zara amani,awak tetap cintahati kami

zara amani,awak tetap cintahati kami
medan untuk awak kenal mama dan abah jika awak membesar dengan fitnah ke atas mama dan abah

Monday, 14 December 2015

Waras

Kau tak waras dah
Macamna aku fight pun
Aku kalah atau menang
Kau tetap cari pasal

Kerana
Kau dah tak waras

Kesian
Semoga yang baik baik sahaja

Cuti sekolah zara amani

Sekarang cuti sekolah
Entah apa awak buat ya
Entah siapa yang jaga awak
Mama kerap mimpikan awak
Cik ana mimpikan awak
Awak dalam ketakutan yang amat
Apa yang berlaku kat awak dalam 2tahun ni
Awak ada ke dalam rumah tu?
Awak dengar tak kami datang panggil awak?

Demi Allah
Mama terlalu rindukan mu anak

Demi Allah
Ingatan mama tak pernah pudar

Demi Allah 
Kami sentiasa mencari mu sayang

Percayalah pada aturan Allah
Allah pasti pertemukan jodoh kita
Tak di dunia pasti di akhirat

Mama rindu awak puteri ketenangan mama


Thursday, 26 November 2015

Zara amani 1

video

Masani mama sarat sangat dah ngandungkan amir yusuf tapi mama,abah,emak gigih cari awak dekat damansara,subang,mama round habis sekolah sekolah kat sana tapi tak ada jodoh kita.. Sampai harini
Mama mesej mama kene maki
Mama call kene hina
Mama pilih untuk bersabar
Janji Allah orang sabar dapat lebih

Sunday, 15 November 2015

Wiwi dah tak ada

Zara amani sayang

Awak ingat tak...lepas tok bah tak ada..ada kucing baby kecik lagi datang rumah tokbah.uncle ib bagi nama wiwi.awak sayang wiwi jaga wiwi sampai wiwi sama besar dengan awak

Awak ingat tak awak akan marah sesiapa yang buat wiwi,wiwi tengok tv dengan awak.tido dengan awak.kalau mama belikan awak makanan,awak kongsi dengan wiwi

Tergamak ya orang pisahkan awak dengan kehidupan sebenar awak.pisahkan awak dengan kesayangan kesayangan awak 😢😢😢

Lepas awak diambil,wiwi hari hari tido dalam bilik awak.mengiau ngiau tak henti.lama lama bila tuan dia dah tak ada....wiwi jadi garang..tak mau kat orang


Harini wiwi dah tak ada sayang....minggu lepas mama jumpa wiwi mama kasi wiwi makan ayam rebus.wiwi makan banyak.

Mama dah biasa dengan kehilangan.perkara tu buat mama lebih kuat dan jadi lebih baik.mama harap awak juga begitu.zara amani sayang....Mama sangat rindukan mu sayang


Monday, 9 November 2015

Zara amani 7tahun

Ha ni mama update gambar baru...selamat hari lahir sayangku..yang ke 7 tahun...mama rasa baru je semalam mama bersalinkan awak 😭😭😭


mama buat muffin sebab adik suka makan muffin.awak dulu suka karamel choc cake mama...tak tahu la sekarang apa kesukaan awak

Adik awak buat peace sama mcm awak kecik dulu nnt mama up gambar awak
Zara amani,awak ingat tak dulu kita sambut harijadi awak setahun banyak kali..sebab awak nak hadiah kejutan harijadi.mama rindu sayang....rindu sangat kat awak

Semoga awak baik baik sahaja.percayalah kami tak pernah lupakan mu sayang.rindu tak pernah kurang malah bertambah tambah

Semoga segala perkara terbaik dunia akhirat adalah milik awak

Sunday, 8 November 2015

Zara amani 6 tahun

Ni gambar tahun lepas.masa ni adik umur baru 6bulan macamtu..mama baru upload sebab mama terlalu rindu dan sedih sampai tak ada mood langsung nak update blog

Mama rindu awak sangat sangat zara amani

Masa ni adik kecik lagi...merangkak pun tak pandai lagi..sayanggggg sangat mama kat kakak.

Tuesday, 3 November 2015

Stalk,stalker,stalking

Kesian orang yang gigih skodeng blog orang untuk lukakan hati sendiri

Kesian sangat kesian

Move on and get your life back.

Tuesday, 27 October 2015

Kifarah dosa lalu


Mama terlalu rindukan kamu sayang....buah hati mama.nak masuk 2tahun dah Allah pisahkan kita.semalam...abah terjaga pukul 2pagi...abah mengalir airmata abah cakap abah mimpikan awak sayang.

Mama?usah ditanya setiap saat rindu dan kasih sayang bertambah tak pernah bertepi.doakan jodoh kita sayang.... Allah adil.ingat mama tak pernah buang awak tapi ada orang janji nak ambil awak cuma 3hari tapi dah bertahun tak pulangkan.hati mama milik Allah pasti ada hikmah dan pengajaran.hikmah yang membuka mata hati ramai pihak.iya mama tak perlu bela diri mama.satu persatu Allah buka dan tunjukkan pada semua.

Mulai hari ni mama akan bercerita macam macam untuk awak..akan datang...cari la keluarga mama,sahabat sahabat mama untuk cerita cerita yang sebenar dan bukan pembohongan..jangan pernah benci mama.sebab mama tak pernah buang awak.ingat tu.....

Doa mama sentiasa mengiringi awak sayang.mama tunggu awak ya puteri ketenangan mama

Zara amani (nama yang mama pilih dari awak tak ada dalam rahim mama lagi)

Sayang awak sangat kerana Allah