang tak pandang dah la memana lelaki.payahnya!!!!

Macamana terluka dan deritanya saya kerana mereka yang melukakan dan buat jiwa raga saya derita,saya tetap ajar diri saya supaya tak benci mereka,saya sentiasa buang semua alasan yang boleh buat saya benci mereka.walaupun terluka,saya tak pernah letih bersikap begitu.saya bangga menjadi diri saya begini walau ramai yang melontar BODOH.

Doa yang tak pernah putus saya panjatkan kat Allah adalah "Suatu hari nanti akan ada seseorang yang sangat sayang kami berdua lebih dari mama sayangkan zara amani" insyaallah.saya tahu,kesetiaan saya akan berbaloi suatu hari nanti.amin...

Saturday, 19 January 2013

COLMAR,france

habis round franfurt http://zatulbazamahyusof.blogspot.com/2012/09/frankfurt.html kita ke strasbourg http://zatulbazamahyusof.blogspot.com/2013/01/strasbourg.html habis round strasbourg saya kemas dan bersiap ke colmar pulak.kene naik train dan kemudian naik bas,pemandangan memang buat saya rasa nak nangis,indah,bersih,tenang =)

sekali lagi enjoy gambar,saya dah lupa sebenarnya nak buh isi apa sebab dah lupa hohohohoho


pemandangan sangat cantik
dan sangat 'DESA'

turun train dari naik bas pulak


pemandangan sangat super

macam sungai buatan

tunggu train

lepak sementara nak naik train p colmar


salah satu sudut kat colmar

anggur dimana mana,manis..petik je

air pancut ni umur dia dah tua dah
itu je la gambar kat colmar,nak upload reramai gambau pun  wat semak je hohohoho =O
simpan duit p kashmir yeay! i love u mami








STRASBOURG


sambungan http://zatulbazamahyusof.blogspot.com/2012/09/frankfurt.html ahahaha dah berkurun berabad baru update..laptop meletop,pakai tab konon nak senang lagi susah..jujur malas sangat nak tulis itu ini,,biar gambar je la ya cerita semua benda hihihiihi

strassbourg adalah satu pekan yang kecil dan tenang..kat situ ada ladang anggur.rumah kecil dan comel..

gereja kat pekan kecik tu

beli tiket tram
semua auto,tak de kaunter semua
beli kat mesin dan tak jumpa walau satu pun
mesin yang rosak
pasaraya dorang semua barang murah!

lintas jalan pun leh posing



gua sejuk berdentum
tak tau nape dorang leh pakai seluar pendek
gereja dorang
besauuuuuuuu
senibina unik dan menyeramkan
pekan dorang

i love posing hihihi

dah malam,balik dorm tidoq


malas tahap super kan,sebenarnya nak tulis isi apa pun dah lupa hihi..gambau pun malas nak edit.lantakla buruk pun hihihi..so ini je la gambar saya di strassbourg.saya memang tak pernah segan posing ahahaha,minta je tolong sesiapa yang lalu lintas tolong tangkapkan gambar dan posing,kenangan dtg sekali dan biarlah gambar yang menyimpan kenangan tersebut :)

[mak,saya nak kawen,doakan cepat  jumpa jodoh,Ya allah lindungilah jodoh saya walau dimana beliau berada #iklan hakhakhak]

Friday, 18 January 2013

soalan



1.ROH terletak dimana?

2.dalam badan kita ada cahaya ke?

3.kalau ada cahaya tu dimana ya?

mandi

sama jenis lain warna,lain warna sama jenis

Tuesday, 8 January 2013

lumrah

tak kenal tak cinta dah kenal naik menyampah

salahmu

bila nak serasi jika permulaan sehinggalah pengakhiran penuh dengan penipuan

melengkapi

semakin diingati burukmu,semakin cinta itu menebal

ikhlas

kenali dalaman seseorang dan kamu pasti terima luarannya

maaf

tak faham dan tak mahu faham

kek kahwin zby

tempahan kek perkahwinan 3tingkat choc moist cake.topping hitam guna choc compound ganache.hiasan kuning guna butter cream =) untuk tempahan boleh whatsApp = 0104080034 (zatulbazamahyusof)


disebabkan saya delivery dekat,so dengan tiang seri
saya decokan :)



3tingkat


nyampah

sungguh aku tak faham manusia walaupun aku manusia

Sunday, 6 January 2013

membisu

diam bukan bererti kosong,tapi tersiksa

tak adil bagiku

kamu memulakan persahabatan dan aku sambut indah,jika kamu mahu mengakhiri persahabatan itu,aku juga pasti akan sambut dengan indah.setiap hai,harus diakhiri dengan bye,baru ianya bernoktah,mana Bye kamu??

