zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Monday, 31 December 2012

ironi

kisah yang sungguh syahdu di tahun 2013 kuang kuang kuang,aku boikot mcd dan aku bakal staff mccafee.weeeee sangat ironi,padan muka,dok boikot sangat lastlast keje dengan mcd.

keje sebagai barista kat mccafee.memang impian aku la,menjadi seorang barista.impian sejak tengok citer COFFEE PRINCE citer korea entah bertahun tahun lepas aku tengok citer tu.hihihi mood sangat excited dan berbunga bunga

tak sabar nak mulakan kerja,mau cuci cuci mata (mataKeranjang) cuci cuci hati.manatau jodohku bertemu di mccafee kahkahkah.apapun semoga aku berjaya melalui dugaan bekerja dengan indah.

jumpa aku kat maccafee Mitc ok,mccafee pertama di melaka,senyuman paling indah akan menyambut kedatangan korang.jumpa di sana. Lol

redha

semakin aku menginginkanmu,semakin aku melupakanmu

kosong

setiap hari saya berfikir,apakah agenda hidup saya

:(

atas sejuta keburukanmu,aku tetap menginginkanmu

derita

ternyata bahagia itu milik kamu bukan kita

Saya bahagia walau awak benci saya

Kalau nak cakap pasal menderita,akulah orangnya.airmata dah kering sampai tangki simpanan airmata pun dah kosong!airmata sentiasa menjadi teman.terlalu banyak menangis sampai aku dah jadi kebal atas sikit sikit hal yang boleh membuat aku jadi gila jika tak kuat menempuhinya.

Maaf aku bukanlah seorang yang akan meratap,merebeh 24jam bila ditimpa sesuatu musibah.bukan juga bermakna aku hipokrit cuma aku dah mual dan kebal atas segala musibah tu.Allah selalu menarik sesuatu kesayangan yang menjadi milik aku disaat aku sangat bahagia,ditarik begitu sahaja tanpa menggantikan sesuatu yang lebih.

ya...aku sentiasa mendapat kehilangan tanpa digantikan dengan sesuatu yang lebih baik tapi aku tak pernah menyalahkan takdir,tak pernah menyalahkan Allah kerana aku tahu,mungkin Allah akan menggantikan sesuatu itu lewat..aku tak jemu menunggu dan juga tak pernah berharap.

Bermula dengan pemergian no 1,aku redhai dengan senyuman.Pemergian abah,aku terasa sangat kosong,sunyi dan menderita,tapi aku tetap lalui dengan senyuman..pemergian no 2,paling aku menderita kerana ditinggal disaat aku sangat bahagia,pergi meninggalkan aku dengan menyatakan dia 'benci' kepada aku.aku tetap senyum walau hati hancur berderai.pemergiannya sangat sakit sampai ke saat ini.atas sejuta alasan dia rosakkan hati aku,aku tak ada satu alasan pun untuk membenci dia..malah,dia pulak sangat membenci aku..apa jenis manusia ya aku ini..karma apakah ini?

Aku rindu seorang sahabat yang semakin jauh.aku tahu aku terlalu banyak buruk sampai ramai orang pergi meninggalkan aku.aku susah menjaga kata kata.aku selalu bercakap tak pakai otak.dengan segala dugaan dan rintangan,membuatkan aku tak peduli menjadi seseorang yang dibenci,aku muak melayan kata nista orang.

Apapun,semoga 2013 aku lalui dengan indah.semoga hati aku terus berbunga bunga indah.Alhamdulillah plan hidup untuk tahun 2013 sudah lengkap aku penuhi jadualnya.semoga aku lengkapkan solat aku,aku selalu ponteng solat.malu pada diri,malu pada Allah.

