zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Sunday, 20 May 2012

PUTAR

APA GUNA
BUMI BERPUTAR
JIKA
TIADA SYURGA DAN NERAKA

APA GUNA 
SUSAH DAN SENANG
JIKA KITA TAK MAHU
TIMBUL 
SETELAH TENGGELAM

APA GUNA PELANGI
JIKA KITA
TIDAK HARGAI
HUJAN DAN MATAHARI

APA GUNA DUGAAN
JIKA KAMU HANYA TAHU
MERUNGUT
MERUNGUT
DAN MERUNGUT! !

ALPA

KAMU PILIH CINTA 
TAPI MELUPAKAN
KASIH SAYANG
KAMU PILIH HARTA
TAPI MELUPAKAN
KEBAHAGIAN
KAMU MEMILIH KESIBUKAN
TAPI MELUPAKAN
MEREKA YANG 
SENTIASA BERSAMA KAMU
SEMASA SUSAH 
MAHUPUN SENANG

TAPI AKU.....
AKU.... YA ALLAH....
AKU MEMILIH SEMUANYA
TAPI
 AKU MELUPAKAN MU