zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Friday, 28 September 2012

sweet angat!


ok audia ni sangat sweet cuma korang xpat dengar kot sebab latar blog pun dah sangat bising hagagagaga..saya terharu T_T

Thursday, 27 September 2012

10bulan


harini genap 10bulan zahir abah pergi untuk selamanya,dan rindu itu semakin hari semakin mencengkam,terimakasih ya Allah kerana aku diberi peluang berada disisi abah dari 40 hari abah nak pergi sehingga saat rohnya dicabut dari jasad,kenangan itu mungkin pahit bagi orang lain,tapi sangat indah bagi aku,rindu itu tidak mampu along pagar, abah :')

adil

Tidak istimewa lagi
Di mata awak
istimewa dimata
Yang lain
menghargai saya
menyayangi saya
kasih sayang
Dengan ikhlas
Allah maha adil
Bahagia,gembira,dihargai,Alhamdulillah

tapi saya menanti awak,
bukan yang lain

sampai masa,awak akan jadi
yang 'tidak istimewa lagi'

ya,Allah maha adil

Xadil

Ada
masa diperlukan,
tiada
 masa memerlukan

Letih,bosan,angkat kaki

Sunday, 23 September 2012

Karma,pengajaran,ilmu,dugaan

Pagi tadi saya delivery cistat ke gangsa,balik dari delivery,saya singgah ke mcdonald mitc untuk sarapan..hampir separuh makanan dihabiskan,saya disapa oleh seorang kawan lama,yang saya dah tak jumpa sejak dia berkahwin 4tahun lepas..

Borak,dan dia bercerita tentang perkahwinan yang gagal setelah mendapat 2cahaya mata,saya tak terkejut,kerana dia mempunyai gaya hidup yang agak bebas semasa saya kenal dia 9tahun lepas.bagi saya dia beruntung kerana mendapat isteri yang sangat sopan santun dan anti sosial.bagi saya,penceraian itu pasti kerana oren <-nama panggilan..dan saya yakin pasti salah oren!

Selesai bercerita,saya terkejut,penceraian kerana anak no 2 bukan anak oren?ok saya tak percaya,bukti?oren melayu,isteri melayu,dua dua kulit agak gelap,dan anak keluar sebagai anak cina,sangat cina,saya tengok gambar baby tu,sangat tak rupa,oren buat ujian dna dan sah itu bukan anak dia..

Saya biarkan cerita itu disitu,tiada respon.

Dalam perjalanan balik,saya teringat balik kisah lama.oren seorang yang sosial,kaya,saya kenal dia kerana dia kawan semasa saya keje dan kerana urusan keje,dia seorang yang ramah dan senang bercerita dengan saya,dan sangat hormat saya sebagai wanita..

Tapi disebalik itu,dia seorang yang mengamalkan seks bebas,bertukar pasangan setiap hari,kaki mabuk,kaki judi,saya terfikir dimana salahnya?dia menyalahkan Allah dan isterinya 100%..menyalahkan semua atas segala yang berlaku..Dan yang paling saya kesalkan,dia masih menjalani kehidupan yang lama,masih tak ambil pengajaran atas apa yang berlaku..

Sebab itu saya tiada respon keatas oren atas kisah hidup dia,saya kosong,hanya mampu terdiam,tapi saya bersyukur ALLAH menemukan saya dengan oren harini,membuat saya mendapat banyak pengajaran,ilmu atas kisah beliau.

Saya sentiasa pegang kata abah,harini kita diatas,esok kita dibawah,usaha supaya kita sentiasa ditengah,MISS U ABAH...

life

jatuh
bangun
merangkak
tersungkur
terbang
jatuh
pengsan
duduk

itu 
adalah perjalanan

jodoh


kerana sehari

bertahun

mati


setia

cinta itu mudah dan indah
bagi mereka yang 
menjaga hatinya
hanya pada si dia dan Allah
tanpa memberi ruang
pada insan
lain


**pencurang tu sampah**

lupa atau degil

Dah 10 bulan abah pergi,aku banyak berubah,memerap,kurang bercakap,tak bersosial dah,bukan sebab aku sedih dengan pemergian abah,bukan sebab aku tak redha dengan pemergian abah,cuma aku terlalu rindu kasih sayang beliau,kasih sayang yang tak pernah aku jumpa lagi gantinya,

aku rindu gurauan abah,aku rindu lagak eksyen abah,aku rindu senyuman abah,paling aku rindu adalah bebelan abah,bebelan abah sangat merdu ok didengar,penuh dengan kata kata menusuk jantung,yang aku terima dengan senyuman yang kelat sebab TERASA 