Bahagia aku yang hadapi,sengsara pun aku yang hadapi.so pi M dengan cacian,kejian,umpatan orang.aku bersyukur disaat segala dugaan dan rintangan,Allah lahirkan aku sebagai zatulbazamahyusof,happy go lucky.alhamdulillah
**Zara amani,awaklah penyebab mama sentiasa tersenyum indah**

Thursday, 27 December 2012

maaf mentigakan cinta kalian

selamat tinggal kekasih gelapku,aku minta maaf cintaku sudah beralih arah. *kesat airmata***

bukan aku tak sayang pada kamu berdua,tapi aku sudah jumpa seseorang yang lebih encem,merdu suaranya dan kiyutttttt,kiyut sangat,aku memang tidak setia aku minta maaf sayang sayang semua. *jolok tekak** tadaaaaa mempekenalkan kekasih gelap baruku Tengku Adil.wewittttt #menggelabahhhhhh




pertama kali tahu pasal dia ni sebab lagu dia jadi soundtrack untuk drama pe tah dah lupa hihi.biasa je masatu,xde pape feeling,tetiba minggu lepas,dengar dia nyanyi akustik kat radio apetah lupa gak,adoiyaii cair hati mak esah oi,suara sedap gila,xpasal gila bayang tak tentu pasal **tanda tanda sakit otak yang kronik***

kompom gua nya berukband sampai limit cepat bulan ni,asyik buka utube,hihi.sesapa ada lagu beliau ni,sila wasap eah,mak esah xreti nak donlod kat intenet.korang search je lagu tengku adil,babak cinta,best wooooo.bestnya lahai kalau yang dicintai bagi lagu tu kat gua,mengundang bahagia wooo hihihihi **kedalam lautan hitam pun,xdok sape nak bagi mak esah lagu neh**

maaf aron aziz n lee min ho,gua mentigakan cinta uolssss hikhik.Kbai

Wednesday, 26 December 2012

capital R


cukuplah
capital R

2 datang bertahta
1 datang menjengah

 2 sedang mencuba

cukuplah
gua serik dengan
capital R

seram
fobia
serik
takut
boikot

=O

dear Zo

dear Zo

kamu tiada apa apa
kamu tiada rupa
kamu tiada harta
kamu tiada segala
keindahan yang aku
impikan

tapi aku rindukan
segala keburukan kamu
keburukan yang
melengkapi hidupku
yang membuatkan aku
bahagia
kamu lemah,
mengalah tanpa berjuang

dear Zo
doaku untukmu

semoga Allah
hadirkan seseorang wanita yang hebat
untuk mendampingi
insan yang pernah
dan masih aku cintai ini
amin....


aku pelajari

senyum,ianya agenda
terus terang
 tersuratkah?

'aku kenal kamu,sangat'
hahahaha
betulkah?
 aku tidak
mengenali diriku
kamu
 mengenali diriku
indah

suka?adakah cinta?
indahnya mimpi,

terjaga,
mana pergi mimpi!!
mana pergi keindahan!!

 sakit
sakit dari cubitan,
yang tiada 'rasa'

oh! ternyata
kamu hanyalah
watak yang mewarnai
setitik masa dalam hidupku

satu lagi watak dunia
aku kenali
terimakasih kamu kerana
menjadi watak itu

=)

PUTARAN HIDUP

masuk kereta,bismillahirrahmanirrahim
senyum dan insta!


Harini pergi mahkamah selesaikan hal tertunggak dengan duda ter'sayang',bangun dengan senyuman dan berdoa semoga segala perkara harini selesai,letih nak hadapi benda kecik ni lagi sebenarnya

kahwin heboh sekampung,kenapa cerai xmo kecoh setaman?malu?segan?hurm bagi saya,kahwin ke,cerai ke,semua nya ada buruk dan baik dan banyak hikmah..bagi saya baik orang tau,mengelakkan fitnah yang tak sepatutnya,biar orang mengata benda yang betul dari benda yang tak betul!

kalau nak fikir mulut orang,cakap cakap orang,kahwin ke,bercerai ke,bahagia ke orang tetap akan mengata,baiklah orang tahu keadaan sebenar,tanya terus tuan badan,ini tanya orang lain dari mulut ke mulut ke telinga citer A,B je jadi  A to Z.

