zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Saturday, 25 February 2012

MERINGUE?apakah?

bahan asas meringue adalah PUTIH TELUR + GULA.

pantang larang dalam membuat meringue ni adalah AIR dan KUNING TELUR.so kita kene pastikan segala perkakas,telur,gula adalah 100% bebas air dan kuning telur :)

asingkan putih telur dan kuning telur.ingat!pastikan bebas air dan kuning telur
putar menggunakan mesin pemutar,sampai berbuih dan bubuh gula,teruskan putar sehingga bancuhan itu bertanduk atau apabila kita terbalikkan mangkuk itu,bancuhan telur dan gula itu tidak tumpah.MUDAHNYA :)
my 1st macaron yg jadi selepad berpuluh kali buat :)

antara resepi yang menggunakan meringue adalah macaron,caramel cake,paflova
my 1st caraeml cake :) for mummy

ps=biasa bancuhan kek yang menggunakan meringue ni kita tak boleh kacau dengan kuat sebaliknya menggunakan kaedah kaup balik

Monday, 20 February 2012

Wednesday, 15 February 2012

memang
kamu kata kamu tak akan berhenti 
mengejar
tetapi 
tahukah kamu
aku letih dikejar?
dia bicara 
hatiku milik dia
tetapi
hatiku berbicara
hatiku milikmu

Wednesday, 8 February 2012

HUTANG

assalamualaikum dan salam sejahtera

dikesempatan ini saya zatulbazamahyusof meminta maaf pada semua manusia yang pernah terasa hati dengan kata kata,perangai,buruk laku saya :) dipihak saya...insyaALLAH saya akan sentiasa memaafkan segala2nya :)

jika ada sesiapa yang saya pernah berhutang dan lupa nak bayar,ganti,sila inbox di fb saya.saya takut lupa..tapi lupa bukan bermakna tidak ingat yaaa.:) walaupun hutang tu berpuluh tahun lepas :) sila nyatakan

saya sentiasa halalkan semua hutang korang pada saya,jika orang itu terlupa...tapi bagi yang ingat itu faham2 la kan :) 

niat saya post entry ini bukan untuk menyindir atau apaapa pun,cuma untuk ingatan pada diri sendiri dan kita tidak tahu bila masa kita akan pergi :)

ya ALLAH,,aku xsabar menanti "masa" itu tiba,aku rindu ya ALLAH T_T
terima kasih abah,atas segala ilmu abah,
along hargainya,bertatu ilmu tu
kat dlm otak dan hati ni.
semoga ALLAH xbuang tatu tu :)
ni istana abah ni*gambar sebenar ni :)
terima kasih pada semua yang menolong
kami sekeluarga dalam memudahkan urusan
pemergian abah :)

THAILAND

3.2.2012 kami beradik,dengan cousin2,mami2 sedara pergi ke thailand untuk holiday trip.best tapi masa yang singkat yang mnyebabkan trip tu jadi menjengkelkan..tp kalau dah nama berjalan ngan beradik,jengkel tak jengkel sangat la kan...hehe
rasanya entry kali ni memang lari dari tajuk la,tajuk "thailand" tapi gambar semua pasal diri sendiri je mwhehehe #showoff


gua bukanlah peminat tomyam,tapi tomyam dia mmg superb!

nom3 aktiviti kami makannnnnn je!

ua 
beradik gua ni


ni pasar jual makanan,nyum2


ini sup bukan tomyam!



buahhati mama ni :)


kami naik tuk tuk

hatyai dari bilik hotel

dorang punya snek

fish cake!sedapppppp

isi ayam sedapppp
haaa dah cakap kan xde pasal thai pun banyak pasal kitorang je..lagipun kejar masa sebab masa singkat!harap dapat pergi thailand lagi tapi nak back pack style!aku sangat sukakan percutian yang simple,bukan percutian yang mewah,boring!
ni namanya SAWAN BOSAN aka SYOK SENDIRI HAKHAKHAK