"along,kalau malas solat,p cari dunia lain yang tak de ALLAH"

"along,cakap "AKU" "KAU" "GUA" lagi abah jentik mulut sampai bengkak".padahal masa tu aku tengah borak ngan kawan pakai hempon,kene jentik mulut even umur aku dah 26 masa tu!pastu aku tukar "I" "U" pun kene bebel juga,,,,,, abah suh cakap "saya" "awak"..ya bahh along tengah usaha ok,ubah panggilan tu semua..

dah tak tau apa gua merepek just I MISS U BADLY ABAH!


Friday, 21 September 2012

Nilai

Semoga janji itu kerana Allah
saya tak harap apa dah,
saya tetap akan setia kerana itu nilai diri saya,
saya tak murah :)

pergi mati

Janji seorang penipu,
letih
malas nak bernafas

Tuesday, 18 September 2012

Jamu,relevan lagi ke zaman sekarang?




Hurm cakap pasal jamu,aku dah amalkan pemakanan jamu sejak usia 15tahun..sejak umur 15tahun,sehingga umur 27 memang aku setia dengan jamu perawatan remaja putri keluaran mustika ratu.

Produk ni bentuk kaplet dan ada 4jenis dalam 1bekas:

1. Parem kaneman: menurunkan berat badan
2. Sekar kedaton: menyegarkan badan
3. Suri ayu: mengurangkan jerawat dan menghaluskan kulit
4. Nur cahyo: melancarkan darah ke otak

Aku memang akan promosi jamu ini untuk sesiapa saja,terutama yang dah berkahwin,dan mengadu blablabla psl masalah wanita,tapi ramai yang menolak dan cakap jamu dah tak relevan zaman sekarang..ok tak kisah la tapi lepas ni jangan mengadu lagi la masalah wanita yang anda tanggung tu lagi :)




Selain kaplet aku amalkan juga jamu bancuh yang dibancuh kat kedai kedai indon tu,kedai jamu terbaik adalah dekat uptown kota damansara,serius terbaik!dan murah kita boleh pilih nak bubuh dengan telur ayam kampung atau tidak,biasa aku akan suruh akak tu bancuh 3jenis jamu,telur ayam kampung,limau nipis lebih,teh halia,pada harga rm5 sahaja,sangat murah dan sedap!


mcm lahanet je rupa aku

Insyaallah jamu adalah altenatif untuk lemah badan,lembik,keputihan,senggugut yang teruk,haid tidak teratur dan jangan takut dan serik,jika anda pertama kali mengamalkan jamu,minum air masak secukupnya kerana badan mungkin akan panas sikit SELAMAT MENCUBA :)



#wanita hamil dilarang sama sekali

blueberry cistat


harini ada tempahan blueberry cistat,mcm biasa aku suka buat tempahan tengah malam. sambil dok gosip ngan dak hajar ngan dak lias,gayut ngan abam tercinta,proses tu pun bermula! yeay!

Alhamdulillah tempahan pun sikit,ditemani hajar sampai tah pukul berapa pagi dok merapu melarat,gelak sampai pecah perut,tart pun siap yeay!

ok kalau berkenan ngan cistat SAYA,kalian boleh buat tempahan disini http://www.facebook.com/zarahomemade.cokolat ada macam macam perasa,anda boleh minta,yang penting customer didahulukan,janji ditepati ;) kalau tak berkenan anda boleh goggle resepi dan buat sendiri,atau order kat tempat lain,hihihi kbai


Monday, 17 September 2012

Doktor cakap makan biji cili bahaya,islam cakap,makan kene duduk =)

Sunday, 16 September 2012

keperluan

duit dan segala galanya mana lagi penting?
aku pilih segala galanya
kerana dalam duit tiada segala galanya
tapi dalam segala galanya ada duit

erti kasih

jangan dipisahkan nama 
Zatul Bazamah dari Mohd Yusof 
walaupun  diatas kertas,
kerana Mohd Yusof adalah lambang kasih sayang 
si pemilik nama

sama

kamu adalah kebahagian,
dia adalah pengalaman,
berbeza,
tapi yang menyamakan kamu
adalah
 kita bertemu kerana Cinta


peluang


selagi kita tak rasa pemerintahan lain,,
mana kita tahu yang terbaik?
dah alami,baru tahu kan?