Bukan bangga dengan apa yang berlaku,cuma hadapi dengan senyuman,ikhlaskan hati,kerana setiap apa yang terjadi adalah kehendak Allah,dan kehendak kita juga sebenarnya,kita yang usaha,atau kita yang sia siakan atau kita yang tak memerlukan lagi dan mungkin kita dah usaha sehabis baik,setiap aturan Allah itu sangat indah,teratur je perjalanan tu,tak pernah kurang atau lebih,datang tepat pada masa,

Ya Allah disaat aku alpa dengan mu,sebenarnya setiap 1dugaan itu aku mendapat sejuta hikmah yang tak akan dapat selain kita diuji.kamu teruskan berkata kata,aku akan teruskan menulis.Bahagia,suka,duka,tetap sendiri,pedulikan kata orang! mama n daddy love u so much zara amani

Lumrah manusia hanya suka mencari keburukan orang dari mendoakan kebaikan orang hihi #akuLETU.entree ni untuk zara amani supaya dia faham apa yang mama dan daddy dia lalui,betapa manisnya segalanya jika berlandas Allah,kami cuba dan usaha segalanya berlandas Allah insyaallah



26.12.2012
semoga kami menjadi manusia yang lebih baik =)

Jika kita hanya memandang luaran seseorang,kita akan membenci kebaikan seseorang dan akan jatuh cinta dengan kejahatan seseorang kerana cantik kulitnya belum tentu manis isinya 

Tuesday, 25 December 2012

choc truffle cheese tart


Saya bukanlah seorang yang ada asas dalam membaking ni,saya tak pernah masuk kelas membaking,tak pernah tanya mak pasal membaking,btw mak sifu ok dalam membuat kek,biskut dan hasil mak sangat sedap dan tradisional sekali rasanya..

Segalanya saya belajar dari intenet,buku dan curi curi tengok bila mak mula membaking.disebabkan pekerjaan saya adalah fulltime homemade bisnes (segala tentang kek,pastry n cookies) saya tak suka tanya itu ini kepada mereka yang menjalankan bisnes yang sama,sebab mereka pasti ada rahsia memasing dan saya  lebih selesa belajar sendiri dan olah resepi tu menjadi yang terbaik.

tart ni saya buat hanyalah menggunakan lebihan bahan bahan yang ditempah oleh pelanggan.kulit tart dan cheese saya hanya guna lebihan blueberry cheese tart punya adunan,  choc truffle pulak saya hanya gunakan lebihan choc ganache untuk topping choc cake.Kalau korang nak buat tart ni,search resepi blueberri chessetart,dgn choc truffle.semua dihujung jari kan sekarang




dibuat dengan cinta dan kasih sayang
puihhhhhh


makan sesejuk sedap ok! =P


kulit dicucuk untuk buang gelembung angin

bubuh cream cheese dan bakar dulu
keluarkan setelah cheese masak
tunggu sejuk dan susun choc truffle

Bagi saya,saya tak minat membaking ni,tapi ini je bakat yang saya ada,apapun baking adalah terapi disaat saya segalanya,kecuali masa happy,sebab masa happy saya akan jadi malas,hohohoho

selamat membaking,jangan serik dan takut rugi!
mungkin itu juga bakat yang korang ada =)

#CintaTanpaAlasan =(

Friday, 21 December 2012

senyum penyejuk hati

Ramai yang pelik kenapa saya sentiasa senyum disaat perpisahan,sedih,duka. Senyum itu bagi saya terapi untuk segala ujian Allah itu.Bukan mudah untuk senyum dengan ikhlas tanpa berpura pura.