Tuesday, 7 February 2012

BUNGA KENANGA



disaat ramai wanita sukakan bunga ros,mawar,tapi aku jatuh cinta dengan bunga kenanga ni,tak tau la kenapa tapi dari kecik suka bunga ni,bau dia xlah best mcm minyak wangi mahal2 tu,tapi bau bunga ni sungguh mengasyikkan bagi aku :)
dari kecil,sampai ke semalam!hehe aku suka pergi umah cousin aku petik bunga ni,letak dalam kereta,bilik tidur,ramas2 kat tangan :)
mama pernah juga bebel "ish macam orang dulu2 suka bunga macam ni" mama aku manusia paling comel ok bila membebel :)
mcm jin pulak aku tgk bila gmbar edit mcmni,takut!

bila diingat2 balik aku memang setia dengan bunga ni dari akil baligh sampai la ke tua ni,hehe.so sape2 nak bagi bunga tu,bak bunga ni,bunga lain reject!muahahaha <-jujur xpernah kot dapat bunga walaupun dah 11tahun brcinta ngan dak lan tu haaaaaaa.... *eh tipu pernah dapat sekali  dari sape tah,lelaki misteri yang malas aku nak kenal pasti mwhehehe
antara bunga yang aku suka juga melur,harum sundal malam,tapi bunga kenanga juga tempat yang teratas di hati ini :)

Thursday, 2 February 2012

HIDUP

hidup itu rumit
hidup itu susah
memang!
kalau tak susah,
kalau tak rumit
buat apa ALLAH sediakan
SYURGA dan NERAKA?


ANGIN

aku takut bunyi angin
kerana
bunyi angin menggetarkan jiwaku
kerana
setiap angin pasti membawa 'sesuatu'
dan aku takut 'sesuatu' itu 
adalah untukku


BENCI

Aku benci kamu yang
caring,loving
aku benci kamu yang
memahami,menjaga hati
aku benci kamu yang
sambil lewa,abaikan aku,
aku benci kamu yang
penting diri,

aku benci 
kerana aku tidak begitu

hate u love u,hate me love me

JATUH

Bila kita tak pernah jatuh terduduk
bila 
kita nak bangun?

Bila kita tak pernah jatuh terduduk
bila
kita nak tersedar?

syukur ya ALLAH 
engkau tunjukkan kasih sayangmu
dengan buat aku jatuh selalu :)


fakta:jatuh terduduk antara sebab 'slip disk'

Wednesday, 1 February 2012

ADALAH

cinta yang mudah datang
adalah 
cinta yang mudah pergi

sahabat yang mudah datang
adalah
sahabat yang akan setia :)
jimi,jj,ogy omey angat!


kita tidak 
bertepuk sebelah tangan
jika kita jatuh CINTA
kepada ALLAH taala :)


bila kita jatuh cinta,kita akan buat apa yang disuruh :)

JATUH CINTA



jatuh cinta 
tak semestinya memiliki
itu lumrah
jatuh cinta tak semestinya
bercinta
itu manis
jatuh cinta tak semestinya
bahagia
itu pedih

erti cinta bagi aku
cukuplah aku melihat 
kamu dari jauh
cukuplah aku tahu
kamu bahagia
cukuplah aku tahu
kamu gembira
cukuplah aku tahu 
dia mencintai aku
*mimpi je haha

merasai kedatangan dia
tahu dia melihat aku
sudah cukup
membahagiakan aku
biarlah kita dengan cara kita
mereka dengan cara mereka
ya aku tahu
jatuh cinta tak semestinya
bercinta
tapi aku bahagia begini :)



*dah cakap aku ni kuat merapu,merepek ;)

AKU



kadang kadang aku merepek
kadang kadang aku merapu
kadang kadang aku islamik
kadang kadang aku sosial
kadang kadang aku jiwang
kadang kadang aku mencarut
kadang kadang aku sombong
kadang kadang aku "melatah"
kadang kadang aku kelakar
kadang kadang aku bodoh
kadang kadang aku menggila
kadang kadang aku ini merimaskan
dan
selalunya aku kasar

tapi inilah aku
dan aku terima apa adanya orang disekeliling
aku dengan indah :)
terima kasih kepada semua yang
membuatkan hidup aku indah :)

itu dia,bila si debab bumbum posing mwhehe


RUKUK

tahukah kamu apa makna
bacaan semasa kamu rukuk?