adil

undang undang islam sudah sempurna
tetapi undang undang manusia juga diadili
kenapa kita terus berdiam?

bahagia

melihat wajahmu,aku sinis
melihat lagakmu,aku benci
melihat hatimu,
aku bahagia


bodoh

kamu tidak menceriakan aku,
kamu tidak menyempurnakan aku
tapi kamu membahagiakan aku

cukup kamu tahu,
aku gembira kerana itu adalah kebahagian,

letih

malapetaka itu bukan cinta
malapetaka itu adalah kamu

jodoh

sahabat itu dan datang dan pergi didalam hidup
tapi jika ditakdirkan ke akhir hayat,
seribu dugaan pun kita tetap akan bersama 

pengalaman

cinta itu indah bagi kamu kerana dipenuhi dengan nafsu,
perkahwinan itu indah bagi saya kerana dipenuhi dengan gelora ;)


kenangan

yang perlu dikejar masa depan bukan kenangan,
kenangan hanya untuk dikenang


mati

tiada panggilan indah,
tiada kata cinta,
tiada lagi kucupan mesra,
bukan kerana kamu berubah,
tetapi kerana waktu itu aku sudah dijemput Sang pencipta



lebih

mencintaimu bukan perkara yang mengindahkan 
kerana kamu mencintaiku lebih 
dari kamu mencintai sang Pencipta


lupa

mengadu dengan manusia leganya hanya 2,3hari,
mengadu dengan Allah,tenangnya membawa ke lena
tapi...manusia juga dicari...


normal

menangis dengan ikhlas
tersenyum dengan paksa
mencintai kerana takdir
dicintai kerana  nafsu

Wangi vs Bazir


Aku mempunyai tabiat pantang tengok minyak wangi,body mist,asal duit ada lebih sikit,habis ke benda benda ini..Tapi tak pernah pula aku rasa menyesal beli walaupun koleksi dah melebihi puluhan botol,nak kata koleksi,tak lah juga,tapi dah jadi tabiat sentiasa nak wangi terutama sebelum tidur..

Abah pernah cakap kalau nak jaga kesihatan,kene rajin pakai wangi-wangian,sebabtu abah 24jam bau minyak atar,hihi rindu sangat bau abah,dulu masa depan mata aku dok bising "adoii pening bau abah ni,wangi sangat macam nak cari makwe!" n abah akan jawab "ehh bukan abah cari makwe okeyyy,makwe yang cari abah okeyyyyy" alahai rindunya dengan beliau. :)

ni antara koleksi minyak wangi aku kat rumah mak di melaka, belum rumah di damansara lagi.,,ada yang belum keluar kotak lagi,sebab masih banyak bauan lain yang aku aku tak puas lagi pakai,jadi biar dulu dorang duk dalam kotak tu dediam,cukup setahun aku buka la!

Mungkin bagi orang lain,nampak benda ni membazir,tapi bagi aku,ini la antara benda yang boleh menenangkan otak,cuba kalau sebelum tidur calit sikit bauan ni kat hidung kita,tidur kita akan lebih lena ok,itu aku amalkan sejak dulu,cubalah! :)


Piza syok sendiri

spicy tomyam beef pizza
my feveret ever!

Dah berapa hari teringin sangat nak makan pizza,nak keluar memang malas sebab tak de sape yang nak diajak p makan pizza..dan minggu ni disebabkan beradik semua balik,rasa nak buat pizza tu rajin sikit,hehe

ok jangan tanya la aku pasal resepi,sebab aku seorang yang jenis campak campak je masa masak,dari doh,sos,inti,semua campakkkkk..kalau doh,yang aku ingat,tepung sekilo,yis 2peket,yang lain hentam..disebabkan mood tak berapa nak ada,sebab kurang sihat dan tak cukup tenaga,aku uli pakai tangan tak sampai 15minit..kita kalau nak doh yang gebu gebu gitu kene uli lama sikit sampai lembut,tapi kalau terlalu lama akan menyebabkan yis lembap nak naik dan mati sebab panas,jadi,alternatif,uli guna air berais,itu cara saya la :)

barang semua memang sentiasa ada je stoknya dalam peti ais,so senang aku nak mulakan proses tersebut.. ~dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani~~  puh! siap!


