zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Tuesday, 31 January 2012

AKU CUMA MAHU TAHU

kamu beriku benih
katamu
simpan atau tanam 
kamu gembira
bila aku pilih tanam
benih itu bercambah
aku siram benih itu,
aku baja benih itu
alhamdulillah
berputik dan menjadi buah
kamu kejam
kamu datang meracun
setelah buah itu masak
aku diam,aku redha
kerana perjalananku kerana ALLAH taala
cuma aku mahu tahu
apa salahku?
atau kamu sebenarnya yang bersalah
aku tak kisah
cuma aku mahu tahu...

HILANG

aku takut jika 
aku tutup mataku
walaupun untuk sesaat
engkau hilang
ketika aku buka mataku



MASA



berlari dariku
aku benci
aku penat
aku penat mengejarmu
tapi kamu tak pernah pedulikanku
tapi aku tak boleh
berhenti mengejar
kerana 
masa itu masa depanku :)




ADA

kamu ada disitu
melihat tulisanku
melihat lagakku
diam

kamu ada disitu
merenungku
tanpa membuat apapa
hanya melihat ku
pergi

kamu ada disitu
mahu memberitahuku sesuatu
tapi kamu pergi lagi
kosong

tapi 

aku dapat rasakan
kamu sedang bersedih
rautmu aneh
wajahmu sayu

hatimu pilu?
kamu baikkah?
aku ingin bertanya

tapi

aku hanya mampu melihat
kerana
aku sudah cukup terluka



Monday, 30 January 2012

BENCINTA



aku cinta padamu....

aku jua,tapi.....

tapi kenapa???

jika benar kau cintai aku..
aku mahu minta 
sesuatu darimu....

apa saja untukmu sayang...


hurmmmmm.......
bolehkah kamu...

cintaiku dengan "kebencian"?
jika cintaku padamu.........

melebihi cintaku
pada sang pencipta?

=')

JIKA

jika kita bersama 
itu satu anugerah
jika kita tidak bersama
itu satu sumpahan
sumpahan dunia kerana tidak saling berjumpa
tapi saling "melihat"
apapun "JIKA" itu
ia sudah diriwayatkan :)

TEMAN

kamu merungut
"ku tiada teman"
"aku bosan"

kamu merungut
ALLAH tak adil!
aku tiada berteman!

tahukah kamu
teman2mu
sedang menulis
setiap butir kata mu?

kanan menulis yang indah
kiri menulis yang jelik
bukankah itu teman?

pernahkah kamu
hargai teman2 kamu
walaupun cuma sekadar
senyum?

pernahkah kamu senyum
kepada teman kamu
sewajibnya
5kali sehari?

cukuplah 
jaga hati temanmu
yang tak pernah letih berbisik
melihat,menulis,mengekorimu
hargailah dengan senyum kepada mereka
setiap kali tahiyat akhirmu 





CAHAYA

mu beriku nian
tapi kuhembus sampai padam
pedih...
bukan ku sengaja
tapi ku tidak layak
memegang nian itu

mu bagi ku lampu suluh
maaf
cahaya itu terlalu terang
menyuluh tepat ke hatiku
memaksa
sampai ku silau
dan tidak nampak dirimu

mu bagiku kelip kelip
suram
tapi ku bahagia
mu tidak memaksa
ku senang

mu beriku bara
panas
disaat ku bahagia
mu pergi
membawa nian,kelip kelip
rindu

tapi 
mu pergi
meninggalkanku lampu suluh
terima kasih
ku berpijak dibumi yang nyata
ku bersyukur 
ku bahagia :)


HARI LAHIR

ku tahu ku tak layak
meminta2 denganMU
ku malu
kerana selalu menagih dariMU
mengemis dariMU
tetapi
di hari lahirku
ku merayu
ku memohon
semoga MU berkati UMURKU
sebelum dan seterusnya
sebelum dan "selepas"
hanya itu ku minta
untuk HARI LAHIR ku



moga Allah berkati umurku sebelum dan seterusnya..