Sebenarnya,sebelum saya menjadi diri saya yang sekarang,saya adalah seorang yang baran dan kepala angin,mudah melontarkan kemarahan jika ada je yang tak saya tak puas hati dan marah.

tapi ujian Allah yang membuatkan saya berubah menjadi begini,kalau dulu saya sentiasa salahkan Allah atas segala ujian,tapi sekarang,saya tahu,ujian itu dilontarkan kepada saya kerana saya kuat dan mampu hadapi ujian itu.

tapi macamana kuatkan pun saya dimata orang,saya bukanlah seorang yang kuat pun,airmata teman hidup,saya bersyukur dikurniakan sahabat yang setia disisi saya,amani yang sentiasa menenangkan mama dengan kata kata yang indah dan buat mama tersenyum bahagia.

senyuman hari ini adalah kerana tangisan semalam,tangisan harini adalah untuk kekuatan hari mendatang.jujurnya,segala tulisan saya dalan blog ini,hanyalah untuk bacaan zara amani,mungkin suatu hari nanti dia mahu megenali mamanya,sekurangnya,saya meninggalkan seribu cara dan bacaan yang boleh dia baca dan pelajari

Ya Allah,Alhamdulillah,ujian  ini membuatkan saya menjadi ZatulBazamahYusof =)


Tuesday, 18 December 2012

amani kene kutu!

Ahad,16.12.2012 adalah permulaan hari yang indah,bangun tido terus tengok gambau mr.oreo dan rasa winkwink,kenduri angah n alang pun dah selesai,so saya plan ngan adik adik nak tengok citer hobbit.

dalam perjalanan ke jusco baru,tettttttt ateh tengok kepala amani banyak telur kutu.oh damnnn satu kereta gegak dengan jeritan saya.patutla amani dah 2hari garu garu kepala,memang pantang 8keturunan la pasal kutu kutu.sepanjang perjalanan membebel,amani panas telinga,beradik semua ketawa dengar bebelan yang saya tak faham kenapa dorang ketawa.


haaa tengok tu muka amani tak puas hati kene bebel dari dalam kereta,habis tengok wayang,sampai harini!sebenarnya bukan salah dia pun kene kutu tu,cuma saya nak tekankan dia betapa pengotornya dari mata dan hati mama dia kalau tak ada usaha untuk buang kutu kutu tu.hihi

saya terus cari ubat kutu,sikat kutu kat farmasi dan mydin,balik terus hadap kepala amani.paling kiyut bila saya rehatkan tangan kejap dan amani terus cakap 'yeh yeh dah habis,selamatttttttt'..5jam kejekan kepala amani,kutu dan telur tinggal 10% je Alhamdulillah..



Apapun ini adalah pengalaman pertama saya menghadapi amani kene kutu!ianya pengalaman yang indah walaupun saya sangat pantang dengan kutu ini #pengotor ..so apa lagi?jom check kepala memasing ada kutu ke tak?teettttttttt

dugaan membesarkan anak

bagi saya,dugaan besar menjadi seorang ibu adalah menjaga kata kata.kata hati,kata mulut.takut sangat,sebab saya dikurniakan oleh ALLAH seorang yang mulut lebey dan menzahirkan kata hati :(
 
kekadang bila tengok anak orang terdetik memacam benda negatif dan saya akan cepat cepat istigfar sebab takut ALLAH bayar tunai!
 
jadi kita sebagai ibu bapa,jaga mulut,jaga hati,dalam kita dok mengata anak orang malas,anak orang tak reti buat keje,kita tak sedar yang kita ada anak yang berderet deret..kecik lagi,tak tau akan jadi malas ke,rajin ke.

kekadang dalam kita dok mengata anak dara orang macam macam,banyak jantan ke,bercinta ke,seksi ke,kita tak sedar yang kita ada anak perempuan juga,yang belum tentu didikan kita itu putih atau hitam.pernah ke kita tersedar benda itu?kita fikir kita corakkan anak kita bagus,dengan mengata anak orang itu ini,kita tak sedar yang anak kita kecil lagi tak kenal dunia lagi.sampai masa,bila anak tak menjadi seperti kita harapkan,siapa yang akan kita persalahkan?kawan kawan anak korang?duniawi?salahkan diri sendiri yang tak menjaga kata kata.
 