mereka dibuat dengan kasih sayang hokeyy


hahaha ni rentung sikit sebab leka borak
chicken with mushroom
sebelah sayur,sebelah kosong
sebab dorang ni cerewett bab makan
chick popcorn pizza with cheese
sama juga,sebelah sayur,sebelah kosong
ni last dan malas dah nak buat,
rupa pun comottt
balunnn hehe rasa berbaloi atas segala kepenatan tu
btw uda,kaki mu berkarat! herherher

Saturday, 15 September 2012

Tempahan choc

Dari tengah malam hingga subuh adalah perkara biasa bagi aku untuk tidak tidur bila ada tempahan,tenang,sunyi,membuatkan aku lebih relaks dan tersusun dalam membuat tempahan tersebut.

Untuk hari ni,tempahan simple je,choc chompound 20 cavity ditambah dengan choc oreo 4 biji,,tempahan yang simple tapi rumit sbb perlu bermain dengan suhu yang tepat..aku bermula pukul 5pagi membuat tempahan ni,dan bila azan subuh,dorang pun siap dipacking,yeay!boleh tido :)



Friday, 14 September 2012

mengundang sebak


tajuk je dah ngengada hahahah sebenarnya aku sangat suka lagu ni,muzik dan liriknya macam berjodohan gitu,,pinang dibelah dua,jom dengar!

Raya 2012

keluarga kami yang besau
raya paling suram seumur hidup,tanpa abah yang tercinta,tapi bape hari sebelum abah meninggal abah dah cakap dengan aku,kalau abah pergi jangan ada sorang pun nangis,ini pulak raya lagi abah tak suka kalau kitorg dok sebikk je ,so kitorg semua senyum dengan sangat lebau kecuali cik puan paridah hihihiihi love u mummy!

raya memang aku tak pergi kubur abah,sebab abah memang tak suka amalan melawat kubur di hari raya,so sepanjang syawal ni memang aku tahan rindu nak ke kubur abah..tapi tak rasa apa sangat pun,sebab kalau bukan bulan syawal,kalau berkesempatan,2hari sekali aku akan melawat kubur abah dan jiran jiran beliau...

gigi tak rata pun dok nak tayang gak

my lil amani yang dah masam baru dapat snap gambar
sebab dia sibuk raya dengan daddy dia,tq daddy
coz sudi beraya dengan zara amani kat melaka

privasi

ok saya tak faham kepada orang yang suka sangat kondem,kondem,kondem tak habis habis,ibarat awak masuk rumah orang dan kondem perabot,segala isi rumah tu,,ok,kalau kondem untuk kebaikan apa salahnya,ini kondem benda yang mengundang kemarahan yang amat,

macamtu juga bila awak masuk dalam ruangan blog orang,ibarat awak masuk dalam rumah mereka,itu adalah hak mereka,privasi mereka,selagi mereka tidak melanggar etika,melanggar agama,melanggar adab,kenapa kita nak kondem benda yang tak masuk akal?

ok saya cakap berdasarkan pengalaman,baca,dan inbox saya di mukabuku,blablablabla...antaranya "long,,mmg la kat luar kau kasar,tapi kat blog biarla sopan sikit" ok,,saya dengar...saya kene hipokrit,saya tak boleh jadi diri saya,

terfikir juga,kasar sangat ke saya?saya tak mencarut kot! erk?maybe sepatah dua,saya tak menjaja cerita orang dengan nyata,saya tak terpekik pekik,,ada dengar suara saya?ada?ada?ada?ada? tak de kan?

jadi apa masalah utamanya?saya jadi hipokrit untuk puaskan hati orang..atau saya menjadi diri sendiri,syok sendiri update blog selang sejam, ngeeee saya suka syok sendiri..

