zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Monday, 22 October 2012

cinta sejati

istilah "cinta yg cepat dtg akan juga cepat pergi" sudah xleh guna pakai lagi,istilah ini hanya diguna pakai oleh mat/minah jiwang yg menolak cinta yg dtg mcm durian runtuh dan menunggu kononnya ada cinta sejati yang menunggu,betapa naifnya manusia,istilah "cinta sejati" yg diagung agungkan kamu itu hanyalah kpd yg maha Pencipta.kamu mahu cinta?kamu berdoa.bila Dia bagi kamu menolak,kemudian kamu berkata yang "cinta sejati" kamu belum muncul,Sedangkan kamu sama sekali tidak berusaha untuk nak mendapatkannya.Perkara yang paling teruk dalam penipuan adalah kamu menipu diri kamu sendiri...

tq #FA atas kata kata yang indah ni wek! (mata ke atas tgn kat bahu)

Sunday, 21 October 2012

salon melayu di Jasin



bagi penduduk daerah Jasin,susah kan nak jumpa saloon yang melayu punya,sebenarnya ada dua saloon melayu (yang saya tahu la) di Jasin,Salah satunya bertempat di 690,Jalan ChinChin,77000 Jasin.Saya customer tetap di saloon ni dan saya berpuashati dengan hasil kawan saya ni,

http://www.facebook.com/pages/Feminine-Hair-Salon/153864831401873


Perkhidmatan Rambut (Home Salon)
Description
Segala perkhidmatan disediakan :
-Haircut
-Wash + Blow
-Hair treatment
-Chemical services = colour, rebonding, perm and henna(inai)

*sila hubungi saya melalui call or sms untuk apa-apa pertanyaan*
*wanita sahaja (man not allowed except kids for boy)*
*buka pada setiap hari dan tutup jika ada hal penting*

Segala pertanyaan,anda boleh hubungi owner salon ni


atau anda boleh terus CALL/MSG/WHATSAPP = 016232 6983



walaupun bertudung,saya tetap
nak nampak cantik walaupun
hanya untuk tidur :)
jom servis rambut anda!

diri

Kadang kadang saya rasa macam dah tak jadi diri sendiri,kalau baca blog ni dari mula sampai sekarang,memang nampak yang saya semakin berubah dari segi kata kata,gaya tulisan,tak tau la sebab dah meningkat umur,atau tak menjadi diri sendiri,atau dulu tu bukan diri saya yang sebenar?

aku pun tak tahu........

cerita cinta 1

saya ada seorang sahabat,baik,terlalu baik sehingga kami boleh saling bercerita apa sahaja,berkongsi segala suka duka,beliau seorang sahabat yang sudi susah senang bersama,yang tahan dengan segala cela maki saya,dia seorang lelaki,bukan islam,tapi sangat terang tentang adab islam dan melayu...selama saya bersahabat dengan beliau,beliau tak pernah kenalkan saya walau dengan seorang wanita pun..

Sehinggalah suatu hari,dia beritahu saya,dia jatuh cinta dengan seorang wanita melayu islam,sangat cintakan wanita itu sehingga hatinya tertutup untuk mana mana wanita pun,,dia mengenalkan saya dengan wanita itu,dan pada sudut pandangan hati,mata saya,mereka sangat saling mencintai antara 1 sama lain...sangat saling menerima buruk baik masing masing..

cinta,ya..perjalanannya penuh dengan suka dan duka,tapi bagi saya perjalanan cinta mereka sangat indah :) susah senang bersama,pernah sahabat saya cerita,dia sanggup berpura kenyang,yang penting teman wanitanya ini makan,sebab beliau sangat pokai masa tu,sanggup ikat perut yang penting dapat cakap telefon dengan wanita ini,dan bermacam cerita yang wanita itu tak tahu,betapa cintanya sahabat saya ini pada beliau..

Sehinggalah pada suatu hari,family sahabat saya tahu pasal hubungan ini dan hubungan ini mendapat tentangan hebat,mereka terpaksa berpisah kerana agama,adat,budaya,Sahabat saya sangat patah hati..menangis,murung,berpura kuat depan wanita itu,Dia satunya lelaki dalam keluarga,harapan keluarga..kata sahabat kepada teman wanitanya yang menyentuh hati saya "kalau bukan kerana family yang lahirkan saya,kita tak akan berjumpa"...ya..kerana family,kita terpaksa berkorban segalanya...

Sahabat,saya sentiasa doakan,kamu berada dalam sejahtera,macamana digenggam,cinta itu bukan milik kamu,tabah,dan ada hikmah dan pengajaran tuhan tentukan macamni..insyaallah,kami sentiasa ada untuk kamu :)


Wednesday, 17 October 2012

rindu


rindu yang tak boleh dipagar



belajar

Awak,apapun kenangan kita,indah atau buruk,itu semua ketentuan Allah.Allah temukan kita kerana masa tu kita sangat saling memerlukan,saya cintakan awak kerana Allah,dan saya redha dan ikhlas jika Allah tarik rasa cinta awak tu untuk saya :)

kita banyak saling belajar,saling menjaga,saling menghargai,semoga perjalanan awak diberkati Allah.saya sentiasa doakan,awak jumpa seseorang yang lebih baik dan berbaloi :) mudah mudahan.terimakasih atas cinta yang pernah mendalam dulu untuk saya,dan saya ikhlaskan hati mulai saat ini atas segalanya....



doa,masa,ganjaran

Ya Allah

saya tak mahu
terima seseorang dalam hidup ini
disaat seseorang yang lain
masih ada dalam 
kenangan dan ingatan saya

biar masa menentukan,jika jodoh,kita pasti bersatu :)

hak


semua entri ini untuk diri saya sendiri,
bukan untuk orang lain,bukan untuk dibanding.
masuk rumah orang,hormat tuan rumah :)

waalaikumsalam!

zby is zby


musim

musim itu semakin berlalu
perlahan,sakit,
tapi mendamaikan

terimakasih ya Allah 

Monday, 8 October 2012

sakit

tiada hati
yang tidak menyembur
luka
kerana tertusuk cinta

mereka yang tidak pernah
merasakan sakit cinta
adalah
lumpur yang tidak bernyawa

Saturday, 6 October 2012

tamak



menyingkir cinta sejati
kerana
hiburan duniawi,
dan
impian yang tak kemana tu
semoga hiburan itu
memberi 
kebahagiaan "abadi"
kepada kamu

amin