Ya Allah..inilah dugaan sebenarnya membesarkan anak..Semoga saya berjaya menjaga kata kata saya,saya takut,Allah membalas kata kata saya tanpa saya sedari.tegurlah saya bila saya lancang bersuara,semoga Zara Amani menjadi apa yang saya mahu..
 
suatu hari nanti akan ada seseorang yang sangat sayang kami,lebih dari mama sayangkan Zara Amani .amin...
 
 

Sunday, 16 December 2012

angah n alang dah bersuami hehe

Alhamdulillah angah dan alang selamat diijabkabulkan.bertambah ahli keluarga kami yeay!semoga ke syurga ye adik adik ku





kashmir oh kashmir

tahun ni saya sangat berhajat nak ke kashmir.itu je rasanya tempat percutian saya untuk tahun ni.terpengaruh nak ke kashmir lepas dengar cerita pak yas,hihi.

jujurnya,saya bukan seorang yang berduit,pergi bercuti mewah?ohhh no,itu bukan saya la ok!.macam biasa,mula kumpul duit,survay flight termurah..saya memilih percutian 'backpack',senang nak brgerak,jimat dan murah.

kalau ikut perancangan saya akan pergi bulan 6 ni,itupun kalau masih single la,hoohoho dibuatnya lagi 2bulan ke,saya ternikah ke,ter ada boifren ke,macamana?memang kashmir dalam malaysia je la hukhuk T_T

apapun,semoga impian ke kashmir menjadi kenyataan,manatau incik bakal jodoh nak bawa p honeymoon ka GULP! belum pape dah demand,memaen je ok,incik bakal jodoh.saya terima apa adanya awak,walau mungkin awak mampu bawa saya honeymoon kat bemban je, sobsob =D

pengalaman terbaik saya adalah berpeluang melawat,melihat,merasai budaya,cara hidup negara yang asing bagi kita,setiap negara sangat berlainan caranya,saya beruntung diberi peluang melawat negara eropah,asia,arab,itu pengalaman yang tak akan kita dapat jika tak merasainya.melihat gambar dan merasainya perkara yang langsung tak sama,kerana dengan melihat gambar,kita hanya dapat melihat keindahan sahaja.

jauh perjalanan luas pemandangan,luas pemandangan banyak pengalaman,banyak pengalaman kaya pengajaran.


**pssstt sesapa ada sedara kat kashmir,habaq mai sini,leh tumpang tidoq rumah depa,hikhik..kashmir,im coming



Wednesday, 5 December 2012

cerita cinta

saya ada seorang kawan,kami tak beberapa rapat,tapi dia senang sharing apa apa sahaja dengan saya,bila berjumpa memang banyak cerita,tapi bila tak jumpa,xde pula kami saling mencari.nama dia Qaira dia dikurniakan 3 orang anak dengan 6tahun perkahwinan pada pandangan orang luar,bukan kepada empunya diri.

perkenalan dia dengan suami bermula 4tahun sebelum mereka bernikah, Qaira anak tunggal dari keluarga berada,berkenalan dengan Razi semasa Qaira sedang belajar dan Razi bekerja di sebuah pasaraya depan universiti Qaira,Razi bukanlah orang berada,beradik ramai dan mempunyai kehidupan yang sangat miskin.

Apa yang saya nampak Qaira sangat sayang akan Razi ,tergila gilakan Razi sampaikan Qaira yang melamar Razi untuk berkahwin.saya tak faham apa yang ada pada Razi,walhal Qaira selalu mengadu pada saya Razi banyak skandal la,ramai perempuan sms,call.pesanan saya, "kalau sanggup hadapi gelora dan badai,tempuhi la perkahwinan itu dengan dia".