makcik makcik,pakcik pakcik,cik puan segala bagai,tujuan saya buat blog ni bukan untuk bacaan umum,,yang saya paksa awak semua baca,saya tulis hanya untuk kepuasan diri sahaja, ~berangan nak jadi penulis novel le konon,,tapi sebab kasau..kang orang carut je baca novel cintan aku kang~ jadi,saya tak paksa awak baca,jika tak suka tak payah baca,awak tak pening,saya pun tak meluat kan :)

ya saya tahu,saya seorang yang annoying dan tak disukai,so biasalah tak disukai hihihi,ok saya minta maaf zahir batin atas segala ketidakwarasan,ketidakmatangan saya semasa proses pembesaran saya dulu,setiap manusia akan berubah,dan saya dalam fasa tersebut :)

kbai,xsabau nak ngundi heeee 

surat cinta untuk kekasih

cik puan paridah,

Assalamualaikum,,semoga cik puan paridah sihat sihat sahaja disamping anak anak cik puan paridah yang ramai seramai 8orang tu,semoga mereka membahagiakan cik puan paridah selalu dan selama lamanya,

cik puan paridah,walaupun apapun berlaku saya akan berada disisi cik puan paridah tak kira apapun berlaku,kerana saya sangat sayang cik puan paridah dari cik puan paridah tak lahir lagi!

saya tak berani berjanji,tapi saya memohon dan berharap agar kasih sayang saya kepada cik puan paridah adalah untuk selama lamanya hingga ke alam selepas kematian..

saya tak kisah pun jika surat ni cik puan paridah tak baca,sebab kasih sayang saya bukan untuk ditunjuk tunjuk kepada cik puan paridah,,bukan untuk saya nak bodek bodek cik puan paridah,,, kasih sayang saya kepada cik puan paridah memang saya tak reti nak zahirkan secara zahiriah..cukuplah ALLAH tahu cinta saya ni sangat ikhlas dan tulus

saya meminta maaf dan ampun kepada cik puan paridah kerana kita selalu berbalah pendapat,xsebulu,dan selalu gaduh gitu gitu,bila gaduh saya majuk,lari,lepas 2hari,,, balik sebab rindu,hihihi..cinta saya kepada cik puan paridah tak dapat digambarkan,tak dapat dibayangkan kerana ianya melimpah ruah dan tak terhitung nilainya..

maafkan saya cik puan paridah,sebab saya selalu naik angin,kuat majuk,kuat menegur,gila,kepala angin halilintar,itu semua disengajakan untuk menunjukkan yang saya protes dengan cik puan paridah,saya minta maaf sangat!dan saya sangat cintakan cik puan paridah..

walaupun saya selalu dihalimunankan, saya tahu,itulah cara cik puan paridah sayang saya dengan cara yang unik,yeay!


                                                                                                                 saya yang sangat banyak dosa
                                                                                                                    dan sangat rindu abah
                                                                                                                             ~along!~

kurus ke kiyut ke?

ok ramai tegur yang aku dah slim dan tanya "wahh ko makan ubat apa?xmakan ubat?tipooooolah!"
slim?slim?waaa kembang semangkuk neh!slim hape muka bulat macam tembikai tu.... 

sebab musabab yang menyebabkan aku boleh menurunkan berat badan adalah kerana,,abah,yup abah!
2hari sebelum abah meninggal aku urut urut badan abah,, abah sangat kurus hokeyy..dan aku bergurau "eeee mana boleh abah dah kurus,seksi,mana leh jadi ni,along nak kurus gak"..

ok..abah just senyum dan cakap "takpe,nanti abah dah meninggal along mesti kurus,long,,kalau nak badan sihat kene la jaga pemakanan" ok aku menangis dan terus keluar bilik..

2hari lepas tu,abah pun pergi,jasad pergi untuk selamanya,tidak batinnya..hihi dan aku terfikir apa yang abah cakap tu,so aku terus tukar cara pemakanan,no hari hari aiskrim!no hari hari susu!no yogurt!no ais!no hari hari mcd!no air manis!

haa banyak kan pantang larang tu,aku amalkan sehari berliter2 air mineral,konon nak cuci perut,kurangkan makan benda merepek,bila dah minum air manis dan ais,aku akan bilas dengan air mineral banyak banyak!
aku tak de masalah bab makan,sebab seumur hidup aku tak pernah makan nasi,so aku just makan benda benda ringan,dalam kuantiti yang sikit...

haaa tu je caranya aku turunkan berat badan,kekadang bila aku dah terlebih makan,aku minum jamu asjab,sepeket rm4 je kat mydin,itu je,aku xde amik produk rutin untuk slim,memang xde hokey!

so?jom berubah,jangan cakapla berat badan xde masalah,bukan penghalang ke,,aku pernah jejak hingga 85kg dan mengalami kemurungan ok atas perkara tersebut!jujur ni!sekarang walaupun tak dapat lagi berat ideal,aku bersyukur,sebab dengar cakap abah,dan rasa lebih yakin diri dan senang beli baju hihihi

haa bulatkan muka kita,
ala tomey tomeyyyy


Wednesday, 12 September 2012

Tak pernah terfikir ke?