Sunday, 29 January 2012

PERGI



jika aku menjadi fitnah
buat dirimu
jika ku menjadi dugaan 
dalam hidupmu
jika ku memnyebabkan 
mu lalai
izinkanku pergi dari hidupmu
kerana ALLAH taala
kerna ku tak mahu
menjadi insan yang bergelar
"makhluk perosak"


PENANTIAN


ku menanti mu dengan penuh harapan
mu yang boleh kukongsi
tentang hidupku
mu yang boleh kukongsi pahit manisku
mu yang akan berkongsi denganku 
tentang kehidupanmu...
mu yang akan berkongsi denganku
tentang kekecewaan mu


ku menantimu dengan penuh harapan
mu yang sentiasa hadir 
dalam mimpi2 pahitku
hadir dalam mimpi2 suramku
tapi ku tetap menantimu 
disetiap mimpi2ku :)


ku menantimu dengan penuh harapan
mu yang x berlakon,mu yang tidak sempurna
ku bukan mencari kesempurnaan
cukuplah seseorang
yang sanggup menanti,menunggu ku
seperti ku menanti dirinya
dalam susah ataupun senang
1000 tahun pun akan ku nantikan mu 
ya ku akan terus menanti dan menanti
sampai penantian itu akan berakhir
insyaallah :)













BAHAGIA TU SEJIWA?

kita bahagia
mu suka tido,kusuka kereta
mu suka skuter,ku suka scrambler
kita bahagia
mu benci jalan,ku suka bersiar
mu benci binatang,ku pencinta haiwan
kita bahagia
ku suka bulan bintang,mu suka matahari
kusuka tanah,mu suka besi
kita bahagia
mu suka mamak,ku suka mcdonald
mu suka belacan,ku suka kek
kita bahagia
mu benci buku,ku giler membaca
mu baca buku pilitik,ku baca majalah kereta!
mu sgt pendiam,ku demam bila tak bercakap!
kita bahagia
mu dengan dirimu,aku dengan diriku
tapi kita saling melengkapi

SENYUMAN ITU :)


kuminta
pulangkan senyuman itu
supaya ku dapat kongsi 
senyumanku denganmu
walaupun pahit 
senyumanmu untukku
akan ku balas 
dengan senyuman 
yang paling indah :)

RINDU

jika mu rindu padaku
carilah bintang 3saudara
pandanglah ke langit dan senyum 
kepada bintang itu
kerana ku juga memandang 
bintang yang sama 
sambil tersenyum :)

3bintang itu sentiasa bersama
xpenah lari walau seinci
begitu juga rinduku padamu :)

PELUANG

DIA beri peluang untuk kulunas hutang
tapi ku abaikan
DIA bagi peluang untukku 
memenuhkan makanan rohaniku
tapi ku alpa

DIA bagi peluang untukku mencintaiNYA
tapi ku lupakan mu
DIA bagi peluang untukku bahagia
tapi ku tamak

DIA bagi peluang untukku bernafas
tapi ku tidak malu
tidak pernah bersyukur

YA ALLAH berapa banyak
peluang yang sudah ENGKAU lambakkan
tapi tak pernah ku hargai peluang itu
sebelum kubur mencari,
sebelum malaikat memanggil
wajarlah ku hargai peluang itu ='(


CUMA ITU KU MAHU


ku hanya mahu mu senyum untukku
kerana senyuman itu membahagiakn
ku hanya mahu mu bertanya
"adakah kau cinta padaku?"

ku hanya mahu mu ada 
untuk mgenggam erat jemariku
supaya ku merasa tenang,
ku hanya mahu mu memelukku
supaya ku rasa selamat dalam pelukanmu

ku cuma mahu mu menjadi cintaku,sahabatku,musuhku
supaya aku sentiasa ingat akan diriku

ku cuma mahu mu menjadi imam dalam hidupku
bawa ku pergi jauh dari dunia ini
bawaku pergi mengejar cinta ILLAHI :'(
ku cuma mahu mu jadi imam kepada anak2 kita
supaya ku boleh pergi dengan tenang
cuma itu yang ku mahu


Saturday, 21 January 2012

POP CAKES

salam n hye2 harap sume sihat didalam rahmat ALLAH.smoga dimurahkan rezeki dan happy selalu :) maaf if post kali ni agak ngok2 sbb mood sgt xbaik dsebabkan seseorg yg heboh nak tegakkan benang yg basah.xsuka! *xsuka3 smbil tumbuk dada haha gedik jeww
hari ni nak cerita pasal pop cakes!aku suka sgt pop cakes ni,,bila gigit tu liat2,lemak2 mmg super yummy *mouth watering hehe..benda ni rumit sikit nak buat hehe bahan2 leh goggle ye..