Sampai masa,Qaira pun diijabkabul dengan Razi,Razi hanya membawa cincin emas pada kiraan saya berharga bawah rm150 (harga pada masatu) dan maskawin bernilai rm100,semua hantaran,wang hantaran,perbelanjaan,di sediakan oleh Qaira,majlis itu sangat mewah dan alangkah untungnya Razi mendapat wanita yang sanggup berkorban seperti Qaira.

Setahun setengah perkahwinan mereka dikurniakan seorang putera,putera itu mengidap sindrom down,dan memerlukan treatmant yang tinggi,dengan gaji Razi sebanyak rm700 sebulan hanyalah cukup cukup untuk Razi ulang alik kerja,membuatkan orang tua Qaira yang banyak mengeluarkan duit untuk kehidupan mereka,gaji Qaira sebagai akauntan hanyalah mampu membayar kereta,rumah dan perbelanjaan rumah.

Jujurnya,saya dah banyak kali melihat Razi berpegangan tangan dengan berbagai perempuan,tapi kerana Qaira sangat mencinta Razi,saya tak mempunyai kekuatan untuk beritahu dia.saya hanya mendiamkan diri sahaja..

Setelah beberapa tahun,saya terserempak dengan Qaira di shopping komplek,seorang,sarat mengandung anak ketiga,terus menangis melihat saya,memeluk saya erat.kami duduk,berborak panjang,dan saya hanya mampu terdiam,rupanya sejak dari tunang Qaira dah tahu Razi seorang playboy.tapi kerana cinta dia sanggup menerima segala buruk baik Razi,walau Razi tak pernah cakap untuk berubah,perkara yang paling memedihkan,semasa pantang anak kedua,Qaira sengaja balik senyap senyap kerumah mereka dan Razi membawa perempuan lain di atas katil mereka.hancur hati,dan sampai saat ini saya tak sanggup beritahu yang saya tahu Razi berperangai begitu..

Saya bertanya juga kenapa Qaira masih bertahan dengan Razi,sedangkan badai yang dia lalui sangat perit dan pedih.Jawapan Qaira,adalah kerana anak anak dan malu berstatus Janda.terdetik di hati saya,hinakah berstatus Janda?apa kurangnya Janda?manusia juga,makhluk Allah juga.isteri pertama nabi muhammad pun Janda.saya hanya mendengar rintihan Qaira.

katanya,tiada lagi Cinta,cuma dendam dan tanggungjawab,Ya Allah,beratnya dugaan Qaira,bagi saya,bukan berat dugaan dibuat begitu oleh si suami,tapi berat dugaan membenci suami sendiri,macamana segala syurga yang dibina selama ini,diterima ke oleh Allah.saya takut,saya jadi serik atas semua ini,tapi Allah sentiasa memperlihatkan sesuatu yang indah disebalik dugaan itu dan saya dapat membuang perasaan serik itu.

pengajaran dari cerita ini bagi saya,JANGAN TERLALU BANYAK MEMBERI SAMPAI TIADA APA YANG TINGGAL UNTUK DIRI SENDIRI,jika Qaira terpaksa kehilangan suami pun,bagi saya,dia patut bersyukur dikurniakan anak anak yang comel dan bijak dan ibu bapa yang menerima apa ada nya dia.

jika kita diuji,ingatlah ujian orang lain lagi berat dari kita..muhasabah dan ingat yang setiap ujian itu menguatkan kita,lumrah hidup si setia jatuh cinta dengan si penjahat hihi,,lelaki dah baik,perempuan jalang,perempuan setia,yang lelaki pulak malas keje,semua itu saling melengkapi,

YaAllah,lindungilah Zara Amani dari segala perkara yang boleh merosakkan keturunan kami.amin...