Ok setiap kali pergi mydin melaka,aku sgt suka pergi tempat makanan timbang timbang tu,ada ayam goreng,nugget,kentang goreng,,oh ya!kesukaan aku chic popcorn,filet ikan sangat sedapppppppp..

Ok cakap pasal makan memang la syok,tapi yang tak syok tu..setiap kali aku pi menapau perkara perkara kat sana,ada je yang dok kat tepi makan percuma,aku memang sangat tak berkenan dan malu..sebab majoriti adalah islam!

Ada satu ketika tu..mak,ayah,4orang anak makan semua jenis makanan kat situ..siap lagi si ayah cakap.."cepat cepat makan,ayah nak timbang ni,jimat" #*%-%*###/#/%"!!!!!!

Aku sangat sedih ok..rasa nak je tegur "abang,ada tulis ke makanan ni percuma?ada tulis ke boleh dirasa?" itu bukan dah tahap rasa,makan sampai kenyang!

Kalau dengan abah dulu..mau dah kene rotan dah tu..memula jeling,sampai rumah berbirat kaki la kene rotan,hihi ~miss u abah~ aku bersyukur..abah sangat tekankan anak dia,ciri makanan halal,haram,sedangkan nak beli makanan dari orang bukan islam pun aku takut sebab abah akan bebel..abah sangat jaga pemakanan anak anak beliau.

Korang tau tak?makanan haram bukan setakat babi je,bukan setakat binatang yang xdisembelih je,mencuri makanan apa hukum dia?apa jatuh hukum kat makanan tu..aduhhh takutnya!

Aku bukan pandai sangat bab2 ni..sorry tak banyak info,tapi tolongla!makan makanan yang belum dibayar,siap ajar keluarga makan sekali,dahtu bukan setakat rasa,makan sampai kenyang!fikir la makanan tu masuk dalam perut,jadi darah daging korang anak beranak..

Abah dulu pernah cakap,kalau kita pakai barang curi,malaikat akan ludah kat kita selama kita pakai barang tu,kalau barang makanan,kalau dah jadi darah daging?

Kbai,sekali lagi,aku tak pandai bab ni.kalau salah sila tegur :)

Tuesday, 11 September 2012

PEMBALUT LUKA

Setiap kali hati terluka kerana cinta..pasti kita perlukan pembalut luka yang baru kan..bukan mudah nak cari,nak dapat pembalut luka yang dapat balut hati kita dengan cantik dan kemas..
Kalau dapat pembalut luka yang lebih perfect dari pembalut yang lama ohh alangkah untung dan bahagianya hati,tapi kalau dapat pembalut luka yang reput?atau dapat yang teringin nak membalut,tapi tak reti,baru nak belajar membalut,aduhh lagi sakit hati,dah la hati terluka,hati itu pula nak kene jaga si pembalut hati\luka tu takut dijangkiti kuman atau virus.kalau tak jaga betul boleh bernanah pulak hati yang terluka tu!
Sebenarnya bukan yang terluka je kene memilih pembalut luka dia,si pembalut luka ni pun satu..fikir dulu,sebelum nak membalut tu dah ready ke nak main dengan emosi,cinta,kesedihan,pergaduhan,lumrah bercinta banyak pahit yang perlu diseimbang ngan manis..kalau harap nak yang manis je..ingat pasangan ko xsemak nak layan ko!semua benda kene pendam yela asyik nak tunjuk yang manis je!
Sibuk nak jadi pembalut luka konon,balut je kalau tak jaga,tak mau balut sampai baik,baik ko belajau macamana cara nak bercinta,kalau tak nanti makin parah luka orang tu kot nanti..
Tapi bila difikir balik..kalau dapat pembalut luka yang reput,,tapi dia balut luka kita seorang je..kita patut bersyukur.dari dia balut hati kita dengan baik dan kemas tapi ternyata!bukan hati kita je dia balut.,hati ramai wanita!hoi meluat haku laki macamtu hahaha
Ok baru baca fakta tadi..lelaki yang curang adalah lelaki yang miliki iq yang rendah.,hahahhaa kekasih anda curang?tinggalkan je..anda berhak dapat yang iq sama tinggi dengan anda..frust itu perlu,ambil masa,jangan lama dan move on!
Ok..aku mmg sangat suka menulis,menulis apa saja,logik atau xlogik,paling suka pasal cinta,hihi dengar cerita cinta org lain,dan tulis balik ikut versi matahati kita..
Selamat merapu bersama gua!
Kalau perasan dalam setiap post jap aku,jap saya,jap gua,emosi subur mmg, mcmni hihi