bodoh

berhenti bercerita,kerana aku tak faham

rugi

semakin kamu cuba membenci aku,semakin kebahagian datang kepadaku

bercakap

jika aku berdiam diri,aku semakin memudaratkan diri sendiri

haih

entah mengapa,semakin aku mahu melupakanmu,semakin aku menginginkanmu

Saturday, 5 January 2013

BEIJING

tahun lepas (2012) saya berpeluang bercuti ke Beijing,Saya pergi seorang je sebab nak release tensen dan memang hobi saya merayap hihi..saya dengar ada satu trip dari mas pergi ke beijing..so masa kat airport mata saya mula la merayap cari team malaysia yang nak ke beijing..tak jumpa dan saya naik la flight seorang diri.Atas flight cari gak,tapi sebab gelap,so saya batalkan niat tu.Masa turun dari flight,mulalah operasi mencari orang malaysia dan Alhamdulillah jumpa,so saya minta izin untuk follow trip diorang hihi.ok jom enjoy gambar saya masa kat sana,banyak gambar syok sendiri je sebab malu nak minta tolong orang lain tangkapkan gambau..dah la tak kenal pastu tak tau ,malu nak ngekot dorang,btw,dorang memang sporting!




satu perkara yang menyampah adalah makanan,tak sedap dan pening kepala lepas makan hihi 5ketul ayam dengan cili kering sebiji sebiji sekilo dalam satu pinggan pengsannnn nak makan,maybe kalau p backpack leh pilih sendiri nak makan mana.senang je nak bezakan,kalau kedai muslim,papannya,hiasan warna hijau dan putih,kalau bukan muslim merah.HIJAU OK,HIJAU ngehngeh **mari mengundi**

bangunan dorang semua superb

tangkap gambau syok sendiri
tembok besau cino

oklah cukup ni je gambaunya,orang pun nyampah nak nengok gambau gua bebanyak hihihi.next holiday trip >>>>>>taj mahal im coming babehhhh


Friday, 4 January 2013

AIR MENGALIR KE BAWAH

air mengalir ke bawah,kalau dah nama anak beranak,macamna mamanya,anaknya habislah turun perangai mamanya.Dua dua sawan kamera,Dua dua gila posing.kalau fizikal,yang menyamakan kami hanyalah gigi,yang lain habis copypaste daddy dia!

peace!


sama tak?hihi


semoga kasih sayang kami ke syurga
bersahabat ke syurga

yang pakar,sila jawab soalan ni ngehngehngeh

#kenapa pulau pandan jauh ke tengah?kenapa mesti pulau pandan?dah nama pulau mesti la tengah laut.kenapa gunung daik bercabang dua?kenapa badan hancur dikandung tanah??kenapa gunung daik?mana gunung daik?apa ada kat gunung daik?siapakah orang yang buat pantun tu ya..

PAVLOVA

haritu buat pavlova setelah setahun stop amik tempahan pavlova.stop bukan sebab apa,sebab dah dok melaka dan orang melaka xde pun yang order pavlova hihihi.kat KL dulu kerap rasanya ada tempahan pavlova sampai dah naik sawan buat hihi.senang je nak buat pavlova ni,jika anda ada asas buat meringue,segalanya mudah! http://zatulbazamahyusof.blogspot.com/2012/02/meringueapakah.html


Bahan bahannya,telur,gula,whipping cream,buah buahan masam
sebab pavlova memang gile manis!
bila dah siap bancuhan pavlova,bulatkan,
saya guna acuan telur hihi

tadaaa selepas dibakar,tggu sejuk buh fresh cream dan buah

ni pavlova roll,masuk plastik dan picit,biar tebal sikit
takut pecah masa nak roll dan jangan bakar lebih masa!

ni pavlova roll
Kalau ada yang berkenan dan malas nak buat,silalah order dengan saya ya,hihi atau leh search je internet,banyak resepi yang jujur dan tak menipu,selamat mencuba ya =)

*semalam hati bunga bunga pink,harini hati bunga bunga tahi ayam


Wednesday, 2 January 2013

amani dah sekolah

harini amani memulakan persekolahan dengan senyuman dan mama memulakan hari dengan bersungai sungai airmata,sebak,terharu semua ada.oh sayang..mama rasa baru semalam mama muntah 9bulan mengandungkan awak.Rasa baru semalam tokbah menjerit marah mama sebab gali ubi kayu masa ngandungkan awak 8bulan.



awak dilahirkan dalam kasih sayang tokbah yang melimpah ruah,dan walau tokbah dah setahun pergi,tokbah juga yang meniti dimulut awak..kalau tokbah ada lagi,pasti tokbah paling bising pasal awak nak sekolah.mama sangat rindu tokbah sayang....rindu yang tak pernah berpagar.


Alhamdulillah persekolahan hari pertama berjalan lancar,mama lega awak tak kencing dalam seluar!ahahahahaha apapun semoga kamu menjadi anak yang diimpikan mama,semoga kamu menjadi ZARA AMANI.