**kisah benar cuma nama sahaja ditukar**

Tuesday, 4 December 2012

lelaki paling saya cintai


setiap hari pun saya sangat merindui insan bernama mohd yusof hashim,satunya lelaki yang saya cintai dengan suka dan duka,cinta yang tulus dengan ikatan kasih sayang yang ikhlas,hanya Allah yang tahu betapa cintanya saya kepada insan ini.

setiap manusia akan merasai kehilangan,sama ada kehilangan yang kekal atau sementara dan saya kehilangan cinta hati saya ini untuk selamanya..memang perit,rasa sangat kehilangan,rindu yang sangat mencengkam,tapi itulah proses yang harus dilalui bila kita kehilangan seseorang.

sejak pemergian beliau,hanya gambar beliau menghiasi wallpaper telefon saya,kain pelekat terakhir beliau menjadi peneman bila saya memandu,selimut terakhir beliau saya gunakan untuk menyelimuti saya semasa saya tido,tuala mandi beliau saya gunakan sampai lusuh,, sengaja saya buat begitu supaya saya sedar dan ingat yang jasad beliau sudah tiada di dunia..sampai satu saat,saya gantikan gambar ditelefon saya dengan seseorang yang saya cintai dengan setulus ikhlas hati saya.

macamana ikhlas pun cinta itu,jika Allah nak tarik balik,bila bila masa sahaja ianya ditarik,patah hati lagi,kehilangan yang sementara dan akan jadi selama lamanya,perit,tapi dugaan itu kecil sahaja dibandingkan dengan kehilangan abah.

kenapa kita nak salahkan Allah diatas kehilangan itu,kenapa kita tak nak lihat 1000 kemanisan disebalik 1 kehilangan itu?teruskan menyalahkan takdir tanpa sedar kita dah kehilangan banyak ilmu dan hikmah dalam hidup ini.saya bukanlah sesiapa untuk bercakap itu ini,saya hanya seorang yang lembab dah hanya menulis apa yang terlintas dihati dan akal.

ramai yang kehilangan cinta dan serik untuk bercinta lagi,pernah terlintas kat hati untuk tidak bercinta lagi,dan sampai satu masa saya terfikir,CINTA adalah anugerah Allah yang terindah,kenapa kita nak buang,kenapa kita nak jauhkan diri?saya rasa rugi jika saya tak menghargai anugerah Allah itu.Jadi saya sentiasa buka hati walau perasaan takut dan malu tu setinggi 7petala langit gettew hihi


TIADA HATI YANG TIDAK MENYEMBUR LUKA KERANA TERTUSUK CINTA,MEREKA YANG TIDAK PERNAH MERASAKAN SAKIT CINTA ADALAH LUMPUR YANG TIDAK BERNYAWA



#macamana buruk penulisan saya,macamtu buruk juga akal saya hihi

Monday, 3 December 2012

tips mengelak cinta tak diingini

Korang mesti pernah mengalami situasi "adoiii rimasnya dia ni,asyik menagih cintakakiku" tak de perasaan kat dia,kosong..kosong.. bak kata najwa latif.bila kita tak de perasaan langsung kat dia mesti rasa macam nak campak kaki ayam kat muka dia kan,,kan,,kan,,

sebenarnya,sape kita nak halang perasaan itu,Allah yang hadirkan perasaan cinta itu bukan dia yang minta untuk jatuh cinta kat kita.kalau kita betul jatuh cinta kat dia bagusla,teruskan terima cintanya pupuk,baja,biar cinta itu besar dan bercambah hingga ke akhir hayat.

tapi AWAS jika korang tak berminat dengan cinta tersebut,tolong la jangan dilayan jika hanya bersandarkan pada rasa kesian "alaaaaaaa siannya dia ni aku tak layan dia kang,dia frust pulak" atau "gua tengah bosan ni,layankan je la minah/mamat ni" atau lagi "alah layankan jela mesej je pun bukan awek/pakwe aku tau pong!" jangan jadi kejam ok,mungkin bagi kita benda tu kecik,tapi bagi orang yang dah jatuh cinta kepada awak ini akan menyebabkan dia rasa diberi harapan,kaki tak jejak tanah,hati berbunga bunga tahik hayam tanpa sedar yang dia hanya tempat persinggahan sahaja #sedih.