Frankfurt


Seminggu lepas raya aku ke frankfurt,germany..ni lawatan kedua ke germany. 2tahun lepas aku turun di hamburg naik klm airlines penerbangan dari amsterdem..hoho cakap pasal amsterdem?aku memang terkejut ok! ~buat buat terkejut padahal mmg nak p tengok pong!~ kat amsterdem ada 1lorong yang penuh dengan pelacur dan kita leh tgk live porno show dengan bayaran yang ditetapkan..hagagaga

Okey lepas 12jam perjalanan aku tiba la kat frankfurt,sorang,risau..nasib baik atas flight jumpa student malaysia belajau kat paris tapi naik penerbangan ke frankfurt sebab jimat dia kata!kitorg tukar no tepon sebab destinasi terakhir saya adalah paris kota cintaaaaa...kota cinta?cinta!? Puihhhhhh hokeyyy wekkk vomit2 dengar cinta ni..padahal sendiri tulis bodoh je dak zatul neh!emosi hormon terlebih

Sampai terminal 1,aku perlu cari terminal 2 untuk naik bas ke strassbourg,before that aku round dulu frankfurt cari makan,cuci mata hoho encem2 eeehhhhh korang!btw huuuuuu T_T dorg sangat sombong tengok aku pakai tudung,sorang lak tu..aku tya pape haremmm dorg nak jawab,pemeriksaan pun sangat ketat oleh polis,airport,disebabkan tak mau buka jaket..yela aku pakai singlet kat dalam..nak mampoih tunjuk ketiak kat orang?!dorg bawa aku masuk bilik,check habis celah sepender aku apa da..pengalaman oi! Pengalaman tu.

Jemu kat kota franfurt,aku mula cari terminal 2,luthansa terminal bus,letih..jauh,naik train,nak cari train 1hal,sesat pulak..tanya sorg tak mau jawab tengok aku mcm tengok hanjing depa..senyap n blah gitu je..sabauu.cari punya cari yeay!jumpa..jumpa bus,tapi rupanya kita kene beli tiket kat kaunter..kaunter bapokk jauh jenuh aku cari tak jumpa.

Alhamdulillah,,aku pi balik kat driver bas tu,.dia islam..dia bagi aku naik bas tu..mana tempat yang kosong,bayar kat driver 50 euro..so bermula perjalanan aku ke strassbourg,2jam 30minit..dok tepi pompuan tua france,,kemaen jauh dok mcm aku ni najis,takut sangat kalau rapat ngan aku..lantakla,kita sama2 kejadian Allah..ada aku kisah?

Oh ya..perjalanan aku kali ni backpack.dan beg tu sangat berat!!Tido..dan mimpi ngeri bermula....

Monday, 10 September 2012

Kita sama jerr

Ok baru baru ni aku diberi peluang oleh Allah bercuti nun jauh 12jam penerbangan..maka lepas huplod gambau ramai la yang menanya itu ini..aku xkisah pun lumrah kan
Tapi soalan paling aku jelik. "eh mana ko dapat duit p holiday?ko buat apa?ko keje apa?jeles sangat,mana boleh ko leh p holiday,aku xleh pi!!" ewah ingat aku ni jenis nak berlawan ke. kemon la..aku cari duit sendiri kot!bengkak mata buat kuih raya tak tido hoi!
Kita hidup kalau tengok orang yang lebih dari kita..memang kita tak pernah cukup..cer tengok orang yang kurang dari kita.
Oh memang nampak aku p holiday sana sini nampak mewah..eh aku pakai baju pun bundle je kot 3helai rm10.ko ada? Takde kan..aku xminat pinggan mangkuk yang mahal2 cukup kot pinggan free bila beli ubat gigi darlie tu.aku tak minat pakai cadar ratusan harga..cukup la yang harga rm30..kapas biasa tu lapik tidur aku..aku tak minat barang kemas tebal2 ni..show masa raya,masa kenduri kawen..bagi aku cukup aku beli emas yang seketoi timbang2 gitu.. ~yang benaunya tak mampu hakhakhak~
So nampak tak?maybe aku lebih dari segi lain.tapi sebenarnya korang lebih dalam banyak hal ok!
Handbag pun aku beli harga rm400..tu harga sebenar hokeyyy lepas diskaun rm100 je tinggal..korang maybe pakai handbag riban2..so.kita jangan tengok orang yang lebih dari kita..tapi tengok orang yang kurang dari kita dan bersyukur!
Maaf la jika ada yang terasa..saya tak tembak anda..ini umum just untuk pengalaman dan rasa hati saya itu je #peace!