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih
"Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya."



RUMAH IMPIAN aku@zatulbazamah

rumah atas bukit,impian besar aku tuh sejak aku belum kenal erti CINTA!cukuplah sekadar rumah kecil,cukup untuk aku teruskan hidup kerana ALLAH taala,dapat beranak pinak dengan selesa <--hajat dihati nak anak 10 org tu!hehe leh mama wat team futsal!memang impian la kan abdikan diri untuk family :)

kenapa atas bukit?supaya aku dapat merasa kabus,supaya aku dapat jauh dari segala gangguan mata,jiwa, supaya setiap pagi aku buka tingkap,aku dapat melihat permandangan alam dibawah sana :) damainyaa :)
ada kolam ikan kat tepi rumah,,perghh memang impian la kan rumah atas bukit,kolam ikan,ada bunyi air terjun buatan,tenang dan damai pastu kat bawah rumah tu ada lereng bukit,padang  yang luas,anak2 berlari2 berkelah, berkhemah, indahnya!


nak sambung mimpi boleh tak?hehe lepastu di sebalik padang tu ada ladang,ladang kucing,kuda,kambing,apa benda boleh bela,aku nak bela semua la,petang-petang naik kuda dengan anak-anak,semua jadi cowgirl,haha comelnya anak2 mama dengan but,topi,berkuda.
tak per mimpi dulu,kalu tak bermimpi bila kita nak usaha

binatang yang paling aku sayang ni

tengok gambar pun dah rasa damai
tapi mimpi kita tak samakan,ada lagi ke orang zaman sekarang yang mimpikan rumah macamni?hehehe kalau ada minang aku sekarang,mas kahwin seperti yang tertera kat atas!haha just kidding but i'm serious! ;)

PILIHAN


jika kita jatuh cinta
dengan dua orang 
pada masa yang sama
pilihlah cinta yang kedua
kerana
jika kita betul-betul
cintakan yang pertama
kita tak akan jatuh cinta
pada 
yang kedua

KITA TAK SAMA

kamu kata
kita tak sama
aku lihat dari pandangan kiri
kamu lihat dari pandangan depan
aku melihat benda yang tak terlihat
aku bercakap dalam membisu
aku mendengar suara yang tiada
aku bercakap benda yang tak logik
aku cerewet,perasan
 nak jadi puteri raja
kamu cakap aku gila
aku tak normal

aku tak normal?
siapakah aku untuk
menidakkan mahupun mngiakan
cuma aku tak peduli
apa pandangan kamu kepada aku
kerana
aku lebih teguh dari kata katamu


FOR U

aku petik bunga ini
untuk kamu
suka?

HATI


kamu
terima kasih kerana sudi
mengutip hatiku yang hancur
menjahit dan menampal
kembali
walaupun jahitan itu
tidak sempurna
cukup untuk
membuatku 
kembali bernyawa


DOAKU



sahabat...
melupakan cinta yang tidak berbaloi itu
mudah
sangat mudah
kamu hanya putus cinta 
dengan manusia
bukan putus cinta dengan ALLAH
sedarlah

sahabat..
aku doakan
semoga kamu kuat
dalam dugaan itu
kerana
dia tidak berbaloi untukmu


kelak
kamu akan jumpa
seseorang yang berbaloi
untukmu dunia akhirat
hanya itu doaku

hahaha comel!

ADIL

tidak dibicara
tidak disiasat
tidak diadili
terus jatuh hukum
manusia memang begitu


mari2 timbang telur masing2 sudah cukupke bekalan tu?