bahan asas adalah kek coklat digaul ngan cheese yang dah diputar ngan gula..kalu korg nak senang,beli jer cupcake choc yg dah siap kan,,tggal nak putar cheese jer,, senang n sedapp
ini antara contoh customer pernah order kat aku.ada yg tempah untuk makan, hadiah anniversary, untuk pengganti kek birthday pun ada juga..penah juga org order untuk open house.
ini rupa pop cakes sebelum dicelup ngan choc ganache,,ada org celup pakai coklat masakan biasa je,,tp aku celup pakai choc ganache lagi sedap wooooo walau modal tggi sikit hehehehe yang penting mkn biar puas!dah le mahal hehehe 

sape yang teringin tu leh buat senang je,,yg penting jgn derhaka resepi cikgu,,hehe sape malas buat order jer ngan aku okey,,dbuat dengan kasih sayang n bersih lagi suci ni *tengok aku yg cerewet ni pun dah tau laaa

*lamaxmaintepungrindusgt salam, :)

Sunday, 15 January 2012

BROGA HILL PART 1

Salam n hai2 :) broga hill ni terletak disemenyih n selebihnya korg leh goggle sendiri ye heheheh..
memulakan perjalanan seawal 4pagi dan memulakan pendakian  
pukul 6pagi adalah 
perkara yg sgt aku inginkan sbb tujuan utama aku adalah nak tgk sunrise.ini adalah geng 1st yang pergi :)

kejadian ni masa dah smpi atas dan tgh tggu sunrise :) tapikan kitorg xpat nak tgk sunrise sbb cuaca yang mendung n gerimis sobs!kecewa sgt!
ini pemandangan dari puncak kedua..aku smpi puncak kedua jer sbb dah pancit n letihh wooo..

mama mmg salute melangitla kat zara amani sbb xmerungut langsung,cuma daki,daki,dan daki *mama yg paling byk bunyi pun

ini pemandangan dari atas,,nampakkan kat bawah tu ladang kelapa sawit,kilang,,,aku mmg suka aktiviti mcmni,,tenang jerr dri merayap kat shopping mall :)

love both of u :)


ni masa nak turun,,rupanya nak turun lagi menyeramkan sbb masa mendaki malam,so xnmpk pape kan,,bila turun dah siang,cerah,makk aiihhh gayat nyeee..walaupun xpat tgk sunrise,tp kami sume happy n rasa berbaloi atas pengalaman tu,,lagi pulak group yg pergi ni semua sporting n best!..hehehe
super duper amani!xnangis langsung!bila dah turun smpai kereta terus minta susu :)

cakap pasal sunrise,nak ucap terima kasih sgt kat somebody sbb sudi buang masa bawa aku p tgk sunrise walaupun tetap xde rezeki nak tgk :( sbb salah pilih tempat..itu akan jadi kenangan terindah kita :)

*sentiasamnghargaiorgygbaiknganaku salam,

Saturday, 14 January 2012

MOROCCO,MAGHRIBI,MAROC

salam n hai2,atas ni gambar aku p holiday kat morocco <-haha intro mcm kerekkk jerr hahaha sbnarnya xde idea nak mula camna,,so direct to point jer laaaa..aku p maroc dlm 2minggu..byk memory manis n pahit!hehehe masa tu baru la ingat "ujan batu negara sndri,ujan mas negara org"
sebab utama aku lorat sgt nak habiskan duit ke maroc ni sbb "morocco adalah makanan tsedap didunia" so aku nekad nak p maroc walaupun masa tu hati nak p paris sbnrnya sobs!lgpun lan heboh sgt nak maroc,so setelah brgaduh,brtumbuk, keputusannya p ke maroc.
memulakan prjalanan dgn xbawa lgsung bekalan makanan adalah perkara yg sagt puuuiiii.konon mknan trsedapkan,,mmg serik la,,pengajran lepas ni,,p mana2 pun negara bw bekalan makanan yg secukupnya,,,kat maroc ni kat mana2 pun kambing,lembu..smpi kat MCD pun xde jual ayam tau.