TAK FAHAM

Hai,salam,huuuu berabuk blog ni sejak lappy meletop setelah berkhidmat lebih dari 2tahun ngan aku..beli tab konon mudah nak kehulu ke hilir ternyata semakkkkkkk sgt semak!susah nak buat apapun!
Post kali ni xtau nak hupdate apa..emosi pun sgt subur dengan syakwasangka,kemarahan,ketidakpuashati,letih sgt main dengan emosi tapi itulah perjalanan hidup kita sebelum ke alam selepas kematian.
Dah 8bulan abah pergi dan aku masih xjumpa teman pengganti abah..pemergian abah tak ada yang aku kesalkan..cuma rindu itu sangat mencengkam..Allah amik sesuatu daripada kita tapi Allah kurniakan sesuatu yang lain pula untuk menguji kita..dugaan,,yaaa dugaan memang tak akan hilang dari hidup kita kerana dengan dugaan kita belajar banyak benda,alhamdulillahh
Banyak benda berlaku,bertemu dengan seseorang yang sangat dicintai,terjatuh cinta,tapi sakit..sangat sakit perasaan tu,ok ok ok dah mula nak emosi ha ha ha wateva la zatul!kadang kadang tak faham orang bercinta untuk apa?bosan?merawat kebosanan?atau untuk suka?stok geli geli gitu?
Bagi aku bercinta itu bila kita sanggup bagi 100% komitmen kepada pasangan kita,bila kita sanggup kongsi anything tentang cinta,hati,kasih sayang,perasaan,suka,duka,masalah..kadang kadang bila kita terlalu fokus kepada pasangan kita,mereka mungkin akan rimas,tapi bagi kita yang sangat memberi komitmen..kita ambil kisah kerana kita sayang pasangan kita,kita fokus kerana kita sayang pasangan kita..kenapa nak rimas jika kita saling ikhlas cinta dan sayang..aku tak faham bab ni..sangat xfaham sampai aku pun tak faham apa yang aku tulis T_T
Lumrah bercinta wajib ada cemburu.tak normal ok percintaan yang tak ada cemburu ni..eh ko biau benau..awek ko kuar ngan jantan lain ko tak kisah?haih betul ke ko nak kat pasangan ko ni..haaa ni mesti stok geligeli je nehh..kalau sebagai kekasih kita tak leh cemburu,apa beza kita ngan orang lain ye dak?haih xfaham ngan dorg ni la.
Kadang kadang kita tak belajar dari pengalaman..sebelum ni dapat pasangan yang kaki segala kaki,kaki jantan maybe,kaki betina maybe,yang pakai buang maybe,dan bila kita tetiba dapat pasangan yang ikhlas mencintai kita..kita tak hargai..sebab kita tak belajar dari pengalaman..tak faham..ni pun aku tak faham juga,mungkin bila mereka dah kehilangan..baru mereka akan tersedar "oh em gi! Oh em gi!aku dah hilang orang yang sangat ikhlas mencintai aku!orang yang cinta aku kerana Allah taala" ecehhh ada lagi kee orang mcmtu?
Haih beruntungla anda jika dapat seseorang yang mencintai Allah lebih dari dia mencintai anda.bagi yang susahati tak bertemu jodoh tu jangan risau..ada sebab kenapa Allah aturkan macamtu..hehehe..aturan Allah itu cantik..jangan terlalu mengeluh..sesekali ucapkan alhamdulillah..
Ok..pompuan bukan masa pms je emosi,kalau anda sedar masa tengah subur pun hormon halilintar hihi xcaya cuba kira kiraan haid anda mulai sekarang!selamat mengira!assalamualaikum
aku sangat cintakan si pemberi buku ni ceh