kat sini ada tips mudah untuk elakkan diri dari penagih cinta yang anda memang tak de rasa nak bersama dia atau anda terniat untuk curang dengan pasangan anda GGRRRRR



# elakkan berjumpa

# jangan tetiba ternyanyuk panggil dia sayang

# JANGAN SESEKALI BERMANIS MANIS DENGAN DIA

# jangan nak show sangat muka dengan like status dia,like gambau dia,tweet dia ceh!

# jangan nak ngaku bujang sangat la kan kan kan

# paling mudah n efisyen abaikan aje semua mesej,panggilan telefon,memula memang dia akan sakit tapi lelama dia akan jadi kuat   atas kesakitan itu,mudahkan!


tapi jika anda saling jatuh cinta,jangan fikir panjang lagi,hargailah masa dan perasaan yang ada sebelum dia pergi kerana rasa bertepuk sebelah tangan weeee..sekian terimakasih,doktor nak tidoq

#crush



harapan..harapan menjadi layuuu tolong siram weh!



semua orang punya cerita cinta yang tersendiri,ada yang suka, ada yang duka,siapalah kita yang boleh meminta dan memilih cerita cinta yang kita suka.bagi saya,semua cerita cinta saya adalah indah dan penuh dengan kenangan manis,walaupun pengakhiran yang duka,memang perit sampai saya jatuh terduduk tapi itulah juga kenangan indah buat saya.

setiap kali kita terluka dan jatuh sampai rebah,pasti ada orang lain yang Allah hadirkan yang sudi merawat luka itu,yang menghulurkan tangan menolong kita untuk bangun.

jujurnya saya dah letih bila sebut pasal CINTA,saat saya dah nekadkan hati untuk berhenti memikir soal CINTA,Allah hadirkan saya perasaan cinta dengan orang yang saya tak pernah terfikir akan hadir dalam hidup saya,dalam sesaat Allah bagi rasa CINTA tanpa saya rasa ragu untuk mencuba lagi,walaupun kemungkinan saya akan terluka lagi.

saya bukan mudah nak percayakan orang,tapi saat saya dah percayakan seseorang,terutama dalam cinta,tolong la jangan buat saya menyesal dengan meletakkan kepercayaan tu.Cinta tu akan berpanjangan bila dua orang memilih untuk saling setia,dua orang yang memilih untuk saling menjaga,berjuang,dan berusaha untuk cinta tersebut,,kalau sebelah pihak je yang berjuang,memang telokop laa asyik nak makan hati,lelama curang,betoi tak?

DEAR MY FUTURE JODOH yang saya tak tau sape,bak kata zul,jodoh dah ada,cuma tak tau sape,jika awak jodoh saya,saya akan cintakan awak kerana Allah taala,saya akan jaga cinta kita menjadi cerita cinta yang penuh suka dan duka ke akhir hayat,hohoho saya bukan jiwang okey cuma SUPER ROMANTIK je winkwinkwink

#jatuh cinta sebelah pihak sangat menyakitkan!baru ku tahu sobsobsob

jatuh cinta


pelangi


terbaik



cinta vs obses


pergi


hensem ke memahami?


aib


airmata


duka


lemah


ujian cinta


GAZA di klcc

ahad tah bapeharibulan ritu saya berpeluang pergi ke satu aktiviti pasal gaza hihi malas citer banyak,korang tengok la gambau semua ni ok!

kitorang orang pertama kumpul kat sini
berpayung,hujan,memula fikir salah
tempat berkumpul

partner saya untuk hari kejadian

sahabat susah senang saya
ketawa bersama,menangis
bersama,bercakau bersama

mereka mereka kat tempat kejadian

sebelum kejadian berlaku,kami dapat
no untuk buat hurus S
kitorg bertiga kat huruf S yang dibulatkan tu


WE LOVE GAZA