ni antara makanan dorg,,semua roti mmg kene la ngan aku kan :) dilahirkan sebagai manusia xpenah makan nasi,,,aku mmg ok sgt ngan sume ni nyum2 
haa ni makanan utama dorg kat mana2 pun ada,,yg tu buah kaktus,,mmg sedap n rasanya 100% lg sedap dr dragon fruit kot :) yg roti tu kan,,dorg mkn  kuar jer sbb bg dorg bahgian dlm tu xmasak,,roti potong mcm gardenia tu kan,,hya org kaya jer yg mkn tau!


ha ni keadaan kat sana,,ada 1daerah tu kan,,sume umah kene warna merah bata kalau xkene saman!sikit pngenalan psl maroc ni,mereka guna matawang dirham..sumber ekonomi apa xtau la,,hehehe dok depan lautan atlantik tapi mcm xguna lautan tu sbgai sumber ekonomi..pengemis mmg brsepah2 la kan..I6jam prjalanan cukup buat hormon aku tunggang trbalik,,hehe.
ini ler lautan atlantik tu..hehehe ombak kuat.kat tepi2 pantai tu kan biasa ada org mncandat sotong,sotong tu mcm kurita tau,,tp masa hari aku p ni,xpat tgk sbb air dah naik :) *student msia ckp sotong tu sedap!
 
hukk alohhh tgk amani tu habiss COPYPASTE muka dak lan kann hehehe

aksi amani jap muka senget,jap masam,jap happy,apapun baby mama mmg superb laa tahan letih,xnangis cuma kuat muntahhh jer
ini buah zaitunn mmg ada je pokok ni kat tepi jalan n byk dijadikan jeruk sebagai snek dorg :)

lorat je kan 2beranak ni hehehe,,ni kat masjid ke 5 terbesar dunia iaitu masjid Hasan II..Masjid ni berada di casablanca dan dibuat oleh arkitek dr perancis dengan memiliki menara masjid tertinggi didunia dgn ketinggian lebih dr 200meter dan mengadap lautan atlantik <--nampak benor ayat copy kehkehkeh
ni aktiviti penduduk kat sana,lepak,borak,setiap petang dorg akan berjalan2+bersiar kat tepi jalan raya,,maybe sbb xde hiburan lain kot :)
ni kilang proses kulit kambing untuk dbuat baju,beg,tali pinggang dan lain2.
mereka masih menggunakan pengangkutan tradisional :)
terima kasih yg xtrhingga kepada student malaysia yg byk stabilkan emosi kami yg down sgt terukk kehkeh..bg makan,kasih sayang,tempt tggl,(terkandas beberapa hari sbb sistem mereka yg sgy superb ok!) *student pompuan jugak,,tp gmbar xde,, (dela,munirah,hehe yg lain lupa sorry...)
1perkara terbaik yg aku belajar dri moroccon ni kan dorg sentiasa bg salam sesama mereka n sentiasa mendoakan kebaikan org dikeliling mereka,,baguslaaaaa jom praktik!

terima kasih kat dak lan sbb sudi mngabihkan duit kat aku yg mata duitan ni,bawa p melancong,shopping2,,walaupun terlalu byk dugaan yg menimpa kita,tp kita juga ada terlalu byk kenangan yg sgt manis n indah :) terima kasih juga sbb buat aku sentiasa dhargai n xpenah letih mencintai aku :) walau atas apa dugaan yg menimpa kita :)

*cukuplaakumerabanuntukpostni salam,haha

Tuesday, 10 January 2012

LAGU PALING ROMANTIK

Salam n hai2 :) ini adalah lagu paling romantik pernah aku dapat dri somebody selain dari 1 lagu yang dak lan bagi kat aku bape tahun lepas  tah kehkehkeh :p..aku ni walaupun kasar+brutal.tp hati penuh munge2 warna pink <--kata sorg kawan la..


actually lagu ni masa nera nyanyi mmg aku dah suka sgt,,n bila org tu bg..mmg aku terdiam n entah la :) *aku amik serious lagu ni ok! ;)  
AKU SUKA SGT LAGU KAT BAWAH NI..AKU TUJUKAN KAT 2LOVE DALAM HIDUP AKU :) <--ha jgn dok kalut fikir bukan2 heeee :)
kat bawah ini sbenarnya lagu paling sentap penah aku dapat org bg aku,,hahahaha bluwekkkkk sentap mak nakkkk :p



lan ohh lan u ingat lagi x1st lagu u bagi kat i?hehe soalan cepumas ni hehehehe..tq sbb xpenah letih mencintai aku,,dgn perangai aku yg cam hangtu ni hehehe *sebak lorrr :'(

*zul khairi!u tauuu u diam2 heeee hahahaha

*ENJOYTHISSONGhehehe *SALAM


Monday, 9 January 2012

KELAT MANIS BERKAWAN,INDAHNYA BERSAHABAT


salam n hai2..smoga idup anda dilimpahi rahmat,begitu juga dgn ibubapa anda :) skrg giler nak update blog,,xpadan ngan ayat lintang pukang n berterabur,,lantak laaa yg penting ikhlas dari hati kan :)
harini nak citer psl sahabat n kawan,,persepsi dri pandangan mata aku yg lebam sbb xcukup tido ni :p
aku bersyukur sangat dikurniakan kawan2 yang sudi bergelak ketawa ngan aku,yang sudi melayan gila aku,yang sudi bergurau senda dgn aku.
aku brsyukur juga sbb dikurniakan SAHABAT yg snggup susah senang sama ngan aku,yg akan sentiasa ada dsisi xkira aku tgh sedih,susah,geram..dihargai itu sgt indah,,sahabat,aku sgt hargai masa yang korg luangkan,,sentiasa akan cari aku xkira on fb,hpn,akan msg "r u ok?sihat x?dah mkan?"cukup setakat hai,oit,oi pun dah membuatkan aku rasa dihargai sgt!bagi aku kan,,sahabat tu org yg akan tegur kita bila kita buat salah,yang akan marah kita bila kita lupa diri,yang akan tolong kita bila kita susah,yang akan mengisi kekosongan dlm idup kita dan aku xkisah langsung if sahabat tegur aku sbb aku tau dorg xkan tegur,marah suka2 if kita xbuat salah kan?ingat tu!!belajar terima kesalahan sndiri,bukan hnya nmpak kesalahan org je :)

kadang aku trfikir ikhlas  ke snyuman kawan2 atau sahabat aku tu..adakah senyuman tu seikhlas di hati dia?apapun yg aku tau,,senyuman aku sentiasa ikhlas untuk org2 yang aku sayang n kasihi..hidup bersahabat ni byk dugaan,,terasa hati,merajuk,trlepas kata,,jika brgaduh,,buang ego just say sorry dgn seikhlas hati ngan sahabat anda..mudah aje kan?sahabat itu mmg akan saling memaafkan lar :) jika anda rasa anda brkawan ngan seseorg tu sbb harta,duit,paras rupa,lupakan lah,,sbb anda akan ditinggalkan nnt :)
cakap pasal kawan,biasanya aku xde masalah dlm berkawan,,sbb kwn cari kita masa senang,untuk brgelak ketawa,minum,lepak2,persepsi aku tntang kwan ni->alang2 gelak,gelak betul2,kalu gaduh,gaduh betul..aku pernah hilang sorg sahabat,sahabt yg kemudian mnjadi kwan,kwn yang kemudian mnjadi musuh,,kami trlalu akrab smpikan dah 5tahun prpisahan itu brlalu,kesedihan tu masih terasa hingga kini,kerana dulu kami sntiasa brkongsi apa saja,sgt rapat smpi sesuatu brlaku..walaupun prpisahan itu mngurang beban 100% dlm diri aku,tp segala kenangan manis tu sntiasa trpahat dihati *sebakkk

teman2, aku berharap kita dapat berkawan,bersahabat sehingga ke akhir hayat,,kerana kasih sayang itu sgt bermakna,kasih sayang itu anugerah yg sgt ternilai dr ALLAH byangkan jika hidup sesorg yg hidup tanpa kasih sayang,ofcoz akan sunyi,keras hatinya,keras kepala dan kasih sayg bukan hanya sesama manusia aje,igt tu! :)
dalam peluang yang ada ni,aku mohon pada kawan2 dan sahabat,maafkan segala kekasaran,kekurangan aku,kedegilan aku,cakap bukan2 bila marah,mencarut,,terlebih2 dalam bergurau,hehehe..aku sentiasa memaafkan segala salah org kat aku,,setiap kali sebelum aku tido!ok :)
terima kasih ya ALLAH atas segala kasih sayang ni...ini pemberianmu yg sgt superb!  iklan2 --> love u ogy!jimi,!hehe




*xsabartgguPINKY2partynextweek hehehe salam,